search

Top-ads

JOM KITA LARI SAYANG | SHOWER RUN SHOKUBUTSU

By | 10 comments
Jom Kita Lari Sayang | SHOWER RUN SHOKUBUTSU | 
Hi Assalamualaikum semua.

Kelam kabut! Semakin hari semakin dekat dengan majlis perkhawinan, semakin difikir semakin rasa gementar. Setiap detik yang berlalu dirasakan sungguh bermakna untuk dilalui bersama #gelinya. Dalam kesibukkan menyiapkan segala urusan majlis perkahwinan yang bakal tiba tak lama lagi macam-macam benda liz tak buat lagi. Kadang-kadang rasa nak LARI dari kesibukkan ni. Pernah rasa macam ni tak?




Liz   :  “Awak jom kita lari.” 
Alan : “Kita nak lari ke mana?”

Argh sudah! Ajak lari tapi tak tahu nak lari ke mana. Kebetulan minggu lepas Kak Lily tanya ada sape-sape nak lari tak? Me! Me! Nak! Nak! 

Kalau Kak Lily tak bagitau liz mesti liz tak tahu yang Shokubutsu akan anjurkan Larian Bersama Yang Tersayang Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan Oktober nanti. Jadi liz rasa rugi pula kalau liz tak kongsi dengan semua pembaca blog liz pasal Be My Reason Shower Run 2016 ni.





Be My Reason Shower Run 2016 diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Bakal menjadi satu larian yang berbeza dia mana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan mereka sebagai simbolik penyebab mereka melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Acara ni akan diadakan pada 9 Oktober 2016 di The Arch, Bandar Rimbayu Shah Alam bermula jam 7 pagi.

Dengan adanya acara larian macam ni liz yakin rakyat Malaysia akan semakin peka terhadap langkah awal untuk mencegah kanser ni. Selain itu juga, kempen larian ini mampu memberi kesedaran kepada kita semua tak kira lelaki atau perempuan untuk lebih peka terhadap pemeriksaan payudara ketika mandi. 

Acara yang bakal dianjurkan ni juga mendapat sokongan penuh oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), kalau korang nak tahu acara larian bertemakan mandi merupakan yang pertama dilakukan di Malaysia okay.

Jom kita lari sama-sama, boleh lari dengan Beto Kusyairy sekali tau. Pelakon macho tu siapa la tak kenal kan, pada hari kejadian tu nanti Beto akan berlari bersama-sama isteri tercinta tanda sokongan dan semangat untuk isterinya yang pernah mengalami pengalaman menakutkan apabila dapati ada ketulan di payudaranya. Sebab kadang-kadang kita memang tak sedar kalau kita tak buat pemeriksaan sendiri semasa mandi ni. Termasuklah liz sendiri, bila ada kempen macam ni baru mula rasa peka terhadap kesihatan sendiri. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit ini. InsyAllah.


Butiran Be My Reason Shower Run:

Tarikh         : 9 Oktober 2016, Ahad
Masa           : 7.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat        : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran          : RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason.

Pengumuman untuk semua pembaca blog liz, liz ada 3 tiket FREE untuk diberi kepada korang yang berminat untuk turut serta dalam acara ni nanti. Agak-agak korang ada masa lapang tak pada tarikh di atas tu?

Kalau tak buat apa-apa meh la komen dekat bawah post ni “BE MY REASON SHOWER RUN 2016” & tinggalkan butiran email nanti kita buat cabut undian. Semua peserta akan menerima T-Shirt, sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman akan ditaja oleh Umbro-Isotonic Drink daripada Ace Canning Corporation Sdn. Bhd.

Notes: 
Sekiranya korang terpilih, korang kena ambil Race Kit ni sendiri tau.

Race Kits Collection Details:
DATE : 7th & 8th October 2016 ( FRIDAY & SATURDAY)
TIME : 11.00 a.m. - 5.00 p.m
VENUE : The Arc @ Bandar Rimbayu (Next to Kota Kemuning, Shah Alam)

Kalau korang tak terpilih sebagai pemenang jangan lah susah hati, masih boleh turut serta dalam acara larian ni. Rujuk butiran di bawah ni ye:


Code
Participating Type
Category
Starting Time
Entry fees**
Distance
A
B
On-Line
Men Open     (Individual)
Women Open (Individual)
7.30 am
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
5KM
C
On-Line
Men or Women Open (Pair or Couple)
7.30 am
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee

5KM
D
Corporate Registration
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
7.30 am
RM 45* per pax with NO on-line registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
5KM
*     RM 10 per every registered pax will be contributed to National Cancer Society Malaysia

Jom kita lari sayang. 
#loveyouall



Newer Post Older Post Home

10 comments:

  1. Lari jgn tak lari hehehe 😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Lari jgn tak lari hehehe 😊😊😊

    ReplyDelete
  3. "BE MY REASON SHOWER RUN 2016"!!!

    Email:annapriscillia@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. “BE MY REASON SHOWER RUN 2016!!!"

    Email: cchirley_ryznd@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. BE MY REASON SHOWER RUN 2016”

    email: febs94@gmail.com

    ReplyDelete
  6. BE MY REASON SHOWER RUN 2016”


    syuhadaazwar@gmail.com

    nak 2 tiket pleasee..hahaha

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK