REVIEW : TONY MOLY LIP TINT & SENDAYU TINGGI LIP CRAYON

31 Jul 2016

REVIEW : TONY MOLY LIP TINT & SENDAYU TINGGI LIP CRAYON | Assalamualaikum Internet Family Semua 

Kedua produk yang liz nak kongsi dengan awak semua hari ni ialah benda yang pertama kali liz pakai. Tak pernah ada Lip Tint & tak pernah ada lipstick warna pink. Liz tak pernah ada lipstick warna pink sebab bibir untuk orang kulit tenten macam liz ni macam tak padan je dengan warna tu. #mostpeoplesaythat

Tony Moly Lip Tint & Sendayu Tinggi Lip Crayon

Bayangkan lah kalau pergi mana-mana make up store pun mesti salesgirl tu tak akan suggest dekat liz warna pink punya. Alasanya ialah "warna ni tak sesuai dengan kulit cik" Lol ~ Siapa pernah ada pengalaman macam ni juga? 

So orang kulit tenten macam kome ni tak leh pakai warna pink? #matakeatas Sedih nya macam ni! Arghh tak kira macam mana sekali pun liz nak juga pakai lipstick warna pink. 

Beauty Hack! Ada sebab kenapa mereka-mereka tak suggest untuk orang kulit tenten ni pakai pink, contohnya base kulit bibir kita bukan warna pink, warna orange or macam warna bibir orang yang kulit cerah tu. Lagi-lagi yang kaki pakai lipstick macam liz ni, bila kita dah remove lipstick our bibir akan menjadi warna marron macam tu. #ifmalasscrub sebab tu untuk keselamatan korang kena scrub bibir seminggu sekali. 

Favorite Lip Tint Deligt dari Tony Moly 

Jadi untuk dapatkan base bibir warna merah delima atau pinky liz pakai Lip Tint dulu. Penyelamat untuk perempuan yang teringin pakai lipstick pink! Basenya pakai lip tint ni dulu dekat bibir.

Lip Crayon Chubby Lipstick  Code : Honey Nude Pink

Swatches dekat tangan. 
Warna pink tu nampak pucat dekat warna kulit liz. Jadi Lip tint warna merah oren tu akan membantu nanti. Tak sabar nak tengok hasil? Okayyyy sila lihat gambar dekat bawah ni.

Tadaaaaaa! Cantik tak warna ni dekat bibir kite?
Nampak merekah gitu bibir merah-merah. Warna pink ni boleh buat bibir nampak kecit sebab tu suka. 
Haha beauty hack padahal dah pakai Lip Tint dalam tu. 

Jadi kalau nak beli Lip Tint Tony Moly ni boleh ke website Althea di http://my.althea.kr/

Kalau nak beli Lipstick Sendayu Tinggi ni pula korang boleh ke mana-mana cawangan Watson di seluruh Malaysia ataupun ke outlet mereka yang dekat dengan korang ye. 

See you guys in next post. 
Email : liylizyusof56@gmail.com 









Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.