search

BERCUTI KE AJLAA VILLAGE PART II (TREKKING TO HIDDEN RIVER)

By | 4 comments
BERCUTI KE AJLAA VILLAGE PART II (TREKKING TO HIDDEN RIVER) | Assalamualaikum semua. Dah baca ke belum cerita liz bercuti Part I? Kalau belum korang kena baca dulu dekat sini. 

Seawal 8 pagi sepatutnya kami breakfast tapi seawal 8 pagi baru kami bangun. Syiok giler tidur dekat Ajlaa Village ni sebab suasana dekat sini sangat tenang. Kalau dekat rumah liz, pagi-pagi dah dengar bunyi kereta, bunyi lori bunyi motor merempit lagi. Bising!

Jadinya kami bangun pun sebab kami dikejutkan oleh kakak komander. Nak tahu siapa kakak komander tu? Korang kena tengok gambar dekat bawah ni. Masa dia datang kejutkan kitorang kemain dah wangi sambil tempek-tempek apatah dekat muka dia. Haha!


Ada gaya kan komander kan? Hehehe ~ Hi. Kak Lily Putih.

Selesai breakfast kitorang sempat lagi patah balik bilik. Ambil cermin mata lah, ambil tuala la. Ambil itu lah ambil ini lah. Lepas tu posing dulu. Bergilir-gilir bergambar. Sampai kakak-kakak dekat bawah kena menjerit panggil "cepat-cepat"! Hehehe. Yang kuat bergambar antaranya orang dekat bawah ni:

Rugi kalau tak posing banyak-banyak dekat Ajlaa Village ni.

Bermulanya trekking to hidden river dengan langkah yang penuh excited. Kalau korang bermalam dekat sini korang boleh request untuk buat aktiviti ni pagi-pagi. Korang boleh pilih nak ikut jalan jauh atau jalan dekat. Macam kami ni, pilih jalan dekat sebab ramai yang senior-senior ni bukan larat sangat. Huhu~ habislah liz kena tumbuk satgi dengan depa! Lagi ramai lagi best tau, tak kisah lah ikut jalan dekat je jalan jauh.
Jom tengok gambar kronologi Trekking To Hidden River seperti di bawah:
(Gambar daripada semua yang terlibat)

Perjalanan di kawasan ni agak susah sikit. Memang kena hati-hati sikit.

Walaupun tengah menuruni cerun yang memang licin giler tapi bila diorang ni nampak kamera. Memang! Muka kaki selfie belaka ni.



Botol air tak tinggal. Setia sangat kemana sahaja liz bawa.


Gambar ni lucu sangat. Haha! Kak Lily macam kena geletek.

Padahal waktu ni semua dah naik ke darat tau. Tapi sebabkan seorang dua dalam air yang ajak bergambar. Habis semua sekampung turun semula dalam air.

Siap dah mandi. Bergambar dulu sebelum bergerak lagi ke perjalanan seterusnya.

Jalan punya jalan akhirnya sampai juga dekat depan Ajlaa Village. Ni masing-masing dah kenyang makan ais krim masa naik bukit tadi sebab ada orang jual ais krim weh tepi sungai. Syiok giler.

Dah siap trekking bukanya masuk bilik terus. Sambung lagi dekat swimming pool korang.
Barulah remaja! Gambar Kak Lily(phothographer tersebut) je tiada dekat sini, sebab photographer kami waktu ni dah terbaring-baring dekat tepi swimming pool ni.

Lebih kurang 12.15 pm baru kami naik ke darat. Beransur-ansur kemaskan beg, mandi manda kemudian lunch time. Selepas lunch lebih kurang 1.30 pm baru lah balik. Happy Holiday!

Untuk maklumat lanjut sila ke FB page Ajlaa Village:  FB PAGE







Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. Memang sweet memories sangat trip ni :)

    ReplyDelete
  2. wei... abis muka kakak komander jadi bahan ni lahhh.... hahahahah

    ReplyDelete
  3. hehehe best gamba mandi sungai! kt remaja hi5 ! hahaha kakak komander tu xthn adoih

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK