search

CARA BERSIHKAN RETAINER GIGI DENGAN BETUL

By | 2 comments
CARA BERSIHKAN RETAINER GIGI DENGAN BETUL | Sebulan dah liz pakai retainer gigi. Dan untuk kali kedua pergi I Care Dental, Dr periksa-kan perkembangan gigi liz. Sama ada bergerak atau tidak. 

Alhamdullilah Dr. cakap gigi liz bergerak cepat. Cuma nak samakan keseluruhan struktur gigi je perlukan masa lagi. Dan pesanan-nya suruh liz jaga retainer baik-baik. Cuci elok-elok dengan pencuci-nya. 

Argh sudah! Liz pun cuak jap, kenapa cuci dengan ubat gigi (paste) tak boleh ke? Dr. terus cakap tak boleh sebab paste akan mengasarkan permukaan acrylic menyebabkan bakteria dan kuman berkumpul dan mudah melekat. Jadi nanti retainer mudah rosak. Akan jadi hitam-hitam kalau bakteria dah mula berkumpul. Sama juga dengan gigi palsu benda yang sama boleh berlaku. 


Dekat klinik tu ada jual pencuci tu tapi pricey sikit jadinya liz beli Polident Guardian. Senang je cara mencuci-nya cuma rendam-kan sahaja retainer dalam bekas berair dan letak-kan polident dalam bekas tu. 5 - 10 minit boleh bawa keluar dah. Jangan rendam lama sangat sebab nanti bahan pencuci tu melengkap pula dekat retainer tu. Sebelum pakai rendam dalam air bersih dulu. 

STEP 1: Dalam polident ni ada 16 tablets. Korang gunakan 1 tablets sahaja.


STEP 2: Masukkan 1 tablet ke dalam bekas air bersama retainer. 


STEP 3: Tunggu selama 5-10 minit. Bawa keluar dan rendamkan ke dalam bekas air biasa. Bilas dan keringkan. Baru pakai semula. 


Untuk lebih terperinci korang boleh tanya Dr. korang ye. 
Bye. 

Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK