MINUM VITAMIN C SETIAP HARI UNTUK CANTIK?  | 

Assalamualaikum 
Cabar diri sendiri untuk minum vitamin C setiap hari. Memang tak rajin nak minum air sebenarnya, walaupun sebutannya macam mudah jer kan "minum". Bukan susah! Siapa yang tak suka minum air mesti faham perasaan tersebut, susahnya rasa nak habiskan 3 liter air sehari. Apatah ditambah lagi dengan meminum vitamin C setiap hari. 

Ada vitamin C yang dijual dekat kedai tu sedap, ada yang kadang-kadang rasa dia masam-masam sikit. Ada yang rasa dia terlebih manis, macam-macam ada. Dan yang liz tengah minum sekarang ni product daripada Cosway, ESTER-C 1000mg. Ada 10 tablets dalam botol ni. Dia punya vitamin C ni daripada Pine Lime jadi memang ada rasa masam-masam manis sikit. 

Kalau minum ni part paling suka ialah bila waktu rendam dalam air, proses mencair tu best. Macam gas gitu ~ Dan nak bagitau korang, vitamin C ni rendam dalam air biasa jangan rendam dalam air panas nanti hilang lah vitamin tu. Liz beli awal bulan March tapi baru je luak 5 tablets. Haha ~ 

Jadi nak buat perjanjian dekat blog sini yang liz akan minum hari-hari dan habiskan semua stock vitamin C yang liz ada. 

Khasiat Vitamin C yang liz rasa ialah dia membantu menaikkan mood liz, macam ada agent dalam vitamin C ni yang tolong bagi tenaga pada liz. Selain tu, vitamin C ni elok untuk merawat luka, dan sel kulit. Liz memang fokus pada sel kulit muka ni, memandangkan ada PIH yang merah-merah, bila makan vitamin C ni liz rasa kulit yang ada PIH merah-merah ni cepat reda. 

Wish me luck. #cabaranflawless #beforeweddingday 

You guys juga boleh baca detail mengenai vitamin C di link di bawah. Semoga ianya membantu ilmu pengetahuan korang. 

See you guys in next other post. 
Bye. 




BILA BERTUNANG | Assalamualaikum 


Nak share ke tidak ye benda ni dengan korang semua, terfikir-fikir lagi masa menaip ni. Kebanyakkan yang rapat dan mengenali liz kalau jumpa mesti ada bertanya, betul ke tahun lepas liz dah bertunang?

Liz sebenarnya tak tahu nak jawab Yes or No. Kemungkinan khabar angin ni ditanya bila ternampak entry liz sebagai mangsa pecah kereta tahun lepas. Dan antara barang yang beharga hilang ialah cincin merisik. Bila gather dengan kawan-kawan yang nampak Malan hantar liz, mesti akan tanya tu tunang liz kan? Dan pada masa tu la liz blur, nak say No ke nak say Yes ni.

Dan sebenarnya liz tak bertunang pun. Perancangan untuk bertunang tu ada tapi mestilah didahului dengan majlis merisik. Kenapa nak merisik? Bertunang je la terus, ada kawan yang beri pendapat macam tu. Pada perbincangan liz dan malan pula, perlu ada majlis merisik sebab both parents and family belum pernah kenal antara satu sama lain. Jadi kenala risik-risik dulu.

Majlis merisik yang nak dibuat secara senyap-senyap tiba-tiba menjadi meriah macam majlis bertunang. Tapi bukan bertunang pun sebenarnya. Wakil pihak Malan pun ada cakap kalau pihak perempuan nak adakan majlis bertunang, pihak lelaki ikut je. Tapi pihak perempuan pula kata, tak payah la bertunang-tunang tu semua, dah merisik ni kira jadi lah terus fokus pada majlis perkahwinan. Dan memang we both sangat gembira tak payah la nak bertunang, takda masa nak fikir (sebab aku paling pemalas buat persiapan).

Korang tahu la kan majlis bertunang sekarang ni macam mana. Kalau dibuat sederhana, tak jemput orang itu orang ini, nanti kecil hati pula. Kalau dibuat meriah sangat membazir sedangkan fokus memang untuk berkahwin dah pun. Jadi bagi liz, liz tak nak membazir masa, tenaga dan wang ringgit untuk fikir majlis bertunang. Majlis merisik pun mak abah dah kalut siap macam-macam, Ayah Ngah siap offer masak gulai ikan patin semua. Mulanya rasa geram juga, kenapa semua orang excited ni. Orang datang merisik je buka ada pape lagi. Lagipun family mereka datang simple-simple je, family liz yang penuh 1 rumah. Cuba la memahami perasaan mak ada anak sorang je, mestilah mak nak semua adik beradik mak datang tengok bakal menantu mak. (uarghh geram nya liz nak main surprise-surprise pun tak boleh)

Merisik hari tu, ibu Malan sarungkan cincin ala-ala diamond ke jari manis liz sebagai tanda gitu. Bab cari cincin merisik pun boleh tahan susah juga. Taste liz ni klasik tapi nak nampak mewah. Mujur lah toke cina tu memahami cita rasa liz yang nak sangat cincin belah rotan tapi nampak macam gabungan diamond.

Tapi part paling cikai sekali masa majlis merisik tu liz pakai blouse office yang pergi kerja hari-hari tu dengan skirt hitam. Takda baju lain ke? Memang takda pun, takda duit nak beli baju. Pakai yang ado je. Merisik je kan, tapi bila ramai yang datang urghhh apa ni .. Selamba je la liz uit hadap je. Lepas ni kena get ready preparation untuk wedding, liz minta korang2 yang baik hati untuk doakan kebahagian kami dan permudahkan urusan. Mohon jauh gangguan yang tidak baik dari kami. Terima kasih awak semua doakan ye.

Haha ~ 



Sekarang ni buat persiapan untuk majlis perkahwinan. Ini lagi 1 hal cerita, malas nya nak pergi survey baju, pelamin, kasut, catering, kursus kahwin lagi. Kalau selalu nya perempuan sibuk kalut pasal persiapan, tapi tang aku terbalik dah. Mujurla dia ni consultant dan bab-bab manage preparation ni dia lebih bagus dari bakal isteri dia. 

Dan dengan harapan ada blogspot pasal perkahwinan ni, aku boleh betul kan kepala otak dan fikiran aku ni untuk fokus on track wedding. (sampai bila tah aku nak cakap tak ready sokmo) Pejam celik masa berlalu. 

See you guys in next post. 





DALAM RUANGAN MAJALAH DARA APRIL  2016 | Assalamualaikum dear sayang ♥ Entry kali ni liz nak berkongsi cerita yang akan menjadi kenangan terindah buat kami berdua sebelum berpisah. Kisah liz dan BFF (Aza).

Yup! Berpisah kerana kerjaya seorang wanita. Mula la tu nak buat ayat poyos. Sebenarnya macam ni, si aza yang renek macam pokok kaktus tu dah tender resignation 1 bulan notis dekat tempat kami bekerja sekarang. Baru je rasanya kami dapat berjumpa hari-hari pejam celik dah lebih kurang 6 bulan kitorang together-gather. Biasalah bila freshiee ni dah ada pengalaman bekerja up to 6 months, korang dah boleh mula hunting new job untuk demand gaji yang lebih banyak dan pangkat yang lebih tinggi. Itulah yang sedang terjadi kepada si kaktus ni. 

Bila aza bagitau liz pasal keputusan dia nak resign, dia nangis teresak-esak macam la pulak mati laki. Liz nak nangis? Memang tak lah, kalau sedih pun sorok dalam hati. (Ego)  Sebab liz tak nak aza rasa susah nak buat keputusan kalau liz pujuk dia. Kalau boleh, memang liz tak nak dia resign tapi liz tak nak benda-benda ni semua mempengaruhi keputusan dan pilihan dia. Liz faham sangat perasaan dia, bukan senang nak move on new place, new environment dan bakal menerima tekanan kerja yang baru. (Dan kawan-kawan yang baru)


Ikutkan hati, memang lah berat nak berpisah dengan bff sendiri yang dah berkawan lama hampir lebih 5 tahun, bila dah dekat hari-hari tiba-tiba nak kena berjauhan pula. Tapi kehidupan memang macam tu, apa yang kita sayang tu kita perlu belajar untuk lepaskan juga. Untuk kebaikkan 

Semua orang ada BFF! Best Friend Forever. Siapa kawan baik korang? Bila soalan ini diajukan, muka siapa yang tiba-tiba muncul dalam fikiran tu? Pada pendapat liz, kita boleh ada banyak kawan rapat tapi kita susah nak jumpa kawan baik selamanya.

Cara liz definisi maksud kawan baik ialah bila:

Liz boleh menjadi diri sendiri apabila berkawan dengan dia. Transparent! Sebagai manusia kita akan mempunyai pelbagai watak. Percayalah kalau awak tak pernah jumpa dengan orang tu, awak tak pernah ada dalam kehidupan orang tu jangan lah buat penilaian dengan cepat tentang seseorang. 

Dengan aza ni best, nak kutuk dia depan-depan boleh, kutuk dia belakang-belakang pun boleh. Tapi bab sentap menyentap tu boleh tahan juga kalau mood melayang datang. Tapi nak simpan dalam hati? Itu memang takda dalam kamus persahabatan kami. Normal la tu kalau touching dengan BFF. Tapi yang pasti BFF ni buat macam mana sekali pun hati setia bersama. (Macam ayat bercinta pula) 


Untuk bulan April yang akan datang ni merupakan bulan terakhir aza bekerja bersama liz. Bulan April juga keluarnya kisah kami di ruangan BFF.  Terima kasih juga pada Khaledaa yang ramah tamah tu, gosip sangat dekat lobi sampai ke hal kain Jakel dekat KL. 




Paling best nak menunjukkan yang kami ni dah tahap sehati sejiwa pakai baju warna hitam sama pula tu. Tak rancang okay! Kitorang part rancang merancang ni geli-geli sikit. 


Pura-pura sangat nak posing ni. 


Uarghhh muka liz besar sangat.  Tak boleh terima kenapa besar sangat macam ni. Selalu rasa diri ni dah cukup kurus bila selak majalah dara ni, tutup buka 2 3 kali sebab tak sanggup tengok, ye ke pipi aku tu?

Banyak sangat kenangan dengan aza ni, bila depan Khaleda kitorang ni bercerita macam 1 majalah tu nanti keluar story kitorang penuh muka surat majalah dara. By the way, thanks Khaleeda dengan tajuk ruangan ni. Ikutkan aza ni hari-hari tanya dekat liz, apa lah tajuk story kite tu nanti. Haa ni dah keluar magazine ni, tepek na buat frame kat rumah. 


See you in the next post. 





PENGALAMAN BERNIAGA DI CAR BOOT SALES SHAH ALAM BERSAMA BFF & BEAUTY BLOGGER BUDDY | Assalamualaikum 

Rasanya ini kalilah tajuk blog liz terpanjang sekali setakat ni. Kalau hari tu liz berniaga dengan housemate dan kali ni liz berniaga dengan BFF (aza) liz & juga seorang beauty blogger iaitu Cik Pika xoxo yang memang dah tak asing dalam hidup ni. Sebab apa tau, bila kawan liz mesti akan jadi kawan dia juga, we share so many mutual friends. Ini semua atas jasa (UiTM di hatiku) student UiTM memey gitu la.  

Macam mana cik pika xoxo ni boleh nak join buka car boot sales dengan liz ni tiba-tiba? Sebenarnya minggu lepas dia ternampak liz pos pasal car boot sales liz dengan housemate liz dekat Puchong Perdana tapi tak dapat nak ajak dia join sekali sebab dah penuh dengan barang-barang housemate. Kebetulan minggu ni housemate liz ada yang balik kampung dan ada yang takut tak sempat bagi commitment selepas office hour makanya terjadi lah join venture liz dengan pika dan bff liz. 

Liz habis kerja 530 tapi nak ke tapak ni akan tempuhi jammed walaupun dekat dengan office. Tapi dengan adanya super power cik pika ni, dia datang dulu dan mendapatkan tapak yang strategik giler. Yey! Happy tengok bila dekat dengan pintu masuk di bawah sinaran lampu-lampu lagi. Dengan harapan dapat berniaga dengan jaya dan cemerlang nyaa pada hari itu.


Tadaaaa. Siap set up car boot kami. Tapi tiba-tiba langit waktu tu gelap sangat, Ya Allah kami semua harap sangat tak hujan. Jangan la hujan masing-masing muka dengan penuh harapan yang suci murni. Apa kan daya tiba-tiba menitik-nitik air dekat pakaian dan barang-barang kami. Cepat-cepat lah alih semua dekat bawah bumbung. Tapi sekejap je, dalam 20 minit macam tu kami dah bawa semula keluar barang-barang kami. 

Jualan pertama ialah Bawal Yuhanis di ikuti dengan dadih yang bff liz buat. Bila hari semakin gelap, masuk waktu magrib suasana sunyi sikit dan masing-masing tunaikan kewajipan. Kebetulan kami ABC waktu tu jadi boleh la jaga boot. Tapi liz memang tak selesa panas sangat tak sempat mandi, mujur lah hari Jumaat liz boleh pakai casual dengan jeans, bayangkan kalau pakai pakaian formal office lepas habis kerja terus pergi berniaga dekat car boot. Haha ~ Pengsan tengok nanti, tak ada gaya perniaga la kalau cantik sangat. 


Waktu bertenang, belek-belek koleksi sendiri orang belum keluar lagi waktu ni. Playing phone, promote dekat ig masing-masing. Dalam pukul 815 macam tu orang dah ramai, ramai pula yang suka tengok barang-barang pre love pika xoxo ni. Laris juga koleksi pika xoxo ni sebab barang pre love banyak yang branded. Siapa tak nak branded item dapat harga boleh runding pula tu. 



Macam ni la suasasana ketika berniaga, si pika layan customer dia, liz dekat depan dengan Aza layan cik adik dua ni nak beli shawl. Gambar ni pula daripada Malan yang tiba-tiba muncul jadi paparazi. Bila buka wasap nampak gambar sendiri, eh mana-mana buah hati kite ni. Hoho. Sebab yang lain punya buah hati dah turun padang dari petang, liz kesunyian tiba-tiba. (Gedik) Rupanya di datang juga kasi support. (Omo Omo)

Antara barang jualan kami seperti di bawah:









Me & Pika Xoxo


Me & Aza 

Alhamdullilah semuanya mendapat sales masing-masing. Nasib baik masa nak balik Malan tolong dan tunggu sampai pukul 11. Ni ialah kali pertama liz bekerja dari pagi sampai malam. Malan tak bagi liz buat direct selling macam ni kerja up to 8 hours, tapi berniaga ni liz dah mula dari zaman sekolah lagi, hingga ke zaman uni, dan sekarang alam pekerjaan pula. Macam tak boleh berpisah dengan perniagaan. Sangat berbeza berniaga direct selling macam ni daripada online. Malan nak liz buat secara online je takda la penat macam ni, tapi kan korang kadang-kadang online ni dalam sehari dua kita takda customer pun tapi direct selling ni sekurang-kurang nya ada juga hasil nya walaupun 1. Kepada yang nak mula kan perniagaan tu liz nasihatkan buat dan jual lah sesuatu yang korang minat bukan ikut orang. 

See you guys again in next others post. Bye. Assalamualaikum.

PENYELAMAT PERUT SI DARA YANG MALAS | Malam-malam buka periuk tengok nasi tak masak lagi dek kerana suiz utama telah ditutup oleh housemate yang dengki aku makan malam. (Sebab dia on diet) Hehe gurau je. Tapi yang part dia tutup periuk nasi tu betul sebab tak sangka ada orang masak nasi tengah malam buta macam aku ni. Bila 30 minit kemudian aku jenguk periuk tengok nasi dalam air tengah berenang lagi. Fuhh nangis nak kena tunggu lagi berminit-minit.

Terpaksalah tunggu lagi 30 minit nasi masak. Perut memang dah lapar dari petang dek kerana aktiviti mencari tailor wedding dress. Nak makan petang tadi rasa tak selera pula dalam keadaan musim panas macam ni.

Dah lewat malam macam ni baru reti rasa kebulur nak nasi. Kalau tak dapat nasi memang tak lena lah tidur malam ni. Nak masak lauk? Malam-malam macam ni? Memang tak lah! Nasib baik teringat semalam masa berniaga dekat car boot sales Shah Alam ada orang jual Sambal Garing Che Nor, beli la packaging paling kecil sekali RM6 kalau yang besar RM10 tapi sebab belum gaji perbezaan RM4 tu macam langit dan bumi tau. 


Sumpah sedap giler! Ko tak payah susah-susah nak siang bawang tumis lada kupas ikan bilis buang tulang ke apa tak PAYAH! Ko tinggal buka bekas ni dan cedok dengan sudu campak dalam pinggan je. 


Masa tengah makan berfikir-fikir juga nak share ke tidak dengan korang dekat blog, Sebab kan ni nasi kedua kali aku tambah, makanya buat keputusan ambil phone dan selfie kan nasi dan sambal garing bilis ni. RANGUP giler weh. Seriously kalau korang makan memang akan tambah nasi. 

Dan yang pemalas macam aku ni nak masak tengah malam elok sangat lah. Elok sangat! Beli buat stock, kalau korang dekat area-area shah alam, brader yang jual ni kata dia boleh COD je. Call je number phone dekat bekas dalam gambar tu okay. 

Perut kenyang dah boleh tidur dah ni. Assalamualaikum. 
KIMONO WRAP MURAH DARI ZILAZLOVOER OFFICIAL | Assalamualaikum buat peminat KIMONO. Segala jenis pattern kimono sekarang ni semakin menjadi viral dalam industri fesyen tanah air Malaysia. Korang boleh nampak dekat Instagram dekat Facebook dan juga di tv apabila artis-artis menggayakannya.

Jadi dekat mana kali pertama korang nampak baju yang ala-ala kimono ni? Kalau liz sendiri pula, kali pertama liz tengok blouse ala-ala kimono ni dekat Instagram Sharifah Sakinah semasa majlis perkahwinan beliau, semua bridemaid dia pakai baju ala-ala kimono cuma takda ribbon besar dekat belakang je. Design Kimono berubah-ubah mengikut kreativiti perekanya sendiri. Tetapi konsep kimono tu tetap ada dimana pada baju tersebut pasti akan mempunyai tali untuk di ikat di pinggang si pemakai.


