REVIEW MENTHOLATUM BOTANICS

12 Feb 2016

REVIEW MENTHOLATUM BOTANICS | Assalamualaikum & Hi Holla everyone ~ Sesi kecantikkan bermula! Meh dekat-dekat sikit liz nak ceritakan satu produk baru yang liz dah cuba pada cuti raya cina baru ni. Korang tahu jela kan perempuan ni kalau ada produk baru mesti nak cuba. Siapa tak nak cantik! 

Produk yang liz nak kongsikan dengan korang hari ni ialah dari Mentholatum. Apa yang terlintas di fikiran korang semua bila liz sebut MENTHOLATUM? Mesti korang terbayangkan Lipice, Sunplay, Selsun, Hada atau mungkin Oxy? Dan bestnya tahun ni Mentholatum keluarkan satu lagi produk terbaru iaitu Mentholatum Botanics yang dirumus khas dengan ramuan alam semula jadi yang berkualiti tinggi dari bunga-bungaan. Suka bunga tak? Jom la letak bunga dekat muka sama-sama dengan liz.  

Letak dalam kotak siap-siap senang nak mencuba!

Alah korang ni sabar lah, nak sambung cerita la ni tapi kasi la can tengok muka dekat cermin kejap. Hehe. Okay dah siap belek-belek muka dah jom sambung cerita pasal Botanics ni sambil minum air. Sebab air penting untuk kulit juga. *Hehehe 

Botanic ni ada 4 rangkaian tapi liz dah buat kesimpulan untuk korang mudah faham dekat sini botanic ada 3 pencuci muka dan 1 mask.  3 pencuci muka ni ada 3 formula dan korang boleh pilih salah satu formula yang disediakan mengikut cita rasa hati korang. Korang boleh tengok contoh gambar dekat bawah:


Pertama: Pembersih berbuih. 160ml (RM25.90)
[hadir dalam 2 varian iaitu Oil & Blemish Control dan Whitening]

Kedua: Pembersih dalam tiub. 100g (RM14.90)
[Hadir dalam 4 varian iaitu Hydra Whitening, Pore Refining, Deep Cleansing dan Hydrating]

Ketiga: Pembersih dengan pam. 150ml (RM21.90)
[Hadir dalam 2 variasi iaitu Deep Clean dan Moisturising & Brightening

Keempat: Mask 22ml/paket (RM6.90)
[5 varian iaitu Aloe Vera Hydrating Facial Mask,  Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask,  Rosemary Pore Refining Facial Mask, Rosehip Oil Brightening Facial Mask dan Lavendar for Soothing Facial Mask]


Hah mesti mudah korang nak bezakan. Jadi agak-agak mana satu pilihan korang? Kalau korang tanya pilihan liz ialah yang pertama iaitu pembersih berbuih. Dan spesifikasi yang liz suka ialah Oil & Blemish Control sebab dalam kandungannya ada ekstrak bungaan Ylang-Ylang dan ekstrak tea tree sebagai bahan utama bersama bunga pansy liar yang berkesan dalam menentang jerawat. Lepas cuci akan terasa segar sangat muka ni. Lagi best bauanya ada serai wangi. 

Nampak tu jerawat tu. Tak sabar dah tu nak kasi hilang dengan pembersih berbuih ni.

Sampai kecit biji mata happy sangat senyum!

Liz dah try! Korang pun boleh try sekali dan korang boleh dapatkannya di Guardian. Liz nak kongsikan sikit dengan korang mengenai Event Mentholatum yang liz pergi hari tu. Jadi warning dulu dekat korang dekat bawah ni nanti akan dihujani dengan banyak gambar-gambar event yang liz pergi hari tu. Jangan scroll ke bawah kalau korang takut juling mata. 

Kan dah cakap tadi boleh beli dekat Guardian.

Bila sampai dekat event ni terus ke kaunter buat tea sendiri. Banyak sangat bahan-bahan semula jadi yang liz explore. 

Ada katung tea diberi seoarang satu. 
Lepas tu sumbat lah mana 1 bahan yang disukai hati.





My beauty Friends

Sedikit pengenalan pasal Mentholatum, syarikatnya dah berusia 99 tahun dan dimiliki oleh Rohto Pharmaceutical Company di Osaka Jepun. Jadi liz memang yakin dengan Mentholatum ni selain telah lama menapak dalam industri kecantikkan, bahan-bahan produk nya dihasilkan oleh bahan semula jadi.

Selamat mencuba!


Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.