search

Top-ads

WE CALL IT AS LADIES NIGHT

By | Leave a Comment
WE CALL IT AS LADIES NIGHT | Hi Assalamualaikum Ladies!

Hari ni liz saja nak kongsi a bit my personal lifestyle dekat blog, sekadar perkongsian kepada korang yang suka baca blog liz. Eah tak suka? Then why you are here now? Mengeja? Kahkahkah! Lol ~

Semenjak berhijrah dari Pahang ke Selangor, kehidupan seharian liz lebih teratur which liz kerja dari pukul 830 pagi - 530 pagi. Dan malam liz ada masa untuk berehat dan buat benda-benda yang mendatangkan pendapatan sampingan. #duitpoketmasuktepi ha macam tu.

Offcoz ada Aza (My Cactus) 
Now dia dah resign dan kerja tempat baru but still keep in touch #bff

Kalau dulu liz kerja dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Kadang-kadang liz kena standby sampai pukul 10 MALAM. Balik rumah dah penat lifestyle pun memang tak teratur giler & hari sabtu kena kerja tau full day bukan nya half day. Tinggal hari ahad je la pun nak berehat-rehat, keluar lepak semua tu ohh memang tak larat lah sayang. Tapi business online macam biasa dan masa dulu permintaan felt pillow sangat mendapat sambutan. Hari ahad tu memang pulun siapkan order customer.

Rezeki dekat tempat sekarang ni liz ada ramai colleagues yang masih single boleh katakan semua lah single dari umur 22 – 29 tahun. Lepak mamak, exercise, jogging lah pergi gym la tapi yang paling kerap buat dan majoriti suka buat ialah berenang. Kalau taknak berenang pun takpa sebab boleh lepak dekat Jakuzi chit chat, then sesi meluahkan perasaan juga la. Macam gather session gitu.

Minggu ni boleh gather dengan semua team #nfmgirlsgeneration walaupun ada 2 yang dah resign tapi kami rapat antara satu sama lain. Ada peluang lepak why not semua turun kan? Malam masih muda kut walaupun esok kena kerja. Entah kenapa la kan tapi suka lepak Khamis malam Jumaat sebab keesokkan hari nya datang office boleh throwback yesterday punya story dan tengok-tengok gambar semalam.

Lepas dah puas semua berenang mulalah perut masing-masing lapar. LEPAK MAMAK la pula apalagi. Malaysian memang tak sah kalau tak lepak mamak, borak cakap pung pang pung pang lepas tu gelak terbahak-bahak macam Pontianak. My God, buruk nya perangai bakal bini-bini ni semua.

Okay! Ni a bit la personal lifestyle liz yang sebenarnya kuat melepak juga. 1 kepuasan actually bila boleh jumpa your bff lepak gelak sana sini then cerita mengarut-ngarut. I love them so much! Thank you girls. Liz percaya korang pun ada cara korang gather with friends. Lain orang lain cara.

Diorang yang kena paksa pasang torch light phone masing-masing.
Thanks for reading. 
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK