JUALAN WAREHOUSE CLEARANCE REVLON & SILKYGIRL DI ACG INTERNATIONAL

4 Dec 2015


JUALAN WAREHOUSE CLEARANCE REVLON & SILKYGIRL DI ACG INTERNATIONAL | Assalamualaikum beautiful ladies. Tadi liz pos photo dekat ig dan dekat FB liz shopping dekat ACG ni. Gudang untuk jenama-jenama yang begitu familiar dalam kalangan semua remaja iaitu Sillky Girl & Revlon dan bermacam lagi jenama lain. 

Silky girl adalah antara jenama make up pertama liz di kala zaman sekolah dulu. Almaklum harga mampu milik dan mengikut jiwa remaja gitu. Kalau harga retail pun dah murah dan kini harga di gudang lagi lah extra-extra murah. 


Di pintu masuk mereka. Kalau waktu lunch tadi lagi lah ramai giler. Parking sana sini penuh merata-merata. 


Banyak sangat-sangat! Semuanya murah tapi hati-hati juga semasa nak memilih. Sebab bila dah disebut jualan clearance maksudnya tarikh yang di buat pun ada yang dari tahun 2013 ada yang dari tahun 2014. Kalau untuk mereka yang sensitif kulit nya macam liz ni, elok-elok memilih. Liz memang tak ambil foundation ke apa, just make up sahaja. Liz banyak pilih product dari Revlon sebab suka range color yang mereka ada. Semua warna-warna yang natural dan nipis.  Most favorite ialah eye liner silky girl sebab mudah nak remove bila nak solat. Ada brush dan make up form Stage juga. Liz sempat grab 1 eyes shadow brush only at RM20.00 beb.


You can get you lipstick at only RM6. Giler cheap kan?


Favorite sangat bab-bab men-colour rambut ni. Hehe ~ surelah tidak.! Ni liz beli nak hadiahkan dekat officemate yang busy gilor~ Sampai nak keluar makan pun tak sempat. Because the price is really-really cheap only at RM6.00 per pcs dan liz beli lah dua kotak kasi mereka sorang 1. Cat kuku? Hahha my favourite juga tu. Only at RM3.00 by Revlon, beli 1 free 1 lagi. Liz pun ada juga, sure lah pakai bila waktu bendera meroh. 


Calling for all buyers! Last sales will be on tomorrow yeah. Only til 4PM. Jangan lewat, banyak dah nak habis. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.