Cantik kan. Nampak santai tapi tetap cantik. Dekat mana nak cari Blouse Kimono yang ada design baru? Ha ~ Korang boleh check dekat ig ZilazloverOfficial. Ada banyak design baru-baru akan di update di sana. Antara contohnya seperti dibawah :

Code Warna : Peach 






Okay boleh follow ig @zilaloverofficial atau wasap 010-2276292 untuk order.

Others Kimono klik here 
PENGALAMAN PERTAMA DI CAR BOOT SALES TAMAN PUTRA PERDANA PUCHONG | Assalamualaikum semua peniaga. Ha  PENIAGA sangat. Semoga kalian semua mendapat aura peniagaan tersebut dari liz hari ni. 

Ahad lepas liz dengan Housemate telahpun membuat 1 aktiviti yang baru dan iaitu menjual di Car Boot pada pagi hari di hujung minggu. Kalau sebelum kami selalunya pagi-pagi masih golek-golek atas tilam masing-masing, ada yang bangun awal pun sebab keluar dating. Ada yang pukul 11 baru bangun, ada yang pukul 2 baru mandi. Ada yang tidur sampai malam. (okay tidur sampai malam tu tipu je). 

Tapi tiba-tiba hari Ahad semalam. lepas solat subuh terus tak tidur dah, siap mandi awal semuanya. Barang niaga pula dah siap packing malam hari masuk dalam kereta siap-siap. Angkut meja, angkut stock masing-masing, angkut ampaian semua. Fuhh semangat terlebih sebab takut lewat sampai ke tapak tersebut. Alkmaklum mulanya niaga pukul 8. 

Esok gerak tepat pukul 730 seperti dijanji kan. Poyo sangat tiba-tiba jadi orang yang tetapi masa belaka. Sampai ke tapak pula 5 minit sebelum pukul 8. Haha! Poyo nya peniaga baru ni. Lepas tu tunggu set up semuanya. Malu nak keluar dari kereta pada mulanya sebab ialah kan pertama kali pergi niaga, padahal semuanya dah biasa berniaga cuma masing-masing berniaga online. 


 Bila orang takda posing sendiri. Promote sendiri dekat ig masing-masing. Masa ni dah mula panas jadi kami sediakan topi kebun sendiri. Kami tak da payung besar macam perniaga lain. Jadi gunala apa yang ada. (sedih)


Belum siap habis set up lagi tapi dah tak sabar nak bergambar. Kalau you guys tengok tapak untuk car boot ni boleh dikatakan besar juga. Okayla untuk peniaga kecil yang manis lagi cantik macam kami ni. Kami takda meja besar macam orang lain, takda meja canggih lipat-lipat. Kami guna meja jepun masing-masing. Ampaian pakaian yang ada dekat rumah, guna shawl buat alas meja. Buat label guna printer office hehe. 

Seronok sebenarnya berniaga beramai-ramai. Kalau sorang-sorang confirm bored giler. Jadi kalau you guys nak join CBS liz nasihat kan buat bersama rakan-rakan anda. At least berdua. Sambutan pula dekat sini orang tak ramai, liz tak tahu la sebab apa, orang tak tahu kut tempat ni. Boleh dikira dengan jari. 

Dan nasihat liz juga, kalau korang nak buat CBS tempat yang strategic juga perlu. Tapi percayalah rezeki Allah tu luas, walaupun orang yang datang sini dalam 10-20 orang je tapi ada juga yang beli. Tapi ikut kan tenaga berdiri sambil tengok matahari naik dari pukul 8 - 12 pm (10-20) tak bebaloi juga. Sebab tak boleh nak all out. 

Jadi dear all. Jom jumpa lagi di next car boot sales with my beauty blogger buddy Friday ni dekat Tesco Extra! 

See you soon. Liz harap korang datang dan beli cepat sebab barangan kami jual memang murah. Setiap customer yang singgah memang tak sah kalau tak beli. 



MINYAK WANGI ORIGINAL DARI US & PARIS DI PRETTY SCENTSES | Assalamualaikum beautiful readers.

Semua orang suka wangi, ada ke yang suka busuk-busuk? Sekiranya ada, sahihlah hidung orang tu berkawan baik dengan tong sampah. Tak kira lelaki ataupun perempuan pasti memiliki minyak wangi kesukaan masing-masing betul tak? 

Dan bila kita bercakap soal jenama minyak wangi ayat yang biasa dengar ialah MAHAL! La korang ni tak tahu ke sekarang ni boleh beli minyak wangi kesukaan korang dengan harga lebih murah dari harga di kedai sebab harga dengan online shop ni lebih murah dan pastinya original imported dari US & Paris. Betul liz tak tipu. 


Ini dia minyak wangi daripada http://www.prettyscentses.com yang dah selamat menjadi koleksi peribadi liz. Kalau korang baru nak berjinak-jinak macam liz dengan minyak wangi berjenama, liz sarankan korang cuba beli trial set ataupun mini set dahulu. 

Tapi kalau memang korang sejenis yang dah tahu mana satu favorite haruman yang disukai, terus grab cepat-cepat. Selalunya stock dalam website ni cepat habis sebab harga dia murah RM50-RM100. Contohnya kalau dekat kedai RM250 tapi dalam ni korang boleh dapat dengan harga RM200 macam tu. Jimat RM50 haaa ~ Siapa nak bagi? Pretty Scentses juga. 

Harga untuk Juicy Couture tu untuk trial set RM10 je korang. Bau dia pula kuat tapi lembut. Lagi satu tu pula Roses Cloe, haruman bunga ros yang lembut tapi ada campuran manis-manis sikit jadi bukanlah bau roses yang menyengat tu. Harga dia RM35 untuk mini set.

Lagi satu liz suka saiz yang kecil-kecil ni letak dalam hand bag tak berat. Dan kalau korang tak tahu nak hadiahkan apa dekat BFF, mak atau kakak adik-adik, liz sarankan beli minyak wangi dekat sini. 

Kalau nak buat goodies bag pun boleh tau, beli lagi banyak lagi murah. Okay tiba-tiba terfikir nak buat hadiah perfume as goodies bag majlis nanti. Over sangat nak tiru Anzalna. Tak dapat bagi Dior bagi Cloe pun okay kan?


Contoh goodies bag DIY ni. Tapi dalam dia ada minyak wangi berjenama okay. Kau ada? Takdaaa ~ lalala ~~ Bye.


Website rasmi mereka boleh check sekarang laju-laju tengok ada banyak yang best dekat sana.


Untuk Info :

INSTAGRAM : @pretty_scentses
FACEBOOK : PRETTY SCENTSES



FRACTIONAL ERBIUM LASER TREATMENT DI PREMIER KLINIK BANGSAR | 

Assalamualaikum my beautiful reader dan khususnya buat pembaca #acnejourney story liz. Cuba bagitahu liz apa yang terlintas di fikiran korang semua apabila liz sebut perkataan 'laser'? Takut? Sakit? Selalunya dua perkataan ni biasanya akan keluar dari mulut orang yang tak pernah buat rawatan laser. Liz dulu pun macam tu juga ada perasaan takut tapi bila diri sendiri pernah alaminya sebenarnya tidak lah sakit mana pun. Dan kebanyakkan mereka tersalah anggap dengan rawatan laser ni. Mungkin ada yang berfikir bahawa bila sebut rawatan laser ianya semua untuk semua masalah kulit tapi sebenarnya setiap jenis laser memainkan peranan yang berbeza. 

Dan hari ni liz nak kongsi kan pengalaman liz membuat rawatan FRACTIONAL ERBIUM LASER. Untuk pengetahuan korang fractional erbium laser ialah laser yang khususnya bagi mengurangkan kedalaman parut. Setiap tompok putih yang terhasil daripada laser tersebut akan menghasilkan 10 ribu sel kulit yang baru. Bunyi macam menarik kan? Sekirannya korang ada masalah kulit yang serious memang disarankan untuk lakukan rawatan laser dan lingkungan umur yang sesuai adalah bermula dari 22 tahun & keatas. 


Cakk! Okay ini ialah bilik menunggu, ruang ni lebih selesa dan dalam masa yang sama korang boleh tengok dokumentari berkenaan rawatan kulit dekat tv yang disediakan dalam bilik ni. 


Masa untuk konsultasi. Kenalkan pada semua ini ialah Dr. Aarthi Maria ( www.skinKL.com ) Dr. Aarthi tengok je kulit liz, dan masalah ketara ialah parut di bahagian pipi. Rawatan yang sesuai untuk liz cuba ialah Fractional Erbium. Dan untuk makluman korang kos rawatan ni RM1800.00 untuk 1 sesi tapi kalau korang sign in with package korang ada dapat free 1 sesi. 


Sementara tunggu numbing cream ni memberi kesan kebas keatas kulit muka boleh datang lepak semula dekat bilik ni. Boleh baca majalah, tapi kalau korang malas nak bangun-bangun. Korang baring je la sampai kering dekat bilik rawatan. 


Kondisi kulit liz ada banyak PIH (Post Inflammatory Hyper-pigmentation). Liz pun baru tahu yang sebenarnya tompokkan redness ataupun dark brown tu bukanlah dipanggil parut jerawat. Parut jerawat tu sebenarnya kulit yang mengalami kecederaan sehingga meninggalkan luka pada kulit. Jadi parut tu sebenarnya kulit yang berlumbang-lumbang. OMG liz baru tahu. 

Bentuk yang seperti pen & ada haba merah tu ialah laser. Dr. Aarthi alirkannya ke seluruh muka liz. Terhasil-lah bintik-bintik putih tersebut makanya setiap bintik putih tersebut akan menghasilkan 1 sel kulit yang baru. Bayangkan kalau ada 10 ribu tompok putih makannya akan ada 10 ribu sel kulit yang baru. Kesan daripada rawatan ni, dia akan mengecilkan kedalaman luka kulit kepada peringkat yang lebih baik. Jadi kalau korang ada parut jerawat yang sangat besar perlu buat berulang kali untuk beberapa sesi. 


Lepas buat laser kena buat cooling session time sebab laser ni panas. Tapi you guys mungkin takkan rasa sangat sebab numbing cream tu masih memberi kesan kebas. 

Tapi untuk hari pertama mungkin akan rasa kulit panas. Dan sangat tidak digalakkan main panas. Sila pakai sunblock bila keluar. Kesan ketara terhadap kulit pula Fractional Erbium Laser ni memang tinggalkan tompok-tompok. Tompok putih akan mulai hilang dalam temph 1 jam, kemudian sedikit-sedikit bertukar kepada warna perang. Dan semakin hari semakin hilang. 


Siap daripada rawatan, koramg boleh bersiap cantik-cantik semula di bilik make up. Tapi boleh make up apa je pun, mata dan bibir je la. Muka tak boleh pakai apa-apa selain moisturizer & sunblock.



Suasana klinik yang sangat exclusive. Dr. dan staff pun dekat sini sangat peramah, tanya jea la apa-apa soalan yang korang tak tahu. Jangan malu untuk bertanya dekat sini. Walaupun selama ni liz dah tersalah faham antara parut dan PIH. Memang lepas tak panggil dah la parut, panggil PIH. Hehe ~

Dan kalau korang nak datang sini buat rawatan jangan lupa sebut code blog : Beauty Liyliz dan korang boleh menikmati 10 % diskaun. 

Lokasi klinik Premier Klinik:

1. TTDI : No. 31 Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), 60000 Kuala Lumpur. (Same row as Pizza Hut)

2. Bangsar : No. 40, Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur. (Same row as Post Office and next Raj Banana Leaf) 

Untuk lebih lanjut sila ke link dibawah:

Instagram : @premier_clinic

Kalau nak tengok lebih detail proses laser tersebut, jangan malu-malu. Sila la klik video di bawah ini:



Bye. See you in the next post.
TEMPAT MAKAN MALAM ROMANTIK DI KUALA LUMPUR | 

        Assalamualaikum pembaca belog liz yang jelita & (kalau ada yang hensem)! I'm so excited on this. Jadi jom teruskan pembacaan jalan cerita ni. Macam mana liz boleh jumpa tempat alam semula jadi di tengah-tengah Kuala Lumpur? Mudah je, zaman teknologi Google dan berjodohlah liz dengan Subak Restaurant. Restaurant ni berkonsep bali, kalau Google tempat ni memang korang boleh tengok gambar-gambar permandangan yang sangat cantik tapi kalau korang datang sini lagi cantik boleh tengok sendiri. Sebelum liz book tempat ni liz baca dulu blogpsot yang di update dalam blog pasangan romantik yang pernah datang ke sini. Kebanyakkan nya semua review komen positif. And now is my turn!



Sebelah pintu masuk Subak Restaurant.

Address
Lot 3213
Jalan Penchala Indahr
Bukit Lanjan 60000
Kuala Lumpur

Liz pernah plan datang sini pada March 2015 tapi disebabkan tempat ni dibuka sehingga jam 11 malam sahaja makanya liz tak sempat nak kejar masa dari Pahang. (Masa tu dekat Pahang) Jadinya last year liz book dekat Bora Ombak, by the way dekat Bora Ombak pun sangat romantik weh. Ada live band lagi tolong nyanyi lagu romantis dekat meja korang. Oh makanya semakin melting la pasangan korang nanti.


Depan kaunter Subak. 
Sementara tunggu mereka tunjukkan meja liz.

Kalau korang dah booking table dekat sini, tak perlu risau pasal meja. Sebab pihak Subak akan berikan port baik punya. Meja nak bercandle light dinner ke nak ada helium ballon ke. Boleh request dengan pihak Subak. Cuma kena tambah RM je. Hehe.


Bahagian ni ialah depan entrance Subak, kalau korang datang sini korang akan nampak kawasan ni dulu. Tempat ni kebiasaannya untuk mereka yang tak booking table. Boleh pilih nak duduk dekat mana-mana je sebab memang luas kawasan restaurant ni. Untuk yang dah booking pula haruslah ke tempat yang lebih privacy.


Ini ialah laluan ke bahagian lebih romantik tersebut. Hehe skema sangat! Ni posing masa nak balik dah, masa datang sini tak sempat bergambar sangat perut pun dah lapar. Ingat tau tempat ni tutup pukul 11 malam je tau. Mereka terima order last 10:15 PM. 

Tadaaa dah sampai dekat meja!

Malan memang dah warning liz, jangan booking table. Jangan membazir, jangan bawa tempat mahal-mahal. Dan banyak lagi jangan. Tapi girls korang mesti ada 1 perasaan yang suka giler kalau dapat buat surprise ni semua kan? Lagi-lagi kalau korang sejenis suka buat orang terkejut. (Termasuklah suka jerkah oficemate)

Alhamdullilah dekat Subak Restaurant ni liz masih mampu untuk membayarnya berbanding dine dekat KLCC itu belum mampu lagi. ( Future InsyAllah ) Kalau korang google tempat makan romantik banyak sebenarnya tapi nak cari yang win-win price agak sukar weh.


Bukan birthday liz tapi action gambar over. Rasanya masa ni Malan say something macam appreciate statement la kata aku ni sweet gitu. (bLuerk)


Kalau korang berminat nak booking table ada bunga ros macam ni & ada lilin-lilin semua ni RM30 sahaja. Murah kan! Tapi Malan da risau liz tak cukup duit bulan ni because of this table, siap offer nak swipe card dia sebab tekaan dia meja macam ni mesti around RM100 macam tu. Hehe RM30 je korang ye. Alah tahu dia terharu la tu. Setiap tahun birthday dia ada romantic moment. Kalau bufday liz selalunya funny moment je terlebih. 


Marilah kita cerita pasal menu pula. Mahal ke tidak ye, tapi liz rasa setahun sekali you guys kumpul RM1 sehari macam liz, mampu je nak bawa makan dekat sini. Air warna hijau tu ialah Longan Pandan(RM9.00) recommended & Orange Kuning tu ialah Lemon Grass (RM9.00) sedikit pedas. 


Starter Potato Soup with Garlic Bread ( RM13.00 )


Tomato Soup with Garlic Bread ( RM13.00 ) Superb yummy! First time liz makan totamo soup.


Sizzling Chicken Chop. Banyak sangat sayur tapi minta maaf liz just snap from my side, sepatutnya snap dari atas baru korang boleh nampak. ( RM36.00 )


Nasi goreng apa ni tak ingat. 
Malan punya RM16 tak silap liz.


Lava Chocolate Cake. RM22.00 
Okay yang ni korang boleh order kalau suka manis dan pahit. 
Tapi kalau liz memang tak berapa suka benda yang manis tiba-tiba pahit. Sebab Chocolate cake tu a lil bit pahit, dan ais cream ni manis.


Kawasan ke toilet kena nak tangga. Kalau ke toilet liz sarankan minta berteman sebab sunyi konsep-konsep dalam hutan ni. Faham-faham je la ye.


Sebelum balik. Part terkantoi dari camera Malan. 
Liz bungkus Ros yang ada atas meja. Haha sebab suka sangat ros ni, rasa sayang kalau tak tapau bawa balik.


Semoga perkongsian entry ni liz harap pasangan yang tengah cari idea atau tempat untuk buat surprise bufday celebration/propose your love one mungkin boleh jadikan tem. Harga masih boleh tolerate kan. With good environment dekat sini memang bebaloi la kan. 

Ada yang kata dekat sini banyak nyamuk tapi alhamdullilah meja yang liz duduk takda nyamuk. Ternampak ada bekas ubat nyamuk, mungkin mereka dah pasang dulu waktu petang. Kasi halau semua nyamuk dulu!


Boleh klik video di atas kalau korang nak tengok lebih terperinci suasana dekat Subak Restaurant ni. Kalau korang nak meja yang ada ballon banyak korang boleh ambil package RM250.00 

Nak detail lagi boleh terus ke Website rasmi mereka di : http://www.subak.com.my ada no phone, ada peta & menu juga di website mereka.

Lokasi ni memang sangat dekat buat mereka yang berada di kawasan Kota Damansara. 

See you soon in next post. Bye. Assalamualaikum.