search

Top-ads

DALAM RUANGAN MAJALAH DARA APRIL 2016

By | 2 comments
DALAM RUANGAN MAJALAH DARA APRIL  2016 | Assalamualaikum dear sayang ♥ Entry kali ni liz nak berkongsi cerita yang akan menjadi kenangan terindah buat kami berdua sebelum berpisah. Kisah liz dan BFF (Aza).

Yup! Berpisah kerana kerjaya seorang wanita. Mula la tu nak buat ayat poyos. Sebenarnya macam ni, si aza yang renek macam pokok kaktus tu dah tender resignation 1 bulan notis dekat tempat kami bekerja sekarang. Baru je rasanya kami dapat berjumpa hari-hari pejam celik dah lebih kurang 6 bulan kitorang together-gather. Biasalah bila freshiee ni dah ada pengalaman bekerja up to 6 months, korang dah boleh mula hunting new job untuk demand gaji yang lebih banyak dan pangkat yang lebih tinggi. Itulah yang sedang terjadi kepada si kaktus ni. 

Bila aza bagitau liz pasal keputusan dia nak resign, dia nangis teresak-esak macam la pulak mati laki. Liz nak nangis? Memang tak lah, kalau sedih pun sorok dalam hati. (Ego)  Sebab liz tak nak aza rasa susah nak buat keputusan kalau liz pujuk dia. Kalau boleh, memang liz tak nak dia resign tapi liz tak nak benda-benda ni semua mempengaruhi keputusan dan pilihan dia. Liz faham sangat perasaan dia, bukan senang nak move on new place, new environment dan bakal menerima tekanan kerja yang baru. (Dan kawan-kawan yang baru)


Ikutkan hati, memang lah berat nak berpisah dengan bff sendiri yang dah berkawan lama hampir lebih 5 tahun, bila dah dekat hari-hari tiba-tiba nak kena berjauhan pula. Tapi kehidupan memang macam tu, apa yang kita sayang tu kita perlu belajar untuk lepaskan juga. Untuk kebaikkan 

Semua orang ada BFF! Best Friend Forever. Siapa kawan baik korang? Bila soalan ini diajukan, muka siapa yang tiba-tiba muncul dalam fikiran tu? Pada pendapat liz, kita boleh ada banyak kawan rapat tapi kita susah nak jumpa kawan baik selamanya.

Cara liz definisi maksud kawan baik ialah bila:

Liz boleh menjadi diri sendiri apabila berkawan dengan dia. Transparent! Sebagai manusia kita akan mempunyai pelbagai watak. Percayalah kalau awak tak pernah jumpa dengan orang tu, awak tak pernah ada dalam kehidupan orang tu jangan lah buat penilaian dengan cepat tentang seseorang. 

Dengan aza ni best, nak kutuk dia depan-depan boleh, kutuk dia belakang-belakang pun boleh. Tapi bab sentap menyentap tu boleh tahan juga kalau mood melayang datang. Tapi nak simpan dalam hati? Itu memang takda dalam kamus persahabatan kami. Normal la tu kalau touching dengan BFF. Tapi yang pasti BFF ni buat macam mana sekali pun hati setia bersama. (Macam ayat bercinta pula) 


Untuk bulan April yang akan datang ni merupakan bulan terakhir aza bekerja bersama liz. Bulan April juga keluarnya kisah kami di ruangan BFF.  Terima kasih juga pada Khaledaa yang ramah tamah tu, gosip sangat dekat lobi sampai ke hal kain Jakel dekat KL. 




Paling best nak menunjukkan yang kami ni dah tahap sehati sejiwa pakai baju warna hitam sama pula tu. Tak rancang okay! Kitorang part rancang merancang ni geli-geli sikit. 


Pura-pura sangat nak posing ni. 


Uarghhh muka liz besar sangat.  Tak boleh terima kenapa besar sangat macam ni. Selalu rasa diri ni dah cukup kurus bila selak majalah dara ni, tutup buka 2 3 kali sebab tak sanggup tengok, ye ke pipi aku tu?

Banyak sangat kenangan dengan aza ni, bila depan Khaleda kitorang ni bercerita macam 1 majalah tu nanti keluar story kitorang penuh muka surat majalah dara. By the way, thanks Khaleeda dengan tajuk ruangan ni. Ikutkan aza ni hari-hari tanya dekat liz, apa lah tajuk story kite tu nanti. Haa ni dah keluar magazine ni, tepek na buat frame kat rumah. 


See you in the next post. 





Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. bestnya macam mana masuk majalah dara ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga yg ni kne tgk ig dara diorang akan shout out utk interview if shorlisted.

      Delete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK