search

MASQUE TIME WITH Ko Dermacare Algae Hydrating & Collagen Masque

By | Leave a Comment
MASQUE TIME WITH Ko Dermacare Algae Hydrating & Collagen Masque | Assalamualaikum and hi. Yeah lepaking dan rasa sangat mengantuk. Hari ni ialah hari ketiga selepas buat Fractional Erbium Laser. Tak sabar nak pakai make up semoga cepatlah sikit dead cell berlalu pergi. Hari ni liz nak kongsikan masque yang sesuai untuk kulit selepas laser.

Malam ni tempek muka dengan masque Dr. Ko, masque ni memang sesuai dipakai buat mereka yang baru selesai menjalani rawatan laser. Nanti lah liz cerita pasal laser tu ye. Hari ni just short post menggunakan iphone. Ramai sangat yang takut bila dengar perkataan laser kan. Bila cerita dekat office mate pun, mereka rasa seram dan tak percaya keberkesanan laser tu. Okay takpe-takpe nanti korang baca next week ye. 

Hari ni nak tunjuk Masque yang liz pakai yang sesuai buat mereka yang baru siap buat laser. Kulit kita akan kering, mengelupas dan akan rasa kasar di permukaan sebab proses mengelupas sel kulit mati. Itu adalah biasa okay guys. Setiap jenis laser kesan nya berlainan, liz ada beberapa pengalaman dengan jenis-jenis laser tapi laser Fractional Erbium ni kesannya ialah kulit akan nampak sedikit brown. Disebabkan liz nak cepat proses mengelupas ni settle jadi bila pakai masque Algae Hydrating & Collagen Masque ni memang best sangat. Kulit yang kering dah mula rasa recover. 

Additional info, kena rajin pakai moisturizer juga tau. 


Website : http://www.koskinspecialist.com




Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK