search

Top-ads

SELESAI KURSUS KAHWIN DI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR 2016

By | 2 comments
SELESAI KURSUS KAHWIN DI MASJID NEGARA KUALA LUMPUR 2016 | 
Assalamualaikum  ♥ 

Alhamdullilah berjaya juga menempuhi kursus kahwin selama 2 hari di Masjid Negara Kuala Lumpur ni. Selalunya liz nampak dari luar je. Inilah kali pertama jejak kaki ke sini. By the way, pelancong asing pun ramai juga dekat sini dan kalau diorang nak masuk kena-lah pakai jubah dan menutup aurat barulah sopan santun gitu. Rasanya kebanyakkan masjid pun amalkan konsep yang sama macam ni.  

Ikutkan masa belajar dulu ramai juga kawan-kawan yang ajak buat kursus ni dekat Uni sebab murah, dan ada yang berpendapat buat awal-awal senang nanti kalau nak kahwin. Pada pandangan liz pula berbeza, liz dari dulu lagi pasang niat kursus kahwin ni biarlah liz buat bila liz rasa dah bersedia nak kahwin sebab ilmu ni kalau kita tak niat betul-betul ianya akan jadi nilai atas sekeping sijil ja. PASTU siap berangan pulak kursus kahwin ni  liz nak buat dengan bakal suami supaya nasihat dan ilmu rumah tangga kita dengar sama-sama. Alhamdullilah la rezeki, si bakal suami pun belum buat juga. 


Nilai harga kursus murah atau tidak tu tak dapat nak sama kan dengan nilai ilmu yang kita dapat, kalau murah sekalipun ianya tetap ilmu. Dan ilmu tu tak dinilai dengan murah ke mahal. Yang penting pemahamam bila korang pergi kursus. Semoga yang dah pergi kursus tu masih ingat ya pesan-pesan ustaz/ustazah tak kisah lah pergi sendirian atau bersama pasangan. Yang penting masing-masing fokus semasa kursus tu. 



Ehem-ehem! 

Pada sesi Sabtu kelas bermula selepas Zohor jam 2 petang. Pendaftaran pula bermula dalam jam 12 ke 2 petang, selesai membuat pembayaran kita akan diberi fail setiap seorang bersama goodies. Hehe ~ Dalam goodies ada makanan, tapi rasa nya kena letak gula-gula sekali kut. (Request pula) Kursus kahwin ni yang bestnya kalau dapat penceramah yang kelakar barulah tak mengantuk. Syukur Alhamdullilah, rezeki buat dekat Masjid Negara ni kebetulan dapat ustaz-ustaz yang pelawak belaka. Sangat kelakar!

Penceramah pula bukanlah calang-calang orang. Pegawai yang berkhidmat di Jakim, Jais, Imam Masjid Negara, Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian pun ada. Pengalaman yang mereka kongsikan juga sangat banyak. Tak rugi kalau buat dekat sini. Banyak ilmu dan tips yang boleh digunakan. InsyAllah




Untuk pengetahuan korang yang masih belum berkursus tu, kami wajib penuhi 6 slot di mana setiap slot tu akan mengambil masa 2 jam sahaja. Detail slot seperti di bawah :

1. Akidah & Ibadah
2. Komunikasi Suami Isteri & Pengurusan Sumber Keluarga
3. Hubungan Dalam Keluarga & Akhlak Suami Isteri 
4. Pengurusan Kesihatan & Pengurusan Stress dan Konflik
5. Perkahwinan Dalam Islam & Prosedur Perkahwinan
6. Pembubaran Perkahwinan & Khidmat Rundingancara Di JAIS

P/S Jangan berangan nak ponteng 1 slot pun sebab kehandiran diambil tau. 



Korang akan diberi buku Gerbang Perkahwinan juga. Sila lah baca nanti.

Suasana dalam kelas. Sementara tunggu Ustaz datang, urus-setia bagi kami tengok drama pendek dulu. (Drama yang berkaitan rumah tangga lah) Best giler haha ~

Dalam masjid untuk berehat dan solat.

Tandas nya memang besar dan bersih.

Ruangan santai untuk duduk dan bersembang. Masa ni ada ternampak A.Samad Said tengah baca buku tapi tak berani pergi dekat kacau dia. Hehe ~

Kalau korang berminat nak buat kursus dekat sini juga. Boleh hubungi nombor dia dalam banting tu. Semoga info yang serba sikit liz kongsikan ni dapat membantu korang yang tengah mencari tempat berkursus. Yuran RM120.00 setiap seorang.


Jumpa lagi minggu depan di sini untuk mengambil sijil kursus pula. 
Sijil siap dalam masa seminggu je. Okay dah boleh KAHWIN. Haha! Sijil kahwin ni boleh guna seumur hidup.

Ustaz PESAN: Tolong koyakkan sijil suami korang lepas kahwin nanti. Bahaya kalau dia guna kali kedua. Jeng-Jeng ~~

Assalamualaikum. See you guys in next post.
Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Wah liz tak lama dah tu alhamdulillah... Jgn lupa undang akk ke mjlis nt..

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK