search

TEMPAT MAKAN MALAM ROMANTK DI KUALA LUMPUR

By | 12 comments
TEMPAT MAKAN MALAM ROMANTIK DI KUALA LUMPUR | Assalamualaikum pembaca belog liz yang jelita & (kalau ada yang hensem)! I'm so excited on this. Jadi jom teruskan pembacaan jalan cerita ni. Macam mana liz boleh jumpa tempat alam semula jadi di tengah-tengah Kuala Lumpur? Mudah je, zaman teknologi Google dan berjodohlah liz dengan Subak Restaurant. Restaurant ni berkonsep bali, kalau Google tempat ni memang korang boleh tengok gambar-gambar permandangan yang sangat cantik tapi kalau korang datang sini lagi cantik boleh tengok sendiri. Sebelum liz book tempat ni liz baca dulu blogpsot yang di update dalam blog pasangan romantik yang pernah datang ke sini. Kebanyakkan nya semua review komen positif. And now is my turn!

Sebelah pintu masuk Subak Restaurant.

Address
Lot 3213
Jalan Penchala Indahr
Bukit Lanjan 60000
Kuala Lumpur

Liz pernah plan datang sini pada March 2015 tapi disebabkan tempat ni dibuka sehingga jam 11 malam sahaja makanya liz tak sempat nak kejar masa dari Pahang. (Masa tu dekat Pahang) Jadinya last year liz book dekat Bora Ombak, by the way dekat Bora Ombak pun sangat romantik weh. Ada live band lagi tolong nyanyi lagu romantis dekat meja korang. Oh makanya semakin melting la pasangan korang nanti.

Depan kaunter Subak. 
Sementara tunggu mereka tunjukkan meja liz.

Kalau korang dah booking table dekat sini, tak perlu risau pasal meja. Sebab pihak Subak akan berikan port baik punya. Meja nak bercandle light dinner ke nak ada helium ballon ke. Boleh request dengan pihak Subak. Cuma kena tambah RM je. Hehe.


Bahagian ni ialah depan entrance Subak, kalau korang datang sini korang akan nampak kawasan ni dulu. Tempat ni kebiasaannya untuk mereka yang tak booking table. Boleh pilih nak duduk dekat mana-mana je sebab memang luas kawasan restaurant ni. Untuk yang dah booking pula haruslah ke tempat yang lebih privacy.


Ini ialah laluan ke bahagian lebih romantik tersebut. Hehe skema sangat! Ni posing masa nak balik dah, masa datang sini tak sempat bergambar sangat perut pun dah lapar. Ingat tau tempat ni tutup pukul 11 malam je tau. Mereka terima order last 10:15 PM. 

Tadaaa dah sampai dekat meja!

Malan memang dah warning liz, jangan booking table. Jangan membazir, jangan bawa tempat mahal-mahal. Dan banyak lagi jangan. Tapi girls korang mesti ada 1 perasaan yang suka giler kalau dapat buat surprise ni semua kan? Lagi-lagi kalau korang sejenis suka buat orang terkejut. (Termasuklah suka jerkah oficemate)

Alhamdullilah dekat Subak Restaurant ni liz masih mampu untuk membayarnya berbanding dine dekat KLCC itu belum mampu lagi. ( Future InsyAllah ) Kalau korang google tempat makan romantik banyak sebenarnya tapi nak cari yang win-win price agak sukar weh.


Bukan birthday liz tapi action gambar over. Rasanya masa ni Malan say something macam appreciate statement la kata aku ni sweet gitu. (bLuerk)


Kalau korang berminat nak booking table ada bunga ros macam ni & ada lilin-lilin semua ni RM30 sahaja. Murah kan! Tapi Malan da risau liz tak cukup duit bulan ni because of this table, siap offer nak swipe card dia sebab tekaan dia meja macam ni mesti around RM100 macam tu. Hehe RM30 je korang ye. Alah tahu dia terharu la tu. Setiap tahun birthday dia ada romantic moment. Kalau bufday liz selalunya funny moment je terlebih. 


Marilah kita cerita pasal menu pula. Mahal ke tidak ye, tapi liz rasa setahun sekali you guys kumpul RM1 sehari macam liz, mampu je nak bawa makan dekat sini. Air warna hijau tu ialah Longan Pandan(RM9.00) recommended & Orange Kuning tu ialah Lemon Grass (RM9.00) sedikit pedas. 

Starter Potato Soup with Garlic Bread ( RM13.00 )

Tomato Soup with Garlic Bread ( RM13.00 ) Superb yummy! First time liz makan totamo soup.

Sizzling Chicken Chop. Banyak sangat sayur tapi minta maaf liz just snap from my side, sepatutnya snap dari atas baru korang boleh nampak. ( RM36.00 )

Nasi goreng apa ni tak ingat. 
Malan punya RM16 tak silap liz.

Lava Chocolate Cake. RM22.00 
Okay yang ni korang boleh order kalau suka manis dan pahit. 
Tapi kalau liz memang tak berapa suka benda yang manis tiba-tiba pahit. Sebab Chocolate cake tu a lil bit pahit, dan ais cream ni manis.


Kawasan ke toilet kena nak tangga. Kalau ke toilet liz sarankan minta berteman sebab sunyi konsep-konsep dalam hutan ni. Faham-faham je la ye.

Sebelum balik. Part terkantoi dari camera Malan. 
Liz bungkus Ros yang ada atas meja. Haha sebab suka sangat ros ni, rasa sayang kalau tak tapau bawa balik.


Semoga perkongsian entry ni liz harap pasangan yang tengah cari idea atau tempat untuk buat surprise bufday celebration/propose your love one mungkin boleh jadikan tem. Harga masih boleh tolerate kan. With good environment dekat sini memang bebaloi la kan. 

Ada yang kata dekat sini banyak nyamuk tapi alhamdullilah meja yang liz duduk takda nyamuk. Ternampak ada bekas ubat nyamuk, mungkin mereka dah pasang dulu waktu petang. Kasi halau semua nyamuk dulu!


Boleh klik video di atas kalau korang nak tengok lebih terperinci suasana dekat Subak Restaurant ni. Kalau korang nak meja yang ada ballon banyak korang boleh ambil package RM250.00 

Nak detail lagi boleh terus ke Website rasmi mereka di : http://www.subak.com.my ada no phone, ada peta & menu juga di website mereka.

Lokasi ni memang sangat dekat buat mereka yang berada di kawasan Kota Damansara. 

See you soon in next post. Bye. Assalamualaikum. 
Newer Post Older Post Home

12 comments:

  1. Thank you for sharing the location. Was planning to bring my future husband to this place... as part of our anniversary nanti. Restoran ni start dibuka pada pukul berapa ya?

    ReplyDelete
  2. auwww..cuwidnyee,,trs google subak restaurant..nakkkk jugakkk laa..hah

    ReplyDelete
  3. mahal tak price menu dia?

    ReplyDelete
  4. hi sis. nk tnye RM30 tu utk deco meja ke sis? kene deal dgn subak la ye? atau pakai event planner sndiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan subak restaurant. boleh call je diorang untuk book

      Delete
  5. Kalau bajet 200 cukup x?heheee takut mkn mhal . Deco murah je kn 30?

    ReplyDelete
  6. Kalau bajet 200 cukup x?heheee takut mkn mhal . Deco murah je kn 30?

    ReplyDelete
  7. proposed same dinner,please pm amirmlt@yahoo.com

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK