search

LELAKI PILIHKAN BUNGA DULANG HANTARAN

By | Leave a Comment
LELAKI PILIHKAN BUNGA DULANG HANTARAN | #LIYZMALAN

Akhirnya Malan yang tolong pilih warna tema hantaran, ala bukanya liz taknak tolong pilihkan tapi sebab liz keliru banyak sangat warna bunga yang cantik-cantik jadi liz perlukan masa yang banyak untuk buat pilihan. Then dia cakap “Sebab tu sayang banyak kali U-Turn” Opss double meaning di situ. Semoga kali ni jangan terfikir nak buat U-Turn ye. Lalalaaa ~

Hey offcoz not! Hati kita dah kena lock dengan mangga tau tak sempat nak U-Turn dah few months left. Liz selalu nak benda yang perfect bila buat sesuatu jadi banyak benda tertangguh sebab nak tunggu liz buat keputusan memilih tu lambat. Dalam kedai ni dah hampir 2 jam tapi tak decide lagi nak beli apa, liz comparing harga pun dah makan masa sejam. Lepas comparing harga liz baru puas hati sebab harga nya lebih murah kebetulan Thank Q ni buat discount 20% memang murah lagi lah.

Akhrnya dia pilih dan liz pegang bakul. 

Menyusun dan mengira sendiri. Hikhik. 

Punya lah jauh pergi cari bunga sampai ke Nilai 3, sampai sini banyak kedai langsir & carpet sebenarnya. Kedai bunga ni kalau diikutkan sama je macam dekat Klang. Kalau korang ada banyak masa macam KAMI ni, boleh la datang Nilai tapi kalau jauh sangat tak payah lah susah-susah datang sini sebab harganya bukannya jauh beza pun. Untuk yang di Pahang korang boleh beli dekat Cowboy Temerloh harganya lebih kurang ja sama dengan GM Klang & Nilai 3. Suasana pun sunyi je, Tauke salah 1 kedai tu pun cakap yang sekarang ni berniaga tak macam dulu dah. Sebab GST jadi harga tak dapat kasi murah macam dulu-dulu. Ohh patutlah liz tengok harga tu dekat semua tempat lebih kurang sama takdalah murah macam yang liz dengar macam orang-orang duk kata dulu tu.


Tema warna hantaran lelaki warna dusty blue. Memang nak lama dah warna dusty blue ni tapi nak pilih bunga tu rasa susah jugalah sebab banyak sangat bunga yang cantik! Hantaran dari pihak liz pula #tepukdahi 2kali dulu. Urghh asyik nak tukar ambil letak dekat 20 kali tak juga pilihnya. End up with warna putih dan ada campuran warna pink-pink sikit. Hikhik perempuan memang tak sahih kalau tak tertarik with pink color. Kan? Oh ke liz je.

Set ni cantik sangat tapi harga dia pun cantik okay.

Dekat GM Klang lagi murah.

Bunga dusty blue yang liz suka. 

See you guys in the next post. 
Done for bunga hantaran both sides. Yeah kitorang buat sendiri. 





Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK