search

Top-ads

PENGALAMAN BERNIAGA DI CAR BOOT SALES SHAH ALAM BERSAMA BFF & BEAUTY BLOGGER BUDDY

By | 2 comments
PENGALAMAN BERNIAGA DI CAR BOOT SALES SHAH ALAM BERSAMA BFF & BEAUTY BLOGGER BUDDY | Assalamualaikum 

Rasanya ini kalilah tajuk blog liz terpanjang sekali setakat ni. Kalau hari tu liz berniaga dengan housemate dan kali ni liz berniaga dengan BFF (aza) liz & juga seorang beauty blogger iaitu Cik Pika xoxo yang memang dah tak asing dalam hidup ni. Sebab apa tau, bila kawan liz mesti akan jadi kawan dia juga, we share so many mutual friends. Ini semua atas jasa (UiTM di hatiku) student UiTM memey gitu la.  

Macam mana cik pika xoxo ni boleh nak join buka car boot sales dengan liz ni tiba-tiba? Sebenarnya minggu lepas dia ternampak liz pos pasal car boot sales liz dengan housemate liz dekat Puchong Perdana tapi tak dapat nak ajak dia join sekali sebab dah penuh dengan barang-barang housemate. Kebetulan minggu ni housemate liz ada yang balik kampung dan ada yang takut tak sempat bagi commitment selepas office hour makanya terjadi lah join venture liz dengan pika dan bff liz. 

Liz habis kerja 530 tapi nak ke tapak ni akan tempuhi jammed walaupun dekat dengan office. Tapi dengan adanya super power cik pika ni, dia datang dulu dan mendapatkan tapak yang strategik giler. Yey! Happy tengok bila dekat dengan pintu masuk di bawah sinaran lampu-lampu lagi. Dengan harapan dapat berniaga dengan jaya dan cemerlang nyaa pada hari itu.


Tadaaaa. Siap set up car boot kami. Tapi tiba-tiba langit waktu tu gelap sangat, Ya Allah kami semua harap sangat tak hujan. Jangan la hujan masing-masing muka dengan penuh harapan yang suci murni. Apa kan daya tiba-tiba menitik-nitik air dekat pakaian dan barang-barang kami. Cepat-cepat lah alih semua dekat bawah bumbung. Tapi sekejap je, dalam 20 minit macam tu kami dah bawa semula keluar barang-barang kami. 

Jualan pertama ialah Bawal Yuhanis di ikuti dengan dadih yang bff liz buat. Bila hari semakin gelap, masuk waktu magrib suasana sunyi sikit dan masing-masing tunaikan kewajipan. Kebetulan kami ABC waktu tu jadi boleh la jaga boot. Tapi liz memang tak selesa panas sangat tak sempat mandi, mujur lah hari Jumaat liz boleh pakai casual dengan jeans, bayangkan kalau pakai pakaian formal office lepas habis kerja terus pergi berniaga dekat car boot. Haha ~ Pengsan tengok nanti, tak ada gaya perniaga la kalau cantik sangat. 


Waktu bertenang, belek-belek koleksi sendiri orang belum keluar lagi waktu ni. Playing phone, promote dekat ig masing-masing. Dalam pukul 815 macam tu orang dah ramai, ramai pula yang suka tengok barang-barang pre love pika xoxo ni. Laris juga koleksi pika xoxo ni sebab barang pre love banyak yang branded. Siapa tak nak branded item dapat harga boleh runding pula tu. 



Macam ni la suasasana ketika berniaga, si pika layan customer dia, liz dekat depan dengan Aza layan cik adik dua ni nak beli shawl. Gambar ni pula daripada Malan yang tiba-tiba muncul jadi paparazi. Bila buka wasap nampak gambar sendiri, eh mana-mana buah hati kite ni. Hoho. Sebab yang lain punya buah hati dah turun padang dari petang, liz kesunyian tiba-tiba. (Gedik) Rupanya di datang juga kasi support. (Omo Omo)

Antara barang jualan kami seperti di bawah:









Me & Pika Xoxo


Me & Aza 

Alhamdullilah semuanya mendapat sales masing-masing. Nasib baik masa nak balik Malan tolong dan tunggu sampai pukul 11. Ni ialah kali pertama liz bekerja dari pagi sampai malam. Malan tak bagi liz buat direct selling macam ni kerja up to 8 hours, tapi berniaga ni liz dah mula dari zaman sekolah lagi, hingga ke zaman uni, dan sekarang alam pekerjaan pula. Macam tak boleh berpisah dengan perniagaan. Sangat berbeza berniaga direct selling macam ni daripada online. Malan nak liz buat secara online je takda la penat macam ni, tapi kan korang kadang-kadang online ni dalam sehari dua kita takda customer pun tapi direct selling ni sekurang-kurang nya ada juga hasil nya walaupun 1. Kepada yang nak mula kan perniagaan tu liz nasihatkan buat dan jual lah sesuatu yang korang minat bukan ikut orang. 

See you guys again in next others post. Bye. Assalamualaikum.

Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Yezzaaaa.. Can't wait for our next collaboration lagi Liz, Pika tak unpacked pun barang2 yang ada tuu.. Teeheee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak payah la unpacked pika, Friday ni kite nak p niaga lagi kan. hihih

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK