search

Top-ads

FRACTIONAL ERBIUM LASER TREATMENT DI PREMIER KLINIK BANGSAR

By | 2 comments
FRACTIONAL ERBIUM LASER TREATMENT DI PREMIER KLINIK BANGSAR | Assalamualaikum my beautiful reader dan khususnya buat pembaca #acnejourney story liz. Cuba bagitahu liz apa yang terlintas di fikiran korang semua apabila liz sebut perkataan 'laser'? Takut? Sakit? Selalunya dua perkataan ni biasanya akan keluar dari mulut orang yang tak pernah buat rawatan laser. Liz dulu pun macam tu juga ada perasaan takut tapi bila diri sendiri pernah alaminya sebenarnya tidak lah sakit mana pun. Dan kebanyakkan mereka tersalah anggap dengan rawatan laser ni. Mungkin ada yang berfikir bahawa bila sebut rawatan laser ianya semua untuk semua masalah kulit tapi sebenarnya setiap jenis laser memainkan peranan yang berbeza. 

Dan hari ni liz nak kongsi kan pengalaman liz membuat rawatan FRACTIONAL ERBIUM LASER. Untuk pengetahuan korang fractional erbium laser ialah laser yang khususnya bagi mengurangkan kedalaman parut. Setiap tompok putih yang terhasil daripada laser tersebut akan menghasilkan 10 ribu sel kulit yang baru. Bunyi macam menarik kan? Sekirannya korang ada masalah kulit yang serious memang disarankan untuk lakukan rawatan laser dan lingkungan umur yang sesuai adalah bermula dari 22 tahun & keatas. 


Cakk! Okay ini ialah bilik menunggu, ruang ni lebih selesa dan dalam masa yang sama korang boleh tengok dokumentari berkenaan rawatan kulit dekat tv yang disediakan dalam bilik ni. 


Masa untuk konsultasi. Kenalkan pada semua ini ialah Dr. Aarthi Maria ( www.skinKL.com ) Dr. Aarthi tengok je kulit liz, dan masalah ketara ialah parut di bahagian pipi. Rawatan yang sesuai untuk liz cuba ialah Fractional Erbium. Dan untuk makluman korang kos rawatan ni RM1800.00 untuk 1 sesi tapi kalau korang sign in with package korang ada dapat free 1 sesi. 


Sementara tunggu numbing cream ni memberi kesan kebas keatas kulit muka boleh datang lepak semula dekat bilik ni. Boleh baca majalah, tapi kalau korang malas nak bangun-bangun. Korang baring je la sampai kering dekat bilik rawatan. 


Kondisi kulit liz ada banyak PIH (Post Inflammatory Hyper-pigmentation). Liz pun baru tahu yang sebenarnya tompokkan redness ataupun dark brown tu bukanlah dipanggil parut jerawat. Parut jerawat tu sebenarnya kulit yang mengalami kecederaan sehingga meninggalkan luka pada kulit. Jadi parut tu sebenarnya kulit yang berlumbang-lumbang. OMG liz baru tahu. 

Bentuk yang seperti pen & ada haba merah tu ialah laser. Dr. Aarthi alirkannya ke seluruh muka liz. Terhasil-lah bintik-bintik putih tersebut makanya setiap bintik putih tersebut akan menghasilkan 1 sel kulit yang baru. Bayangkan kalau ada 10 ribu tompok putih makannya akan ada 10 ribu sel kulit yang baru. Kesan daripada rawatan ni, dia akan mengecilkan kedalaman luka kulit kepada peringkat yang lebih baik. Jadi kalau korang ada parut jerawat yang sangat besar perlu buat berulang kali untuk beberapa sesi. 


Lepas buat laser kena buat cooling session time sebab laser ni panas. Tapi you guys mungkin takkan rasa sangat sebab numbing cream tu masih memberi kesan kebas. 

Tapi untuk hari pertama mungkin akan rasa kulit panas. Dan sangat tidak digalakkan main panas. Sila pakai sunblock bila keluar. Kesan ketara terhadap kulit pula Fractional Erbium Laser ni memang tinggalkan tompok-tompok. Tompok putih akan mulai hilang dalam temph 1 jam, kemudian sedikit-sedikit bertukar kepada warna perang. Dan semakin hari semakin hilang. 


Siap daripada rawatan, koramg boleh bersiap cantik-cantik semula di bilik make up. Tapi boleh make up apa je pun, mata dan bibir je la. Muka tak boleh pakai apa-apa selain moisturizer & sunblock.



Suasana klinik yang sangat exclusive. Dr. dan staff pun dekat sini sangat peramah, tanya jea la apa-apa soalan yang korang tak tahu. Jangan malu untuk bertanya dekat sini. Walaupun selama ni liz dah tersalah faham antara parut dan PIH. Memang lepas tak panggil dah la parut, panggil PIH. Hehe ~

Dan kalau korang nak datang sini buat rawatan jangan lupa sebut code blog : Beauty Liyliz dan korang boleh menikmati 10 % diskaun. 

Lokasi klinik Premier Klinik:

1. TTDI : No. 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), 60000 Kuala Lumpur. (Same row as Pizza Hut)

2. Bangsar : No. 40, Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. (Same row as Post Office and next Raj Banana Leaf) 

Untuk lebih lanjut sila ke link dibawah:

Instagram : @premier_clinic
Kalau nak tengok lebih detail proses laser tersebut, jangan malu-malu. Sila la klik video di bawah ini:


Bye. See you in the next post.
Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. hi dear.. i baru 3rd times buat laser fractional..tp muka sebelum ni putih je..kali ni lepas laser kena Pih pula..;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Sorry late reply, a bit busy lately .. Oh u bt fractional laser ni utk hlgkan parut lubang2 tu ke? Pih tu akan hlg cpt klu u selalu pakai Moisturizer

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK