TEMPAT MENARIK DI SELANGOR SUNGAI CONGKAK

13 Dec 2015

TEMPAT MENARIK DI SELANGOR "SUNGAI CONGKAK 

Assalamualaikum semua. Berdiri di bulan December dah rupanya kita, makanya semakin menghintung hari untuk menutup tirai 2015. Dan liz sangat suka kan December sebab ada banyak cuti Umum. Bercuti memang seronok tapi lagi seronok kala bercuti dimanfaatkan dengan suasana percutian juga. 

Minggu lepas liz a lit bit moody ~ macam swing-swing the moon gitu. Reply wasap Alan pun Okay ~ Okay ~ Baiklah dan semua yang di-reply semua pendek-pendek. Dan dia tak suka kalau liz macam tu, biasanya liz type wasap macam buat karangan. Jadi cubaan ceriakan mood liz, dia ajak liz pergi main air terjun dekat  Sungai Congkak di Hulu Langat Selangor. Sebelum ni dia dah pernah ajak liz tapi liz banyak kali juga cakap nantilah pergi. Sebernarnya liz tak suka pergi tempat-tempat air terjun sebab takut dengar cerita seram-seram, hantu air lah, bunian lah hantu itu hantu ini. Tapi tak sangka sebenarnya yang dekat selangor ni ada sungai dan air terjun yang cantik macam ni.

Masa nak pergi tu fikir juga dulu 2 kali fikir nak pergi ke tidak masa tu tengah lunch satay kajang. Haha ~ Disebabkan rasa bored giler dah tak tahu apa nak buat dihujung minggu, liz pun ajak dia "Jom lah kita pergi sana." Balik rumah packing-packing baju semua dalam 10 minit terus gerak dari Subang Jaya. Liz dah siap-siap pakai Legging dengan Tshirt. Memang pergi sana terus nak terjun. Senang you alls, tak payah nak tukar-tukar dah. 


Dalam perjalanan tiba-tiba nampak pula Pisang Goreng Cheese. Memang sebelum pergi liz ngindam nak merasa pisang goreng cheese ni macam mana. Sedap sangat ke bila dah ramai orang viral kan. "Awak-awak adaa pisang goreng cheese tadi tepi jalan" Haha dah terlajak weh, pastu terpaksalah dia undur balik mujur tak laju. Dia suruh liz turun p beli. Hoho alasan cliche arh diberi " Alaaah kite pakai legging. Malu nak keluar selekeh macam ni. Padahal sejenis pemalas liz ni. Makan nak, beli malas!

Sepanjang perjalanan ni cuma ada 1 je tol itu pun hanya RM1 sahaja. Jalan jem sikit masa pergi ni, tak tahu kenapa banyak kenderaan jalan slow-slow. Rupanya kawasan perkampungan dah sepanjang Hulu Selangor ni. Kalau korang yang on spot tiba-tiba datang sini, jangan risau sebab sepanjang perjalanan ni ada kedai-kedai runcit banyak sehinggalah sampai ke destinasi. Lepas dah makan goreng pisang mulalah tekak ni kering. Nak air pulak ~ Ya rabbi banyak songeh ~ Tapi kan tadi da kata jangan risau banyak je kedai sepanjang destinasi ni. Beli lah jajan ke airyak mineral ke kalau yang ada bawa budak kecik tu boleh beli pelampung sekali. Banyak pelampung sepanjang perjalanan ni. Jangan risau ~ Bukan setakat pelampung, kedai makan pun banyak. Air kelapa banyak, pisang-pisang lagi banyak sebab liz penggemar pisang. Hairan dekat sini ada banyak sangat orang jual pisang berbanding dekat kuala lipis.


Tadaaaa dah sampai. Pintu gerbang nya. Kalau atas sikit ni tempat yang berbayar nak masuk hanya RM1 ja plus GST jadi RM1.05 sen. Kalau korang rasa tak nak bayar, dekat bawah-bawah ni pun dah boleh mandi tapi air nya tak dalam sangat lah. Tapi ramai juga liz nampak yang tak bayar mandi dekat bawah-bawah sana cuma air tak deras dan mencabar seperti di atas ni. 


Dekat sini ada disediakan parking berbayar. Hanya RM4.00 per entry. Lebih selamat dan ada orang tengok-tengokkan. 


Jangan lupa beratur bayar tiket sebelum masuk. 


Di sini juga ada disediakan penginapan. Kalau korang sejenis yang suka bercamping dan suka bermalam di kawasan alam semula jadi ni, sesuai sangat lah kan datang sini. Tapi kalau liz tak berapa berani hehe ~ Tak nak ambil risiko di tempat orang. 


Tak sabar nak masuk dalam air sebab tak tahan nak kencing. Haha buruknya perangai liz ~



Haarr lega. Teruk naa ~ Nak pergi toilet takut. Alar macam korang tak pernah buat?



Sangat-sangat cantik. Mulanya liz takut nak pergi tengah sebab tengok air deras sangat. Ingat best pergi tempat ada batu-batu rupanya seksa nak berjalan sambil tolak-tolak lambungan ombak gitu. 




Tengok jelah Alan tu mandi sorang-sorang dulu. Liz duduk atas sambung makan pisang goreng cheese. Hehe ~ bila dah kenyang baru lah masuk dalam air. Perlahan-lahan masuk okay sebab air nya sangat sejuk dan lagi satu ada batu-batu bawah tu. Kalau tak hati-hati boleh terpijak bahaya. Seterusnya korang layan jelah gambar-gambar dekat bawah ni okay. Sebelum tu, nasihat liz kalau nak berenang cari yang tempat kurang batu. Nanti berenang menyelam benjol pulak dahi tu.








Okay habis dah gambar. Minyak kami isi RM30 untuk pergi balik pun ak habis. Mudah sahaja korang boleh guna waze atau GPS mesti sampai punya. Jarak perjalanan sebab jem sikit tadi dekat 1 jam 40 minit baru sampai kalau tak jem dalam 40 minit ke 1 jam sahaja dah boleh sampai. Pesanan untuk korang ke sana jangan buang sampah merata sebab tong sampah pun ada di sediakan. Lagi 1 dekat sini boleh mandi tukar baju semua ada kelengkapan di sediakan. Tapi kalau nak pergi mana-mana jangan sorang-sorang seeloknya ada teman. Okay. Selamat bercuti untuk semua. In future nak datang lagi bawa parents and family pula. 


Bawah ni ada video. Boleh tengok cantik sangat air terjun nya. Liz upload sikit je supaya korang yang ber kuota sikit pun boleh tengok. :) 


2 comments

LEAVE COMMENT HERE.