search

Top-ads

BERGAYA TAPI MALAS

By | 2 comments
BERGAYA TAPI MALAS | Assalamualaikum ladies ♥ 

Ada seorang perempuan ni kan, nama dia ialah rahsia untuk sementara waktu. Dia ni suka bergaya nak pakai cantik-cantik sokmo. Tapinya malas Ya Rabbi! Kalau boleh keluar rumah pakai baju tidur pun nak baju tidur yang nampak elegance. Tahunya nak pakai terus cantik tapi nak suruh iron baju, lipat baju, basuh baju mesti lambat sangat di-buatnya. Kena tunggu ada mood barulah bergerak semua tu. 

Teruk sangat ke cara aku kutuk ni? Haha! Perempuan tu ialah Liyliz Yusof yang berusia 24 tahun dan masih bujang tahun ini.


Liz tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni liz terlalu malas iron baju. Malas nak pilih outfit untuk ke pejabat. Bukan setakat pergi kerja kadang-kadang tu nak pergi jalan-jalan pun sama. Kalau boleh dalam almari tu semua baju tak payah gosok. Ambil terus pakai kan best kalau macam tu. Walaupun tak iron baju tetap nampak anggun lagi menawan.

Jadi akhir-akhir ni jenis material yang liz akan pilih ialah jenis kain benang knitted. Walaupun dah simpan dalam almari berlipat pun takda masalah kedutan dan terus boleh pakai. 

Liz memang suka pakai baju tak bergosok. (Suka konon padahal malas) Tapi hakikatnya itulah dia kebenarannya. Eah lupa pula nak bagitahu kalau korang berminat nak baju macam liz pakai ni boleh check dekat Groupon tau sebab ada sales sekarang ni. Harga asal mahal juga tapi lepas dah tolak discount dapat harga murah. 



Untuk lengan baju ni liz suka sebab labuh. Kalau tak suka labuh nak sinsingkan pun senang sebab material dia tak licin. Baju ni boleh jadi 2 in 1 juga, kalau rasa-rasa nak tide in baju ke dalam skirt pun boleh. Smart habis lah weh!

Baju ni ada saiz jangan risau dari S sampai ke XL ada okay. Measurement macam dekat bawah ni:

  • Size S: 82cm (bust), 62cm (waist), 76cm (length)
  • Size M: 86cm (bust), 66cm (waist), 77cm (length)
  • Size L: 90cm (bust), 70cm (waist), 78cm (length)
  • Size XL: 94cm (bust), 74cm (waist), 79cm (length)

Bagi memudahkan lagi korang nak beli. Sila klik gambar di bawah:




Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. tak pernah gosok baju.. cara mudah beli baju yang tak perlu digosok..hahaha senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kdg2 ada design yg material kene gosok tau. aigoo.

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK