search

PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN ORANGE

By | Leave a Comment
PUDARKAN PARUT JERAWAT DENGAN ORANGE | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Banyak lagi tak parut jerawat korang? Okay entry ni adalah untuk geng-geng acne journey bersama liz. 


Liz selalu dapat soalan dekat ig / fb / email tanya liz makan apa-apa vitamin tak untuk hilangkan parut jerawat sebab nampak macam dah pudar. Alhamdullilah kulit dah baik sedikit-dikit, sekurangnya kalau ada parut pun boleh cover dengan foundation. Kalau dulu tutup dengan apa-apa concealer pun terbonjol-bonjol jerawat. Parut tak pa. Make up kan ada. ~~ Laalalaa. 

Tapi liz perasan bila liz selalu amalkan makan orange, liang pori liz lebih mengecil. Sebelum ni pori-pori muka besar-besar juga, selain tu liz ada buat treatment laser. Hehehe ~ Tapi dalam setahun ni baru 4 kali ja.




Refer gambar yeah. Ada je parut tu pun sikit nampak sebab taruk foundation.

Jadi untuk hari-hari yang tak mampu buat laser cubaan untuk recover dari dalaman pula. Liz prefer untuk makan orange sebab orange ada Vitamin C di mana memang sangat bagus untuk kulit. Apa yang liz tahu orange ni bagus untuk pembentukan kolagen, dan perbaikkan struktur kulit. Dan mudah untuk rawat luka jerawat. 


Setiap hari kena makan sebiji. Tapi liz dah stop selama 2 minggu sebab rasa nak muntah pula tekak ni hari-hari telan orange. Ikutkan kalau nak mudah makan vitamin pil-pil ke tapi liz pula tak tahu nak pilih jenama yang mana. Jadi makan sahajalah buahan original. Ada rasa manis. Lebih nikmat ~


Kasi zoom sendiri. Ni cahaya je lebih ni tapi korang boleh nampak parut jerawat hitam bawah dagu yang samar-samar. Dan struktur kulit liz yang tidak sekata. Gelap ada pastu cerah ada. Adeh ~ Tak retis betul kulit iolls.

Kalau korang tak rajin makan buahnya setiap hari sebiji korang boleh minum jus orange setiap hari tapi sebanyak 225ml sebab nya kalau 225ml bersamaan dengan 1 biji orange yang ada 70mg vitamin. Jenis-jenis khasiatnya liz tak pasti mana tapi yang pasti ada vitamin C. Hehe ~ 

 

Dec 2013 & April 2015

Semoga parut jerawat korang juga bertambah baik yeah.

Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK