search

SELESAI MENCARI CINCIN

By | 4 comments
SELESAI MENCARI CINCIN | Assalamualaikum my beauty readers. Boleh dikatakan dalam Malaysia ni remaja wanita lebih gilakan make up dan pakaian yang up to the date berbanding aksesori diri melainkan bila tiba masanya berbau nasi minyak. Eh ~ Yeke?

Eah yelah sebab kawan-kawan sekeliling liz semuanya free dari sebarang aksesori melainkan liz je ada cincin sebentuk melekat dekat jari tanda ucapan taniah dari mak liz sempena Convocation 4 tahun lepas. 

Dan tiba masanya pula untuk menambah 1 lagi cincin di jari manis. Ehem ~ tiba-tiba rasa panas muka. Oh malu mungkin ~ Lalala ~ Sebenarnya alan dah belikan sebentuk cincin custom made dekat Tomei pada hujung bulan September tapi nak dijadikan cerita yang tak best cincin ni hilang kena songlap dengan penjenayah yang pecah tingkap kereta dia October lepas. Huarghh sebentuk tu yang sangat rare ~ Masa beli cincin tu liz masuk semua kedai tak ngam bila masuk Tomei kebetulan ada sebentuk cincin extra custom made lebihan seorang customer nya yang order. Bila pakai rasa sedap di jari. Terus cakap nak yang tu ~ Tapi dah bukan rezeki. 


My pale skin. Semacam malas nya nak cari cincin yang baru. 


Ada yang ingat taste liz macam ni? Tak silap liz ramai juga yang suka mcam ni. Kiranya trending juga cincin macam ni. Menggantikan cincin belah rotan bagi mereka untuk merisik. Tapi NOT MY TASTE. Liz still dengan cita rasa klasik, nak belah rotan juga tapi version moden lah. Huhu ~


Banyak nya pilihan kat sini but NON of my taste ~ huhu 1 nya bila masuk dekat jari tak selesa.
Ayuh mencuba 1 per 1 di jari seperti dibawah ini.


Selesa yang ni tapi tak berkenan pula.



Tak selesa sebab rasa tajam-tajam.


Rasa menarik tertarik tapi besar sangat. 


Dan akhirnya muncul gambar ni bila malam OTW balik Pahang mencari cincin. Bila Michelle tanya "Liz this weekend tak ikut mereka pergi x-tream park ke?" No lah I balik Pahang cari cincin. "Uitt please la dekat KL ni takda Cincin ke?" Huhhhh ~ sign (cerewet)


Happy face bila dah jumpa cincin yang selesa pakai dan just nice designnya. Bila pilih cincin tu memang ada sebentuk je dan dekat sekitar kedai KL yang liz masuk dan Mentakab ni takda design macam ni. Bila dah pilih gram nya sikit je. Alan macam tak setuju sebab dia rasa tak bebaloi la ni mahal tapi gram sikit. Tapi toke tu cakap "sebab artwork cincin ni mahal. Pakai selesa dan design dia macam diamond ring." Walaupun tak mampu nak cincin belah rotan berdiamond kan, ala-ala taburan diamond pun okay la please. Tapi taste liz memang macam tu. Orang seni memang pentingkan ARTWORK hahah ~

Okay done! Swipe ~ Maceh. 


So Hi korang. Liz dah berjaya cari cincin untuk E-day. Korang ada pengalaman yang sama macam liz? Please drop link korang di bawah, teringin nak baca juga. 
Newer Post Older Post Home

4 comments:

  1. Uwahhh. feel happy for you Liz! One step closer. Semoga dipermudahkan urusan ye nanti.. hehee..

    ReplyDelete
  2. Yeay dah dapat cincin. Last time i bought mine dekat kedai emas di Kedah my hometown. Happy gile dapat pilih cincin tunang and cincin kawin at a very affordable price sebab dah kenal dengan tuan kedai. After few months kawin, when i was working, boss tegur yang i xboleh pakai cincin kawin time kerja..so i passed my cincin to my husband.. My husband letak dalam poket and die terlupa lansung pasal cincin tu.. Turned out esoknye bile i tanya cincin mana? die buat muke tekejut beruk..huwaaa cincin kawen hilang..tapi sebab mengantuk tahap jin sebab oncall...i pon cakap, xpela sayang...nanti beli lain..pehtu terus sambung krohhh krohh..haha..

    http://prettyvrach.blogspot.my/2015/11/review-mac-mehr-velvet-teddy-faux.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu hilang ke? eah kenapa boss tak bagi pakai waktu kerja.

      Delete
  3. Tahniah.. nanti kalau kawen jangan lupa jemput kita k.

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK