PENGALAMAN KE PAMERAN PENGANTIN FEBRUARY 2016

1 Mar 2016

PENGALAMAN KE PAMERAN PENGANTIN FEBRUARY 2016 | Bakal-bakal pengantin yang takda idea macam liz ni sesuai sangat pergi Pameran Pengantin sebab korang akan dapat banyak idea apa yang perlu dan apa yang tak perlu semasa majlis korang nanti. Tapi sebenarnya bila pergi ke pameran pengantin ni selalunya, apa yang tak perlu tiba-tiba jadi teringin pula.

Kawal! Jangan cepat buat keputusan terburu-buru untuk say YES dengan vendor dekat sana. Apa yang perlu korang buat ialah ambil sebanyak mungkin flyers dan tester yang diberi oleh vendor kepada korang. Walaupun sebelum dapat macam-macam free gift korang terpaksa tadah telinga untuk dengar mereka buat tawaran seumur hidup gitu. Kiranya kalau korang tak grab sekarang esok lusa tak dapat dah tawaran hebat tu. Rileks ye kakak-kakak abang-abang. Biar lambat asal selamat!

Sebab sekurang-kurangnya korang boleh dengar apa tawaran setiap vendor yang berbeza-beza. Masa tu korang dah boleh bandingkan harga dan tawaran tersebut dengan vendor-vendor yang lain. Kalau korang dah tahu hasil kerja vendor yang ada dekat situ lagi bagus dan kalau dah yakin dengan vendor tu tak payah fikir-fikir dah. Grab terus apa-apa promosi. Tapi macam liz, liz tak pernah dengar dan tak tahupun hasil kerja vendor-vendor tu macam mana, jadi how to say YES

Dekat pameran tu memang lah yang cantik-cantik belaka di bawa dan pamernya. Tapi review dari customer kita tak tahu lagi. Jadi peluang business card yang liz kutip dekat sana tu liz buat research dekat Google, FB, Ig dan yes liz dah jumpa hasil vendor yang buat baju, pelamin, photographer dan lain-lain yang mengikut cita rasa liz.

Dan apa yang liz rancang selepas ni ialah untuk walk in ke butik-butik mereka.  Liz dilemma dengan konsep PACKAGE atau Ala- Cart. Contohnya la kan, package  ada Pelamin, Make up, Photgrapher siap lengkap bawah 1 harga. Tapi kalau pelamin cantik dan make up kelaut macam mana? Pernah tak terfikir macam yang liz fikir ni wahai bakal-bakal pengantin sekalian?

Jadi bertenang lah liz ~ Lambat lagi majlis nya dan banyak lagi masa untuk buat persiapan. Kalau kakak-kakak atau adik-adik yang ada pengalaman butik mana best untuk cover majlis di Kuala Lipis. Bagitau liz tau. 



Ni lah hasilnya daripada pergi ke Pameran Pengantin. Haha dapat gambar free. Benda ni semakin femous dah dekat wedding-wedding, tetamu boleh datang bergambar dan lekatkan di Guest Book. Pengantin boleh tengok gambar dorang sambil baca wishes mereka. Best kan? Kalau korang berminat boleh contact di www.tapsnapphotobooth.com atau di talian 019-4301 275 / 017-2951 709 .. Kalau ada mana-mana photobooth buat pameran dekat pameran pengantin rasa nak menyelit lagi. Hehe. Seronok kut main benda ni. 

Bye. See you in the next post.

2 comments

  1. Wahhh! Bakal Pengantin ni. Thanks for the tips liz. Sian tunang dia kena buh pelekat dekat muka. Kekekekee..

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.