search

Top-ads

BAJU DESIGN MACAM MIRA FILZAH

By | Leave a Comment
BAJU DESIGN MACAM MIRA FILZAH |  Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Hari ni liz nak kongsi kan 1 butik yang boleh jahit baju ala-ala baju Mira Filzah masa anugerah ABPH 2016 yang lalu. Sebenarnya liz masih mencari baju persalinan untuk majlis bertandang. Tapi disebabkan masih belum jumpa rekaan yang berkenaan di hati jadi marilah teruskan usaha mencari.

Tiba-tiba termasuk dekat kedai C.S.C CT Sutera Collection di Temerloh Pahang. Butik ni bukan hanya menyediakan pakaian pengantin tetapi juga menerima tempahan baju lelaki atau perempuan. Selain itu ada juga la servis makeup CT Sutera ni sediakan kalau korang berminat.


Masa masuk je butik ni ternampak baju warna kuning cair ala Mira Filzah ni nampak cantik je. Itu yang request dekat kakak butik ni untuk cuba pakai. Dan korang tahu la mulut alan ni laju je tegur, WOW baju terbang-terbang. (dia cuba berlapik) Padahal liz dah tahu dia mesti nak cakap baju ada sayap macam superman.


Nak declare pada semua orang ye yang baju dalam gambar ni bukanlah baju yang liz tempah atau baju untuk majlis bertandang. Saje gurau-gurau dengan korang dekat FB & IG. Liz pinjam pakai mencuba je! Selesa sebenarnya baju ni mungkin sebab materialnya, sebelum ni liz banyak cuba material songket.

Dan bagi peminat cerita TERSUKA TANPA SENGAJA yang Emma Maembong dan Amar Bahrin belakon tu kan, diorang pakai baju dari butik C.S.C ni tau. Ala baju warna biru tu. Nah poster 1 kasi dekat korang.


Kalau berminat nak tempah baju ala-ala mana rekaan yang korang suka boleh la cuba tanya dekat kakak butik C.S.C Collection ni. Manatau boleh tolong jahitkan terutamanya buat korang yang ada dekat area Temerloh tu. Tak payah susah-susah nak datang KL atau Selangor dah.

Tel: 013-921 1213

Tel: 014-806 5979
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK