Always believe “There was a beautiful lady hiding somewhere under all that acne”

2 May 2016

Always believe “There was a beautiful lady hiding somewhere under all that acne” | Assalamualaikum beautiful 

Semoga quota diatas membuat keyakinan diri korang lebih tinggi. Sindiran orang yang sakit hati “Jangan make up tebal sangat nanti bakal suami terkejut masa malam pertama.” LOL ~ Dan liz rasa mereka yang ada fikiran macam ni ada sifat iri hati sebab dia tak da barang make up atau dia tak reti make up. Dan selalunya orang yang up status-status macam ni, liz terus block. Jangan simpan orang negatif di sekeliling korang.

No more filter. Just power of MAKE UP!

Ada juga yang sindir liz Jangan la guna filter gambar, tak cantiklah sebab gambar kelakar macam kartun. Nampak porcelain sangat.” Telan dalam hati rasa tersentap itu. Okay tahulah awak flawless tanpa cela tak guna filter pun takpa. Lepas tu serik dah nak bergambar or berselfie depan dia. Kalau selfie pun taknak ajak dia. Tapi benda ni semua buat liz untuk cuba dan berfikir  kearah cara yang lebih positif, liz tak nak sebab kekurangan paras rupa jadi ukuran keyakinan diri liz.

Semakin lama, liz cuba terima hakikat yang kulit liz memang jenis sensitif, jerawat ada sejak zaman sekolah menengah lagi. Sekejap dia elok, sekejap dia meradang. Selama ada jerawat, liz tak make up pun jerawat tak hilang juga. Dan selama tu juga, keyakinan diri depan umum macam tipis giler. Then liz terjumpa Youtuber Melanie Murphy, dia buat tutorial acne coverage. Tiba-tiba rasa motivate giler lepas tengok video tu. Selain Melanie, korang mungkin familiar dengan Em (mypaleskinblog) tutorial. Korang boleh Google pasal mereka.

Sejak tu, liz berjinak-jinak untuk belajar teknik make up acne coverage. Cuba produk yang mereka pakai dan yeah kesan-nya liz rasa keyakinan diri liz pun bertambah dan liz rasa semakin seronok bila tengok diri sendiri lebih cantik bila bermake up. Malahan kulit yang berjerawat semakin pulih. I really don’t mind when people say I had no natural beauty. Sebab liz percaya quota tu “There was a beautiful lady hiding somewhere under all that acne”.

Jadi buat apa sahaja yang korang rasa bahagia dan yakin dengan diri korang dengan apa sahaja yang korang suka. Be happy girls! Enjoy the show of your life. Avoid negative vibes and stay with people that always support you.

Hakikatnya Malan pernah tengok kulit liz lebih teruk daripada kulit yang tanpa make up. Pernah tak korang bayangkan pergi detim for the first time dengan muka apa je. Dan baru during acne breakout teruk giler tiba-tiba, keluar tanpa make up macam dekat bawah ni. Okay je. (yang pasti lipstick kena ada) Hehe ~

Ya Rabbi selekeh sangat ni tau.


Antara produk yang liz guna untuk make up harian liz adalah seperti di bawah:



Barang-barang ni memang basic harian yang liz akan guna. Setakat ni memang tiada apa-apa tanda sensitif pada kulit. Semoga perkongsian yang liz sampai kan ni dapat membantu korang untuk tampil lebih yakin bahagia dengan kecantikkan yang korang miliki. Sebenarnya make up menaikkan lagi seri kecantikkan yang korang miliki. Percayai diri anda lebih dari kritikan negatif mereka di luar sana.


Macam biasa, bagi yang baru ikuti perjalanan Acne Journey liz. Sekiranya ada sebarang soalan, luahan ataupun tips nak kongsi dengan liz please-please hantar bagitahu liz, korang boleh emailkan kepada liz di beautyliyliz56@gmail.com Jumpa lagi di post akan datang. 

5 comments

  1. Makin cun sekarang liz nie.. bila nak kawen?
    Ahaha

    ReplyDelete
  2. Liz, we're in the same shoes but mine is much harder la sbb at least you have great body figure not like me. Muka berjerawat, gemok pulak tuu.. Huhuhuu.. To be honest memang susah nak pedulikan apa org cakap ni. SUSAH! sebab orang akan tetap bercakap jugak kan liz. Sekarang pika buat macam ni je. Yang nak stay kawan dengan kita, kita kawan, Kalau tak nak byebye. Kita pun tak perlukan org mcm tu dlm hidup kita. Buat apa yg Liz happy taw. Anything you can share with me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaoowww LOVE you much baby.. Thank you always be my sides and support me up and down dear. HUG!

      Delete
  3. Hahhaa..yup..sama macam akak..be positif..makeup tetap makeup..nak nampak cantik..kalau laki sayang muka macam mak nenek pun die terima..yela..sapa lagi sudi terima depa kalau bukan kita..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you kak. You always keep me in positive environment mmuahh

      Delete

LEAVE COMMENT HERE.