search

Top-ads

MENCARI PEMBUAT HENNA INAI PENGANTIN | HENNAFORHER

By | 3 comments
MENCARI PEMBUAT HENNA INAI PENGANTIN | HENNAFORHER | Assalamualaikum bakal-bakal pengantin yang mencari servis membuat henna. Anda telah datang ke blog yang tepat! Waceh ayat tu macam liz yang niaga Henna pula. Sebelum kita tengok jenis-jenis Henna yang cantik-cantik apakata kita sharing-sharing knowledge dulu perihal Henna ni. Boleh ke pakai inai yang conteng-conteng ni? Haram ke? Liz pun tak arif sangat dengan benda-benda macam ni tapi liz ada jumpa beberapa carian keratan akhbar dan juga keterangan daripada e-fatwa. Tak percaya cakap liz? Haa~ p tengok gambar screenshoot di bawah ni. Baca jangan tak baca!




Kan da cakap tadi boleh, buatla corak-corak bunga sikit lepastu daun sikit. Barulah nampak seri sikit tangan tu ada inai, eh kata pengantin takpela over sikit tapi janganlah kau mengada minta lukis gambar hand bag coach pula. Taula korang jenis tangan suka nak bergaya dengan handbag jenema bagainya.

Model muslimah popular Farahanim Razak juga pernah memakai henna daripada HennaForHer. Siapa tak kenal pengacara popular tu? Siapa tak kenal Senior Office Management UiTM Jengka tu. Siapa tak tahu yang liz pernah menang dalam sesi make over dalam program yang dianjurkan Oleh Farahanim Team tu? Okay ramai tak tahu. #sigh me tak popular. 

Farahanim Razak bertunang? Haa tula korang tak tahu, nak pakai henna ni tak semestinya tunggu nak bertunang atau nak kahwin je. Sekarang ni trending juga buat hilang bosan. Macam kak hanim ni pakai, penyeri gitu ~ 



Cantik kan? Nak tengok lagi? Jom ke bawah lagi dengan sesuatu kelainan yang liz pun tertarik.


Cantik sangat si dia ni. CUba tengok tangan dan kuku nya. Henna berwarna hitam, rasa super cool pula tengok kelainan ini. Nak tengok dengan lebih dekat? Jom kita zoom di bawah.


Cantik liz suka! Kuku dia guna pewarna yang lembut sangat. Apa code warna ni, liz pun rasa suka je. Kalau korang nak cuba sesuatu kelainan manatau boleh cuba macam ni untuk majlis bertunang. Boleh peel off. 

Jom kita tengok lagi design-design yang telah dilukis oleh Henna For Her Team dibawah. 





Semua design dekat atas ni korang boleh check dengan HENNA FOR HER.
Henna For Her is henna service that personalise to create stunning designs that will compliment you and your overall look.

Henna For Her ni diuruskan oleh dua orang gadis yang memiliki minat yang sama terhadap seni lukis iaitu Amira Arsad & Ida Ismail. Mereka menjalankan servis henna di seluruh kawasan Henna Selangor, Henna Kuala Lumpur dan Henna Pahang.  Terutamanya di Kuala Lipis kalau nak booking Henna ni cepat-cepat contact Amira Arsad sebab dia orang Kuala Lipis Pahang. Selain untuk malam berinai, mereka juga ada menyediakan pakej party henna, buka booth henna dan apa saja idea korang nak boleh dibawa berbincang. Mesti seronok kan kalau buat party henna masa malam berinai, beratur orang datang rumah sebab nak dapat henna free dari pengantin. (Pengantin kena lah sponsor ya.)

Apa yang pasti Henna For Her sangat mementingkan kekemasan dan kepuasan pelanggan. Kalau tengok gambar dekat atas pun dah boleh agak. Sebab design berbeza-berza cara pakai inai lain-lain semua atas anda. Korang kan pengantin ~ Kepuasan anda keutaman mereka. Harga juga lebih murah berbanding Henna Artis yang lain.

Cara hubungi mereka seperti detail di bawah:

Instagram: Henna For Her @hennaforher
Tel Amira: 017-9889774 
Tel Ida: 017-2587903
Email: hforher@gmail.com


Pastikan anda jumpa Istagram yang betul ye. Selamat berhenna! Muah-muah XX


Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. Cantik inai dan orangnya.

    Oh, pernah menang ek. Xtau pun.

    ReplyDelete
  2. huu.. masa kawen tak dapat nak inai macam ni sebab dengar orang cakap tak boleh inai macam ni.. last2 tangan dogol je.. tak cantik.. kosong.. =(

    ReplyDelete
  3. TERIMA KASIH LYLIZ FOR THIS ENTRY! -IDA FROM HENNAFORHER-

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK