search

Top-ads

SILAP MAKAN DAN HORMON TERGANGGU

By | 6 comments
SILAP MAKAN DAN HORMON TERGANGGU |

Hi to my special readers, my acne journey story will never comes to end. Berharap untuk tamatkan perjalanan acne journey dengan macam-macam cara kecuali UBAT sebab ubat ialah option yang terakhir liz akan pilih sekiranya cara lain tak berhasil. (Tapi ambil juga antibiotik sebab takut merebak)

Well guys, liz tak larat nak recap 1 year ++ punya story, kalau korang new dekat blog liz, korang boleh baca entry di bawah #acnejourney story. My acne was gone like gone forever dekat area dagu except pipi sebab I tend to have like 1 or 2 small spot dan liz tak terkesan sangat dengan kehadiran tu sebab still can cover up with makeup. Bila benda ni jadi dekat dagu sepenuhnya like got more than 2 3 macam janggut liz dah rasa something went wrong to myself. Bila kita kulit sensitif, pakai apa atau makan apa senang dapat reactions. 

Liz selalu nasihat dekat orang melalui blog liz, selalu cuba untuk bagi korang rasa jangan putus asa but when it turns back to me again. Liz rasa penat, liz rasa dah buat yang terbaik to take care all things tapi kena redha dan usaha lagi to clear masalah ni.

My dreams ialah getting clear skin before getting married tapi sekarang ni its breakout again. Sabtu lepas liz ke Klinik dan Dr. bagi liz antibiotic dan Accutane tapi liz tolak untuk ambil Accutane sebab rasa no point makan. Accutane/Isotretinoin  ni untuk bantu kurangkan minyak dekat muka dan pengawalan jerawat. Kesan sampingan kalau makan pill ni korang akan rasa kulit kering, kalau kurang minum air bibir akan pecah. Kadang-kadang akan rasa depression tau. Lagi 1 Ko Skin Care Specialist harganya mahal, dan semestinya liz nak simpan duit untuk kahwin.

Second Day After Extraction (Facial Treatment)
Yang kotor semua dah buang.

Tapi liz tak boleh deny yang badan liz tetap perlu kan ubat untuk bantu antibody liz fight keradangan yang liz hadapi sekarang ni. Benda yang liz tak boleh makan, tapi liz termakan tapi liz sendiri tak pasti benda tu ada atau tidak dalam nasi lemak tu. Cuma liz dah lama stop makan nasi lemak, tapi last 2 weeks, macam kegiler-an liz tapau setiap hari nasi lemak. SETIAP HARI. Mungkin kalau sebulan sekali pun okay tapi sebab last week period datang lewat, makan pun nak macam-macam sebab I really thought my skin ni dah gagah nak lawan semua tu.

Hari ke-empat. PIH (Post Inflammation Hyper-pigmentation)

Benda ni boleh cover dengan concealer tapi liz tak nak pakai lagi, biar je normal dulu dan pastikan takda jerawat naik dah.

Rupanya tak. Liz kena maintain dengan eat clean always, every day, dan sentiasa. Minggu lepas liz sampai dah boleh tengok cermin sebab jerawat dekat dagu banyak dan lama menapak. Terpaksa korek tabung kahwin liz RM180 for extraction untuk rawatan dekat Ko Skin Specialist. Muka merah bengkak-bengkak, banyak gile darah keluar. Punya la kotor rasa muka ni sebab banyak sangat simpan jerawat.

Sekarang jerawat dekat dagu dah takde tinggal dekat pipi liz ada sikit merah-merah dan campur dengan PIH yang kesan picit. Sekarang ni liz tak pakai makeup dulu, cuci muka macam biasa dan lap dengan kain bersih. Lepas tu pakai moisturizer, makeup mata, lipstick dan tampal bedak sikit. Siap!

Rasa seronok pula sebab ringan je muka tapi PIH tu memang buruk rasa nak tengok. Merah-merah je kesannya kat muka ni. Tapi tak sabar nak pakai makeup sebenarnya. Life rasa not complete tau tanpa makeup.

Entry kali ni liz cuma nak pesan pada semua readers liz, hati-hati dalam pemilihan makananan atau produk bagi yang kulit sensitif. Liz nak recover fight acne lama sangat nak pulih dan bila it’s happen again sekejap je jadi. Terima kasih tips-tips yang diberi dekat Instagram liz. Semangat yang korang share dengan liz, liz akan cuba sedaya upaya untuk sembuhkan kulit ni.


Today 18/8/2016 Khamis. Liz apply foundation. 
Sebab memang seketul liz yang tak boleh tahan lama tanpa makeup.  Makeup nipis-nipis je tau. 

Doakan yang baik-baik untuk liz ye tak lama lagi kita nak kahwin ni. Liz harap sangat getting clear skin supaya senang MUA nak tenyeh muka liz nanti.


See you guys in next post. 
Newer Post Older Post Home

6 comments:

  1. Goodluck liz. Semoga jerawat makin susut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you pika sbb slu fhm psl kulit sensitif ni.

      Delete
  2. inshaa Allah..boleh sembuh tu. banyak darah kotor kat muka agaknya..sy syorkan Liz bawa bekam. tapi jerawat kat area dagu ni memang kebiasaannya disebabkan oleh hormon

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih itah, liz tgh beransur pulih. jada pemakanan dan juga tak boleh stress2. be happy.

      Delete
  3. assalamualaikum....

    akak baru jumpa blog ni...sbb cari tentang dr ko clinics..heheheh...akak puji liz sebab banyak bg info yang bagus kt blog ni...yang paling akak bangga kerana liz jd diri sendiri x rasa rendah diri walaupun ada masalah kulit...tp apa yang akak nk ckp mula liz ni mmg sweetttt sgt...hahahah...semoga berbahagia dengan malan till jannah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah teruk juga sebab kulit sensitif. Tp bnyk faktor kene jaga. thank you kak, liz cuma berkongsi pengamalan je.

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK