search

KONSEP MAKAN DALAM KOTAK DI THE SUMBS CAFE SHAH ALAM

By | 1 comment
KONSEP MAKAN DALAM KOTAK DI THE SUMBS CAFE SHAH ALAM | Assalamualaikum. Hari ni liz nak kongsi kan pengalaman pertama liz makan berkonsepkan dalam kotak. Walaupun korang makan dekat sana tetap kena makan dalam kotak. Jangan nak mengada-ngada nak minta pinggan mangkuk lah weh. Takda punya. 



Gambar daripada FACEBOOK PAGE MEREKA. Klik sini

Bila waktu lunch mesti tak tahu nak pergi makan dekat mana. Kalau tak ke Giant pergi Tesco, kalau tak pergi Tesco mesti pergi EON Big Subang. Jarang nak pergi menjelajah sangat sebab masing-masing nak makan yang simple-simple dan berjimat kononnyalah. Idea Celes telah membawa kami semua ke sini. Sebab katanya makanan dekat sini boleh tahan juga sedapnya.


Menu book telah sampai. Harga dekat sini boleh diketogari kan sebagai harga mampu bayar lagi ~


Dekat sini kebanyakkannya memang menunya western food tapi nasi-nasi pun ada cuma ada dalam 5-7 pilihan macam tu sahaja.


Kalau order dekat sini lambat nya sampai. Orang nya ramai agaknya. Boleh berbual-bual berselfie panjang tanpa henti.


Di dalam cafe The Sumbs. Ruangan nya tidak terlalu besar. Boleh makan dekat luar kalau korang berminat tapi macam kami ni memang sejenis semua tak suka sangat kena cahaya matahari. Haha ~


Bayar di kaunter ye kakak-kakak semua. Sila beratur semuanya. Dekat sini yang sedap dan murah harganya ialah pasta-pastanya. Harga dalam lingkungan RM12-RM18 macam tu untuk pasta-pasta mereka. Rugi kalau tak rasa pasta mereka. Liz pun rasa rugi tak order paste ataupun spagetti yang ada dekat sini sebab apa yang liz order tak berapa memuaskan tekak.


Churus eah namanya. Entahlah ni si Celes lah ni yang order katanya sedap sangat. Kuih ni macam cha kueh tapi pada liz yang tengah jaga kulit macam liz ni tak sesuai makan sebab di luarnya sangat-sangat berminyak. Dalam dia lembut macam air skrim gitu. Sedap!


Makan ni kena cicah Chocolate. 





Oh Kotak dah sampai. Sila lihat apa di dalam.


Kecewa sebab dalam gambar nampak mewah tapi bila sampai kuahnya atas tu je secoit mozerela cheese bagai semua. Harga RM15.00





Makcik ni happy sangat kalau dapat makanan. Dorang ni order nasi sweet sour. Sampai tak habis sebab banyak sangat, asyik tolak-tolak kat kotak orang lain. Suruh rasa ~ kononnya padahal tak habis. 


Celes punya. Sangat-sangat creamy. Sedap!


Okay selesai makan! Gambar makanan Eddy tak sempat nak masukkan dalam ni. Sibuk da lapar nak makan tak menyempat nak capture. Lepas dah makan masing-masing bawa keluar botol air. Kami dah biasa keluar makan tak order air sebab setiap sorang kami ada botol air. Bila keluar jalan ramai-ramai sangkut botol air dekat bahu. Ingat lagi masa liz nak order Snack Plate KFC cakap tak nak air, lepas tu orang dekat kaunter tu gelak-gelak. Dia kata kena ada air sekali kak , package ni kak kena ambil juga air. 


Kalau korang nak cuba menjengah selera di tempat ni boleh datang ke alamat di bawah:

7-04-01 Persiran Alam 
Pusat Pernigaan World Wide 
Persiaran Akuatik Seksyen 13 
Shah Alam, Malaysia.
Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. I'm truly enjoying the design and layout of your site.

    It's a very easy on the eyes which makes
    it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a developer
    to create your theme? Outstanding work!

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK