search

Top-ads

SELESAI HANTAR BAJU NIKAH

By | 2 comments
SELESAI HANTAR BAJU NIKAH | Assalamualaikum semua 

Akhirnya kain songket yang dibeli dekat Gulatis tiga bulan lepas dah pun sampai ke tangan tukang jahit. Punya lama liz simpan kain tu sebab masih tak jumpa tukang jahit yang tawarkan harga upah yang berpatutan. 

Tapi kedai yang liz hantar ni bukan setakat berpatutan pada liz harga nya murah dari yang dijangka. Bayangkanlah bulan lepas liz pergi ke Semua House tanya upah jahit baju kebaya moden guna kain songket ni berapa. Kemudian dia cakap RM400.00 berpeluh dahi bila dengar upah jahit sahaja macam tu. Belum lagi tambah beading dan lace. 

Cadangnya nak hantar dekat area Selangor atau KL supaya senang nak pergi tengok, tapi bila harganya macam tu. Liz pun buat keputusan untuk cari tukang jahit di Pahang. Tiba-tiba baru teringat hari tu liz ada update pasal tukang jahit yang jahit baju ala Mira Filzah tu. Terus ajak alan balik Temerloh minggu ni, sebab takut dilengah-lengah nanti tak sempat pula baju tu siap. 


Dan yeah ofcoz liz sangat excited dan tak sabar tunggu baju ni siap. Liz sebenarnya tak pandai sangat nak meet match lace dan warna beading ni jadi masa datang sini kita sama-sama bincang. Liz jarang tempah baju jadi liz tak dapat bayangkan permintaan liz tu akan jadi cantik ke tidak. 

Nasib baiklah kakak ni dia mendengar dan cuba membayangkan untuk liz cantik ke tidak warna manik dan lace tu. By the way, liz tak beli lace pun sebab tak tahu lace macam mana yang sesuai, mujur lah akak ni ada warna lace yang banyak untuk di meet match, tengok liz suka ke tidak. 

Liz ada juga print contoh pattern baju yang liz nak tu jadi lebih mudah tukang jahit faham apa liz nak. Masa liz cakap baju ni saya nak buat baju nikah, dan liz dah boleh agak mesti reaksi dia sama macam kawan liz. Hahahahaha. Macam weh dah kenapa nak nikah pakai songket. Sanding pakai apa? Songket juga? Sebenarnya taste liz ni ala-ala klasik sikit. Tak tahu lah kenapa liz tak berapa gemar kain lain. Bila liz cakap liz nak pakai sanggul yang kat kepala macam dulu-dulu. Ingat lagi masa liz cakap macam ni semua kawan liz tengok liz dan cakap "weh ko nikah nak bersanggul bagai kenapa, lainlah sanding" Oh ye juga kan, nanti kalau aku tunduk salam suami aku tak pasal sanggul aku tercucuk hidung dia kan. Dahlah liz sejenis clumsy dan kelam kabut macam-macam boleh terjadi nanti.


Ni contoh yang liz suka. Cantik! 


Oh nanti liz kena datang lagi untuk hantar shawl dan apa ke nama yang pengantin pakai kat kepala tu kain panjang-panjang tu. Ala blur pula malam ni. Haaa! Veil. Adehlah otak hari ni. Dan nak hantar baju lelaki juga, sebab baru hantar samping je dekat sini dan corak samping tu sama dengan kain songket liz. Kata geng, kena la sedondon, kan Alan?

Contoh kain yang perlu untuk misi mencari kain veil dan shawl.

Kalau korang nak tengok baju macam Mira Filzah yang akak tu jahit korang boleh tengok ke SINI. Cantik tau, liz dah cuba. Hehehe. 



BUTIRAN BUTIK:

Tel: 013-9211213
CT SUTERA COLLECTON 
NO.20 TKT 1, JALAN SUDIRMAN 4, 
28000 TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR.

See you guys in the next post.
#getmarriedsoonjourney

Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK