search

FAVORITE MAC CONCEALER TO COVER ACNE SCAR

By | 2 comments
FAVORITE MAC CONCEALER TO COVER ACNE SCAR | Assalamualikum semua. Hari ni liz nak share 1 of my most favorite concealer. Lets check it out.




Ianya daripada MAC.


Untuk daily routine make up liz bukanya rajin sangat. Lagi-lagi suka bangun lewat dan bersiap. Sampai office pukul 9 ~ Lala lalaa ~ yang penting awal daripada bos. Hoho ~ Liz suka Mac concealer sebab dia sesuai untuk kulit liz yang sensitive. Bila sapu dekat pipi confirm boleh tutup parut cela hitam bagai yang ada dekat pipi tapi untuk tutup pori yang besar terbuka macam kawah bulan tu memang agak susah la weh nak tutup melainkan korang sanggup habiskan masa depan cermin 2 3 jam sapu tebal-tebal. 


Liz suka campurkan dua warna. Yang cerah liz suka sapukan pada yang parut gelap tu dulu kemudian tepek warna yang gelap dekat atasnya. Memang tahan lama dan kulit tak berminyak. Lagi 1 nak bagitahu yang concealer ni tiada bau. Nyaman je weh kalau pakai. Warna yang cerah tu boleh tepek bawah mata kalau agak-agak mata korang gelap sangat. 


Macam ni contohnya. Liz tak pakai make up sangat sebab takut cair masa pergi karnival Jom Heboh. Buat kening sikit pastu taruk lipstick. Settle! Selebihnya bubuh concealer kat pipi kat muka kat dahi kat mana-mana yang agak aku suka. 


Ni kalau malas sangat taruk la sikit-sikit kat area paling teruk. Pastu tambah lagi foundation atasnya untuk kasi rata. Sebab kalau concealer nak ratakan susah pasal dia likat amat ~ Kan dah keluar bahasa pahang koi.


Alamak tercicir watermark pulak dekat gambar ni. Lantak laaa malas dah nak edit. Okay tengok kat kotak tu apa ialah kod pilihan warna liz. RM 100.00 kalau korang nak beli 1 kod warna je pun ada harganya ialah RM79.00 dan jangan risau korang boleh pakai up to 6 months. Ayat senafas liz kasi, sorry ye sebab curi-curi ni type lelaju kat office time bos takde. Pheww ~

Maceh yang tanya soklan kat email. Ada soklan lagi boleh drop dekat yusmarliza92@yahoo.com. Nanti liz usahakan review lagi. Cuma kalau minta tutorial tu liz tak brapa pandai. Maaf deh ~ 
Newer Post Older Post Home

2 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK