search

KAD JEMPUTAN KEPADA MY KELIP - KELIP "BRIDESMAID"

By | 2 comments
KAD JEMPUTAN KEPADA MY KELIP - KELIP "BRIDESMAID" | Assalamualaikum 

Clap! Clap! Clap! Excited sangat bila fikirkan majlis kahwin kami dah dekat. Last week liz buatkan kad jemputan untuk bridesmaid liz, macam ngada-ngada lah nak sweet-sweet dengan diorang. Tak sabar sangat nak tahu apa reaksi diorang bila terima kad liz ni nanti. 


Masa nak pilih bridesmaid ni kena recall semula kawan-kawan yang betul-betul kenal liz sebab tak semestinya kawan yang sentiasa dekat dengan liz ni tahu perangai sebenar liz macam mana. Hantu ke tidak liz ni? Maksud kenal diri liz tu, tahu family liz, kenal mak ayah liz, yang tahu perangai liz manja dan sensitif ni macam mana. #admitit Senang nak communicate dan kalau nak minta tolong diorang senang tak berkira dan no excuses ha itu la yang lagi best. Liz ada wasap juga beberapa kawan tanya boleh tak avail date 1 2 & 3 ni. Syukurnya bila diorang reply kata okay'  dan tiba-tiba diorang lagi excited dari liz, masing-masing dah mula plan untuk avail kan 3 hari dengan liz. Sorry girls trouble you guys, tapi memang nak sangat korang ada masa tu nanti. 

1. Berinai
2. Nikah
3. Sanding

Bridesmaid ni bukan semata pakai cantik-cantik posing atas pelamin, bawak dulang dan senyum-senyum tau. Tapi lebih dari separuh diri liz sebab liz takda adik beradik, diorang ni dah macam kakak dan adik pada liz. Jadi nak menunjukkan liz betul-betul nak diorang ada dengan liz, liz buat invitation card bridesmaid. Sekurang-kurangnya mereka tahu yang mereka betul-betul penting pada liz. Kalau boleh ramai lagi liz nak ajak, tapi ada kawan yang dah kahwin, tengah pregnant dan kos juga diambil kira. Sebab tu liz pilih 4 orang je, hope kawan-kawan yang lain jangan la terasa ye sebab ada juga yang dah bekerja susah nak avail mula hari Jumaat tu nanti. Doakan liz dimurahkan rezeki nanti banyak budget sikit kita buat event lain pula ye kawan-kawan. #cheese 

Jom mula buat kad:



Gunting, kertas warna, gam, dolly paper (kedai kek) dan ribbon.



Lipat dolly paper tu separuh. Rujuk gambar dan garisan panduan.


Lipat lagi sampai jadi tiga segi.



Buat banyak-banyak. Liz buat 4 je untuk 4 orang bridesmaid liz.


Buat la baju comel-comel macam  ni.


Lepas tu gam dekat atas skirt. Dah siap gam semua, boleh ikat dengan ribbon warna kesukaan korang. Liz offcoz la suka pink!


Untuk diri sendiri saja-saja ngada buat. Baju nikah la konon-konon.



Buat sampul siap-siap. Sampul pun liz custom made sendiri.
Kandungan ayat dalam kad tu:

 NAMA, will you be my bridesmaid? If your answer is YES please tag me on Instagram tapi ada pula kawan liz yang takda instagram, aigoo okayla FB pun boleh. Haha!

Sedia untuk di pos.


Liz guna setem 80 sen katanya 5 hari sampai.
 Dan sememangnya benar, dalam tempoh 5 hari liz dapat wasap dan tag dekat ig dari kelip-kelip liz ni. 

#getmarriedsoon
#behappy 





Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK