search

KHASIAT JUS JAMBU AIR ELAK RASA HAUS DI BULAN RAMADHAN

By | 1 comment
KHASIAT JUS JAMBU AIR ELAK RASA HAUS DI BULAN RAMADHAN | Assalamualaikum 

Singgah lagi dekat blog liz hari ni ye, alhamdullilah terima kasih datang baca. Semenjak liz amalkan diet acne, banyak benda yang liz makan mesti nak kena tahu khasiat nya. Jadi hari ni liz nak kongsi 1 kaedah yang boleh juga diamalkan oleh korang semua yang kurang minum air macam liz lagi-lagi di bulan Ramadhan ini.

Tolong elakkan dari beli air dekat bazar Ramadhan kalau boleh dan buat sendiri jus buah-buahan bila setiap kali berbuka. Kalau boleh elakkan makan benda manis dan air yang berais kalau korang juga mempunyai ciri-ciri kulit sensitive macam liz.

Kalau minum ais, kulit liz akan lebih cepat reactive terhadap keradangan. Maksudnya merah-merah akan naik. Dan liz tak boleh consume direct benda yang bergula dan tinggi glucose. Hahaha cerewet giler sejak amalkan diet acne ni.

Gmbar dari Google 

Jambu Air ni tinggi dengan Vitamin A & Vitamin C. Jadi buah ni elok untuk kebaikkan mata juga. Liz ada juga baca dekat Google yang jambu air rupanya bagus untuk ibu hamil. Sebab kandungan air dalam buah jambu ni dapat membekalkan penghidrasi yang baik teradap tubuh.

Patutlah masa bulan Ramadhan ni liz rasa kurang dahaga. Jadi meh lah liz share kan resepi Jus Jambu Air tanpa gula sebab liz ganti gunakan dengan Ribena.


Bahan-bahan:
Buah Jambu Air
Air Sejuk
2 sudu Ribena

Blend sekali dengan 2 sudu RIbena. Letak air sejuk terus, kalau nak guna ais pun boleh.


Selamat Mencuba !! 



Newer Post Older Post Home

1 comment:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK