SATAY KAJANG SAMURI DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM

3 Jan 2016

SATAY KAJANG SAMURI DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM | Assalamualaikum ~ Siapa yang tengah mengidam nak makan satay kajang tu tak payah susah-susah pergi ke Kajang sebab Satay Kajang Hj. Samuri yang paling famous tu dah ada banyak cawangan. 

Satay Kajang ni famous dah lama sangat masa liz sekolah rendah lagi dah dengar saudara mara duk sebut-sebut pasal satay Kajang ni tapi siapalah nak bawa liz ni pergi Kajang tu. Dengan tiada urusan tapi semata-mata nak makan satay. Memang kena sindir dengan mak la nanti macam dekat Kuala Lipis dah takda orang jual satay? 

Memandangkan sejak pindah ke Subang Jaya ni yang dulunya PJJ (percintaan jarak jauh) kini dah jadi PJD (percintaan jarak dekat). Masa untuk melangkah menerokai makanan pun mudah sebab ada assistant. 

Cawangan di kawasan Selangor ni banyak sangat-sangat. Mudah untuk di jumpai paling senang sekali ialah lokasinya di pusat beli-belah Kompleks PKNS Shah Alam dan rasanya ramai orang tahu dekat mana. Nak cari pun senang. Makanya marilah tengok menu yang liz pesan dekat sini. Lagi 1 nak bagitahu kalau nak order dekat sini kena pergi kaunter korang jangan berangan la diorang datang meja ambil order. Lagi 1 ni nak pesan, ingat nombor meja sebab diorang nak punch order ikut nombor meja. Senang diorang nak hantar satay bila dah siap nanti.



Kami order satay ayam 10 cucuk dan satay daging 10 cucuk. Dekat sini ada pakej juga tak silap liz satay dengan sekali air harga tak berapa pasti dalam RM10 ++ macam tu. Bila dah bayar dekat kaunter mereka akan bagi air dan kuah kacang terus. Satay atau makanan panas mereka akan ke meja korang nanti. 


Sebabkan rasa lapar sangat liz order nasi goreng cili padi. Memang pedas giler tapi MINYAK banyak sangat liz makan dalam keadaan risau habislah muka nanti sensitif dengan makanan berminyak. Tapi kalau tak makan membazir. Redha sajalah.


Satay dah sampai. Serious tak tipu memang sedap sangat-sangat. Dagingnya pun lembut. Dan sebenarnya yang paling special kuah dia. Sambal dan kuah kacang di asingkan siap-siap, kadang-kadang kita akan tengok kuah satay warna merah kadang ada kedai buat kuah satay warna coklat je. Dekat sini ada dua cara dimana korang boleh gabungkan sendiri sambal dengan tu dengan kuah kacang ikut tekak korang. Kalau rasa nak pedas, letak banyak-banyak. Macam liz pula liz suka kuah kacang nya sahaja pun sedap tak payah letak sambal tu.

Belum cuba lagi? Jom lah sekali cuba Satay Kajang Samuri ni. Boleh ke website mereka untuk lihat cawangan yang lain-lain di http://satekajang.com.my/cawangan/

Untuk alamat di PKS seperti di bawah:

G-60N / G-60E (Tambahan) Tgkt Bwh & 01-168-2,
Tgkt 1, Kompleks PKNS Shah Alam,
Persiaran Tasik, 40505 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
GPS: N 03° 04.158′ E 101°31.054′
Tel : 03-5510 0857
Monday – Sunday
Solat (Friday)
11.00am – 10.00pm
1.00pm – 2.30pm

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.