REVIEW DEAR KLAIRS CREAMY & NATURAL FIT CONCEALER

18 Feb 2016

REVIEW DEAR KLAIRS CREAMY & NATURAL FIT CONCEALER | Hi Assalamualaikum. Minggu ni liz pergi kerja rasa extra beautiful sangat tau sebab liz dapat tutup tompok hitam dan liang pori terbuka dengan sempurna. Best sangat produk yang liz nak kongsi kan dengan awak semua ni. Memang terbaik!

Produk yang liz maksudkan tu ialah Klairs Creamy & Natural Fit Concealer. Rasanya awak semua pun tahu kalau biasa baca blog liz, liz akan pentingkan make up base. Antara bahan utama untuk make up base mestilah CONCEALER. Dan Klairs Creamy & Natural Fit Concealer ialah concealer yang terbaik untuk kulit yang sensitive. Kerana bahan-bahannya ialah daripada bahan semula jadi yang selamat.


Concealer ni boleh di sapu di bahagian bawah mata bagi siapa yang ada lingkaran gelap bawah mata boleh la cover up. Dan juga concealer ni boleh diguna ke seluruh kawasan muka yang ada tompokan cela. Macam liz suka gunakan 2 kali sapuan di bahagian yang bermasalah. Sapuan yang pertama kalau dah selesai biarkan selama 15 saat macam tu kemudian sapu pula kali kedua. Lepas tu tapping dengan lembut sehingga rata dan menutupi cela yang awak tak nak tu. 


Kalau korang nampak tekstur yang liz sapu atas tangan liz tu memang pekat concealer nya. Code warna nya ialah natural dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jangan risau sebab korang boleh tambah layer atasnya dengan code warna foundation yang korang pakai. Full coverage dan make up korang pun tahan lama. Liz memang suka concealer. Yes Concealer. Nampak tak repeat banyak kali. Nampak sangat suka sangat ni concealer. 

Promotion Price: RM56.60 till End of February 2016
Normal Price: RM77.99
Jadi cepat-cepat sebelum promosi ni tamat tau.





2 comments

  1. Wahhh..Comel je dia dalam video tu. Selamat ber Vlog. Pika dah lama tinggal tataw bila nak mula balik. Hehehee.. Goodluck Liz.

    ReplyDelete
  2. Macam best je concealer ni. Saya memang tengah cari perfect concealer pun.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

LEAVE COMMENT HERE.