MR TUKTUK SUNWAY PYRAMID | TEMPAT MAKAN MENARIK SUNWAY Assalamualaikum 

Eh bayangkan lah cepat rasa ais krim tom yam tu! Tak pun cuba bayangkan ais krim Green Curry. Sekarang bayangkan! Mesti mata korang tengah berada di atas dan mulut sambil ternganga. Hahhah tutup mulut cepat. Bulan puasa ni, tak pasal pula masuk lalat nanti.

Memang aneh giler la pasal ais krim ni sebab perisa tomyam & green curry di buat ais krim. Terlupa pula ada lagi 1 perisa ais krim dekat sini iaitu Thai Ice Tea, sedap tau sebab kombinasi rasa yang ditabur dengan kacang badam. Nikmat! Hanya di Mr. TukTuk ada menu ni tau. Jadi kalau nak mencari makanan yang special-special dari biasa memang kena datang makan dekat Mr. Tuk-Tuk sebab bukan setakat ais krim Tom Yam atau ais krim Green Curry je yang hangat diviralkan tapi ada banyak lagi Thai Street Food yang sebelum ni liz tak pernah makan dapat juga merasa bila datang ke Mr. TukTuk. 


Sebelum liz bercerita lanjut pasal makanan Thai dekat bawah ni meh nak bisik sikit dekat telinga korang. Kalau korang pergi makan dekat Mr. TukTuk Sunway Pyramid sebelum atau pada 30 June 2016 korang boleh beli ais krim ni dengan harga RM1 sahaja dengan setiap pembelian set menu, nasi atau mee dekat sini. Hanya di outlet Sunway ye korang. 


PR2 Thai Special Platter RM23.80

Untuk menu set Thai Special Platter ada 2 menu set yang korang boleh pilih sama-ada nak PR1 atau PR2.  Pilihan liz ialah PR2 sebab liz suka rasa kuah satey dia yang unik dari rasa kuah satey Malaysia. Kuah satey dia lebih rasa serai dan ada rasa rempah sikit. Bila makan dengan ayam madu tu lagi la terangkat rasa dia tau. 

Di bawah ni pula Set Menu SM2 RM17.80


Untuk Set Menu ada 4 pilihan SM1, SM2, SM3 & SM4. Gambar set SM yang lain korang boleh refer dekat bawah sekali nanti okay. Liz akan letak gambar menu book Mr. Tuktuk. Di bawah Set Menu ni semuanya ada nasi, jadi kalau perut korang ialah perut Asia macam liz ni mesti tak sah kalau tak makan nasi betul tak? Liz pilih SM2 sebab liz nak makan manggo salad, dah pun Thai Street Food jadi macam tak lengkap rasanya kalau liz tak pilih menu yang ada manggo salad ni. Dan juga sebab ayam pandan! Wangi okay kalau makan ayam dalam daun pandan. 


Thai Pomelo Salad RM11.80

Menu ni wajib order sebab ini ialah makanan Thai yang memang best dan unik giler. Liz pertama kali makan Pamelo Salad, hah sedih giler sebab memang tak pernah cuba sangat makan Thai sebelum ni. Jadi Pamelo Salad ni memang menu yang memecah selera. Kalau dalam menu ni depa letak salad, tapi bahasa kita panggilnya kerabu. Kirannya ni kerabu buah barli. Best sangat!


Thai BB! Lamb RM11.80


Tom Kha RM8.80 

Ini namanya Tom Kha, memang nama makanan thailand betul. Rasa dia macam gulai santan tapi tak pekat macam gulai kita orang melayu. Boleh pilih nak isi ayam atau seafood. Macam liz memang pilih ayam sebab alahan dengan Sea food. Yang ni kalau korang order, makan dengan nasi putih tau. Memang sedap habis!


Tuk Tuk Noodles RM8.80


Lab Khai RM9.80

My healty food ni. Tengok pun tahu sayur sekeliling. Memang wajib makan la yek benda ni kalau siapa nak diet tu haha. Sayur banyak, kesihatan pun bertambah terjaga gitu. Menu ni sesuai kalau makan sambil bual-bual, sedar-sedar je dah habis. Nak makan ni senang je, buat bungkusan macam makan sirih tu. Nah seketul gambar macam dekat bawah ni:


Sedia sumbat masuk mulut!


Fried Kangkung RM9.80

Yang ni ialah menu kudap-kudap sambil bergosip dengan my #ajlaasisterhood sambil makan sambil cerita pasal ayam gembira. Korang tahu la Kak Illy tu ada je benda yang pelik-pelik dia cerita, hari tu pasal kucing. Kali ni gathering cerita pasal ayam gembira pula. Katanya ayam gembira tak duduk dalam sangkar. ayam gembira terbang-terbang! Hahaha ~ layankan jeala kakak sorang tu. 

Semua menu banyak tu memang tak habis kalau makan sorang-sorang uit. Liz makan berempat dengan kakak-kakak bawah ni. Okaylah yek, nak siap-siap pergi cari tempat melepak lagi ni. Bye See you soon in next post. 



Details:
LocationMr Tuk Tuk
LG2.27, Sunway Pyramid (opposite Cold Storage)

FB : Mr Tuk Tuk 
IG @mrtuktuk_my





Makan punya sampai lupa minum air! Haha ini ialah air pilihan kami, Kak Illy dengan Kak Liliy mesti pilih Tea. Liz dengan kak Ayue go with fruit water. 

Byeeee! Lambat dah ni nak keluar jari tak habis-habis nak menaip!
Stop ! ~~

Assalamualaikum
BERGAYA TAPI MALAS | Assalamualaikum ladies ♥ 

Ada seorang perempuan ni kan, nama dia ialah rahsia untuk sementara waktu. Dia ni suka bergaya nak pakai cantik-cantik sokmo. Tapinya malas Ya Rabbi! Kalau boleh keluar rumah pakai baju tidur pun nak baju tidur yang nampak elegance. Tahunya nak pakai terus cantik tapi nak suruh iron baju, lipat baju, basuh baju mesti lambat sangat di-buatnya. Kena tunggu ada mood barulah bergerak semua tu. 

Teruk sangat ke cara aku kutuk ni? Haha! Perempuan tu ialah Liyliz Yusof yang berusia 24 tahun dan masih bujang tahun ini.


Liz tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni liz terlalu malas iron baju. Malas nak pilih outfit untuk ke pejabat. Bukan setakat pergi kerja kadang-kadang tu nak pergi jalan-jalan pun sama. Kalau boleh dalam almari tu semua baju tak payah gosok. Ambil terus pakai kan best kalau macam tu. Walaupun tak iron baju tetap nampak anggun lagi menawan.

Jadi akhir-akhir ni jenis material yang liz akan pilih ialah jenis kain benang knitted. Walaupun dah simpan dalam almari berlipat pun takda masalah kedutan dan terus boleh pakai. 

Liz memang suka pakai baju tak bergosok. (Suka konon padahal malas) Tapi hakikatnya itulah dia kebenarannya. Eah lupa pula nak bagitahu kalau korang berminat nak baju macam liz pakai ni boleh check dekat Groupon tau sebab ada sales sekarang ni. Harga asal mahal juga tapi lepas dah tolak discount dapat harga murah. 



Untuk lengan baju ni liz suka sebab labuh. Kalau tak suka labuh nak sinsingkan pun senang sebab material dia tak licin. Baju ni boleh jadi 2 in 1 juga, kalau rasa-rasa nak tide in baju ke dalam skirt pun boleh. Smart habis lah weh!

Baju ni ada saiz jangan risau dari S sampai ke XL ada okay. Measurement macam dekat bawah ni:

  • Size S: 82cm (bust), 62cm (waist), 76cm (length)
  • Size M: 86cm (bust), 66cm (waist), 77cm (length)
  • Size L: 90cm (bust), 70cm (waist), 78cm (length)
  • Size XL: 94cm (bust), 74cm (waist), 79cm (length)

Bagi memudahkan lagi korang nak beli. Sila klik gambar di bawah:




BAJU DESIGN MACAM MIRA FILZAH |  Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Hari ni liz nak kongsi kan 1 butik yang boleh jahit baju ala-ala baju Mira Filzah masa anugerah ABPH 2016 yang lalu. Sebenarnya liz masih mencari baju persalinan untuk majlis bertandang. Tapi disebabkan masih belum jumpa rekaan yang berkenaan di hati jadi marilah teruskan usaha mencari.

Tiba-tiba termasuk dekat kedai C.S.C CT Sutera Collection di Temerloh Pahang. Butik ni bukan hanya menyediakan pakaian pengantin tetapi juga menerima tempahan baju lelaki atau perempuan. Selain itu ada juga la servis makeup CT Sutera ni sediakan kalau korang berminat.


Masa masuk je butik ni ternampak baju warna kuning cair ala Mira Filzah ni nampak cantik je. Itu yang request dekat kakak butik ni untuk cuba pakai. Dan korang tahu la mulut alan ni laju je tegur, WOW baju terbang-terbang. (dia cuba berlapik) Padahal liz dah tahu dia mesti nak cakap baju ada sayap macam superman.


Nak declare pada semua orang ye yang baju dalam gambar ni bukanlah baju yang liz tempah atau baju untuk majlis bertandang. Saje gurau-gurau dengan korang dekat FB & IG. Liz pinjam pakai mencuba je! Selesa sebenarnya baju ni mungkin sebab materialnya, sebelum ni liz banyak cuba material songket.

Dan bagi peminat cerita TERSUKA TANPA SENGAJA yang Emma Maembong dan Amar Bahrin belakon tu kan, diorang pakai baju dari butik C.S.C ni tau. Ala baju warna biru tu. Nah poster 1 kasi dekat korang.


Kalau berminat nak tempah baju ala-ala mana rekaan yang korang suka boleh la cuba tanya dekat kakak butik C.S.C Collection ni. Manatau boleh tolong jahitkan terutamanya buat korang yang ada dekat area Temerloh tu. Tak payah susah-susah nak datang KL atau Selangor dah.

Tel: 013-921 1213

Tel: 014-806 5979
AKHIRNYA TAK GATAL MUKA | Assalamualaikum kawan-kawan. Selalu tak rasa gatal muka selepas guna make up remover? Maknanya korang belum jumpa lagi lah tu make up remover yang sesuai dengan kulit korang. 

Finally! Macam mana liz boleh jumpa MAKE UP REMOVER yang best ni? Hah, sebab liz baca dekat blog Kak Sabby, dia ada buat comparison tau between jenama MAYBELLINE & BIORE . Klik dekat SINI kalau nak baca. Sebab kak sabby punya detail memang powerful sangat dan memang best baca blog dia. 

Many thanks to kak Sabby juga sebab buat review pasal make up remover tu dan akhirnya liz jumpa make up remover water based yang sesuai untuk kulit sensitif. 



Sebenarnya wajib guna make up remover sebelum cuci muka dengan cleanser sebab cleanser tak menjamin 100% bersih. Melainkan awak nak guna cleanser awak cuci sehingga lebih dari 2 kali cucian. Mungkin?




Sebelum ni liz tak pakai make up remover, sebab liz tak jumpa make up remover yang sesuai dengan kulit. Setiap kali selepas pakai make up remover kulit akan rasa gatal-gatal. Kalau nasib tak baik, keesokkan hari mesti naik jerawat. Liz rasa kulit with pimps ni sensitif dengan produk yang berminyak. Kebanyakkan make up remover ada minyak, jadi please go and find water based make up remover. Jadi sebelum ni tak guna make up remover liz akan cuci muka repeat more than 2 times lepas tu sapu dengan tisu sebab nak tengok ada lagi tak kotoran lekat dekat muka. Terutamanya di bahagian bibir dan mata. 

Dengan adanya make up remover dari Biore ni, liz tak payah buat banyak kerja dah. Masa mula-mula nak guna tu liz apply sikit je dekat cotton pad sebab nak tengok reaction terhadap kulit liz. Bila da lebih 3 bulan guna baru liz biasakannya sebagai rutin harian. Itu pun salah 1 tips la cara liz test produk baru. Mungkin korang pun boleh cuba. Jangan terus excited apply banyak-banyak seluruh muka. Apply dulu dekat bahagian dahi dan dagu kalau bahagian ni sesuai bahu naik sikit di bahagian pipi sebab bahagian pipi la paling susah nak hilangkan cela. 

Make up remover ni ada bau wangian, liz takut juga nak guna sebab liz sensitif dengan produk yang ada bauan. Tapi tengok review ramai kata elok. Jadi liz pun tawakal juga la guna. Alhamdullilah memang okay sangat. Bau dia masa mula-mula beli kuat juga macam bau rose tapi dah lama-lama bau tu makin kurang. 

Kalau korang nak cuba juga boleh cari dekat Guardian sebab liz beli Guardian. Watson pun ada juga kalau tak silap liz. Selamat mencuba sebab harga dia pun dalam belasan je, best! Rasa segar lepas guna tapi liz akan terus bilas dengan air sebab risau kulit liz sensitif. Dia boleh terima make up remover pun dah syukur ~ Be nice skin!  

Bye girls! See you in the next post. 

P/S To contact me regarding acne journey kindly email to liylizyusof56@gmail.com







SUSAHNYA CARI KASUT ITIK LELAKI | Semalam ialah last day Mid-Year Clearance Sales dekat Sogo 12 June 2016. ♥ Well see, I believe there will always having sales, hence nothing to worry much. Hajat nya untuk membeli barang hantaran pihak lelaki. Sebenarnya kali pertama liz teman dia beli barang-barang dia selalunya dia suka shopping sendiri je.



Ya Allah baru ku tahu susah dan cerewetnya lelaki memilih barang dia. Nak cari kasut itik je pun. Well I prefer to call it as kasut itik because I didn’t find any differences between the designs. It always must be black, brown, or maybe dark blue when we go through the colors. And when look at the design, there will always “mulut itik” everywhere. Kecil atau besar je mulut itik tu.


Can’t believe it!!! Was spend there for 3 hours just to find his shoes. Weh cerewetnya. Cuba korang tengok gambar kasut itik dekat bawah ni, nampak similar je kan? Tapi orang lelaki je tahu beza apa yang dia suka. (Mungkin juga ada perempuan yang pandai memilih bab ni) Then somehow when I try to choose for him, dia kabo itu orang tua punya pattern. Weh gitu! Gagal disitu. Need to spend more time shopping his thing together lepas ni.


Bukan ke nampak sama je semua tu?


Variasi mulut itik. 


End up bored there. And take selfie. 

Ini ialah pengalaman liz yang pertama teman Alan pilih kasut, dalam masa yang sama waktu ni lah tahu saiz kaki dia berapa. Ampun! Dah lama bercinta tapi saiz kasut baru laaaa ni tahu. Dan tahu jenis macam mana dia suka. Boleh lah baru nak tahu sikit-sikit. Masih mengenali gitu. BLuekkkk ~ 


KHASIAT JUS JAMBU AIR ELAK RASA HAUS DI BULAN RAMADHAN | Assalamualaikum 

Singgah lagi dekat blog liz hari ni ye, alhamdullilah terima kasih datang baca. Semenjak liz amalkan diet acne, banyak benda yang liz makan mesti nak kena tahu khasiat nya. Jadi hari ni liz nak kongsi 1 kaedah yang boleh juga diamalkan oleh korang semua yang kurang minum air macam liz lagi-lagi di bulan Ramadhan ini.

Tolong elakkan dari beli air dekat bazar Ramadhan kalau boleh dan buat sendiri jus buah-buahan bila setiap kali berbuka. Kalau boleh elakkan makan benda manis dan air yang berais kalau korang juga mempunyai ciri-ciri kulit sensitive macam liz.

Kalau minum ais, kulit liz akan lebih cepat reactive terhadap keradangan. Maksudnya merah-merah akan naik. Dan liz tak boleh consume direct benda yang bergula dan tinggi glucose. Hahaha cerewet giler sejak amalkan diet acne ni.

Gmbar dari Google 

Jambu Air ni tinggi dengan Vitamin A & Vitamin C. Jadi buah ni elok untuk kebaikkan mata juga. Liz ada juga baca dekat Google yang jambu air rupanya bagus untuk ibu hamil. Sebab kandungan air dalam buah jambu ni dapat membekalkan penghidrasi yang baik teradap tubuh.

Patutlah masa bulan Ramadhan ni liz rasa kurang dahaga. Jadi meh lah liz share kan resepi Jus Jambu Air tanpa gula sebab liz ganti gunakan dengan Ribena.


Bahan-bahan:
Buah Jambu Air
Air Sejuk
2 sudu Ribena

Blend sekali dengan 2 sudu RIbena. Letak air sejuk terus, kalau nak guna ais pun boleh.


Selamat Mencuba !! 



SUKA GUNA CONCEALER DARI MAC STUDIO FINISH | Hi Assalamualaikum  Minta Maaf! Tahu dah lama tak hupdate blog, sampai kan orang PM FB liz tanya pasal foundation, bedak, dan lain-lain. Lagi-lagi bila Ko Skin Care dah hentikan pengeluaran sunblock foundation SPF 60 tu untuk sementara waktu, jangan risau hanya untuk sementara waktu kalau tak silap liz. Hihi liz tahu pun dari readers blog liz juga yang maklumkan bahawa mereka nak re-formula semula sunblock tu untuk hasil yang lebih baik. Jadi dia tanya liz pakai apa?
 
Mehlah liz share benda yang paling-paling liz kena ada ialah concealer dari Mac Studio Finish. Barang MAC ni memang semua nya mahal, kalau boleh tak nak beli! Nak jimat duit! Tapi dia punya product KUALITI dan hasilnya memang tak dapat nak dinafikan lagi. Wajib perlu ada dalam koleksi make up korang.


1. MAC Studio Finish Concealer Cache-Cernes Refill Pan 1.5g RM51
2. MAC Studio Finish Concealer DUO Cache-Cernes 3g RM100
3. MAC Studio Finish Concealer SPF35 7g RM79

Tiga benda ni favorite liz yang wajib pakai setiap hari. Sebenarnya ketiga benda ni benda yang sama tapi packaging nya sahaja berbeza. Mula-mula liz terjebak dengan MAC concealer ni bila liz beli yang nombor 3. Tahan lama tau boleh guna dalam tempoh up to 5 months tau. 

Kalau ada jerawat yang besar tu, liz tepek je concealer ni memang padu dan tak clog pores. Untuk yang ada PIH merah-merah dekat muka pun sesuai pakai ni. Tempek je dengan brush kemudian rata-kan sahaja dengan sapuan foundation yang korang pakai. Concealer ni dah jadi macam make up asas pertama kena pakai sebelum yang lain-lain. 


Ini dia untuk refill pan kalau korang nak berjimat. Tapi sejak beli liz tak pindah tempat pun. Biar je dalam pack tu, nak guna bawa keluar lepas tu simpan bali masukkan dalam hand bag. Lagi simple sebab kecil dan comel je dalam packaging sampul macam tu. 

Kalau korang pergi MAC boleh minta MUA dekat sana pakaikan untuk korang. Tips masuk MAC ni korang kena tahu korang nak apa, kalau tidak mesti orang dekat sana pun macam susah nak entertain korang. Hehehe ~ faham maksud liz kan ~ lalallalaaaa ~

Okay semoga dapat memberi idea kepada korang yang tengah mencari concealer tu. 



 
KIMONO WRAP PENDEK 2 IN 1 | Assalamualaikum beautiful. Liz ada 1 lagi Kimono Wrap yang boleh pakai dengan gaya yang berbeza. 


1. Boleh pakai sebagai cardigan.
2. Boleh pakai sebagai kimono.

Ada 8 warna kesemuanya untuk koleksi Kimono Cardigan Wrap ni. Kainnya pun sama iaitu menggunakan material Italy Crepe. Kimono cardigan wrap ni lebih pendek berbanding kimono biasa. Korang boleh tengok dekat gambar macam liz pakai tu, labuhnya sehingga atas lutut. Kelabuhan di bahagian belakang sama sahaja dengan ukuran kimono biasa.


Kalau rasa panas atau rimas nak wrap! Harrrh buka ja tali tu pakai seperti ala cardigan je korang. Lagi-lagi kalau musim nak pergi beraya. Pakai yang simple-simple je mudah nak bergerak. 

Kalau berminat boleh jenguk dekat ig ZILAZLOVER OFFICIAL ye.
KIMONO WRAP UNTUK RAYA | Assalamualaikum KIMONO WRAP lover Liz dah restock lagi kimono wrap pada hari Jumaat yang lepas. Punya la tak sabar nak ambil stock, sampai liz termimpi-mimpi tau sebab customer wasap hari-hari ada yang sampai ke tengah malam. Alhamdullilah rezeki walaupun untung tak banyak tapi diharapnya boleh berkongsi kegembiraan bila tengok korang pakai Kimono Wrap koleksi dari Zilazlover Official.




Photo by : Abah 

Sebenarnya korang kalau tak beli dengan liz pun takpa, sebab kadang-kadang ada warna yang korang nak dah habis dekat Zilazlover. Jadi liz selalu akan inform customer kalau stock takda. Kadang-kadang tu liz suggest korang beli dengan seller lain. Hihihik sebab takut korang tak sanggup tunggu.

Tapi tak sangka ada yang sanggup tunggu stock dari Zilazlover Official. Alhamdullilah terima kasih korang. Sayang sangat dengan korang sebab sanggup tunggu stock dari Zilazlover. 

Antara warna yang menjadi favorite customer ialah warna putih. Liz rasa warna putih semakin menjadi trend sekarang ni. Warna lain yang banyak customer suka juga ialah warna-warna soft tapi liz tak banyak koleksi warna soft, cuma ada peach, putih dan grey. Yang lain banyak warna blocking dan warna basic. Tapi usaha juga mencari cuma malangnya liz tak jumpa material yang liz suka. Kebanyakkan warna lembut atau pastel menggunakan material satin dan chiffon. Hikkhikk liz nak jual bukan tengok pada warna je, tapi lebih kepada material. Sebab liz suka pakai sesuatu yang selesa jadi liz harap customer liz pun rasa perkara yang sama.



Okay ini ialah Kimono Wrap yang dikategorikan labuh. Kalau korang tengok gambar yang liz pakai ni labuhnya sehingga ke bawah lutut, tali nya pula dah dijahit tepi kanan kiri baju. Boleh diikat ikut kesesuaian, ikat ribbon di depan atau ikat tarik kebelakang. 

Saiz boleh muat pakai dari S - XXL. Confirm muat sebab liz dah suruh mak cuba pakai. Hihik dia muat pakai. Cuma badan XL ni mungkin tak dapat nak ika ribbon di belakang. Itu sahaja tapi boleh wrap. JANGAN RISAU!


11 warna untuk dipilih. Berminat boleh wasap di talian 010-2276292