PENGALAMAN PERTAMA DI CAR BOOT SALES TAMAN PUTRA PERDANA PUCHONG

21 Mar 2016

PENGALAMAN PERTAMA DI CAR BOOT SALES TAMAN PUTRA PERDANA PUCHONG | Assalamualaikum semua peniaga. Ha  PENIAGA sangat. Semoga kalian semua mendapat aura peniagaan tersebut dari liz hari ni. 

Ahad lepas liz dengan Housemate telahpun membuat 1 aktiviti yang baru dan iaitu menjual di Car Boot pada pagi hari di hujung minggu. Kalau sebelum kami selalunya pagi-pagi masih golek-golek atas tilam masing-masing, ada yang bangun awal pun sebab keluar dating. Ada yang pukul 11 baru bangun, ada yang pukul 2 baru mandi. Ada yang tidur sampai malam. (okay tidur sampai malam tu tipu je). 

Tapi tiba-tiba hari Ahad semalam. lepas solat subuh terus tak tidur dah, siap mandi awal semuanya. Barang niaga pula dah siap packing malam hari masuk dalam kereta siap-siap. Angkut meja, angkut stock masing-masing, angkut ampaian semua. Fuhh semangat terlebih sebab takut lewat sampai ke tapak tersebut. Alkmaklum mulanya niaga pukul 8. 

Esok gerak tepat pukul 730 seperti dijanji kan. Poyo sangat tiba-tiba jadi orang yang tetapi masa belaka. Sampai ke tapak pula 5 minit sebelum pukul 8. Haha! Poyo nya peniaga baru ni. Lepas tu tunggu set up semuanya. Malu nak keluar dari kereta pada mulanya sebab ialah kan pertama kali pergi niaga, padahal semuanya dah biasa berniaga cuma masing-masing berniaga online. 


 Bila orang takda posing sendiri. Promote sendiri dekat ig masing-masing. Masa ni dah mula panas jadi kami sediakan topi kebun sendiri. Kami tak da payung besar macam perniaga lain. Jadi gunala apa yang ada. (sedih)


Belum siap habis set up lagi tapi dah tak sabar nak bergambar. Kalau you guys tengok tapak untuk car boot ni boleh dikatakan besar juga. Okayla untuk peniaga kecil yang manis lagi cantik macam kami ni. Kami takda meja besar macam orang lain, takda meja canggih lipat-lipat. Kami guna meja jepun masing-masing. Ampaian pakaian yang ada dekat rumah, guna shawl buat alas meja. Buat label guna printer office hehe. 

Seronok sebenarnya berniaga beramai-ramai. Kalau sorang-sorang confirm bored giler. Jadi kalau you guys nak join CBS liz nasihat kan buat bersama rakan-rakan anda. At least berdua. Sambutan pula dekat sini orang tak ramai, liz tak tahu la sebab apa, orang tak tahu kut tempat ni. Boleh dikira dengan jari. 

Dan nasihat liz juga, kalau korang nak buat CBS tempat yang strategic juga perlu. Tapi percayalah rezeki Allah tu luas, walaupun orang yang datang sini dalam 10-20 orang je tapi ada juga yang beli. Tapi ikut kan tenaga berdiri sambil tengok matahari naik dari pukul 8 - 12 pm (10-20) tak bebaloi juga. Sebab tak boleh nak all out. 

Jadi dear all. Jom jumpa lagi di next car boot sales with my beauty blogger buddy Friday ni dekat Tesco Extra! 

See you soon. Liz harap korang datang dan beli cepat sebab barangan kami jual memang murah. Setiap customer yang singgah memang tak sah kalau tak beli. 



1 comment

  1. adik2 cantik & comel..jomm join CBS puchong perdana. wssap kak ayu 012 620 6627. tq

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.