PENYELAMAT PERUT SI DARA YANG MALAS

27 Mar 2016

PENYELAMAT PERUT SI DARA YANG MALAS | Malam-malam buka periuk tengok nasi tak masak lagi dek kerana suiz utama telah ditutup oleh housemate yang dengki aku makan malam. (Sebab dia on diet) Hehe gurau je. Tapi yang part dia tutup periuk nasi tu betul sebab tak sangka ada orang masak nasi tengah malam buta macam aku ni. Bila 30 minit kemudian aku jenguk periuk tengok nasi dalam air tengah berenang lagi. Fuhh nangis nak kena tunggu lagi berminit-minit.

Terpaksalah tunggu lagi 30 minit nasi masak. Perut memang dah lapar dari petang dek kerana aktiviti mencari tailor wedding dress. Nak makan petang tadi rasa tak selera pula dalam keadaan musim panas macam ni.

Dah lewat malam macam ni baru reti rasa kebulur nak nasi. Kalau tak dapat nasi memang tak lena lah tidur malam ni. Nak masak lauk? Malam-malam macam ni? Memang tak lah! Nasib baik teringat semalam masa berniaga dekat car boot sales Shah Alam ada orang jual Sambal Garing Che Nor, beli la packaging paling kecil sekali RM6 kalau yang besar RM10 tapi sebab belum gaji perbezaan RM4 tu macam langit dan bumi tau. 


Sumpah sedap giler! Ko tak payah susah-susah nak siang bawang tumis lada kupas ikan bilis buang tulang ke apa tak PAYAH! Ko tinggal buka bekas ni dan cedok dengan sudu campak dalam pinggan je. 


Masa tengah makan berfikir-fikir juga nak share ke tidak dengan korang dekat blog, Sebab kan ni nasi kedua kali aku tambah, makanya buat keputusan ambil phone dan selfie kan nasi dan sambal garing bilis ni. RANGUP giler weh. Seriously kalau korang makan memang akan tambah nasi. 

Dan yang pemalas macam aku ni nak masak tengah malam elok sangat lah. Elok sangat! Beli buat stock, kalau korang dekat area-area shah alam, brader yang jual ni kata dia boleh COD je. Call je number phone dekat bekas dalam gambar tu okay. 

Perut kenyang dah boleh tidur dah ni. Assalamualaikum. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.