search

8HR WEAR MATTIFYING COMPACT FOUNDATION SEPHORA REVIEW

By | Leave a Comment
8HR WEAR MATTIFYING COMPACT FOUNDATION SEPHORA REVIEW | Assalamualaikum beautiful girls semua. Hi Salam Hari Isnin yang penuh lemah gemalai ~ Tapi untuk liz rasa sangat excited nak pergi kerja dengan new range of compact foundation. 


Apa yang bestnya compact foundation ni bila liz pakai tahan lama. Tahan lama selama 8 jam tu liz tidak pasti sebab kalau ambil air solat memang dah cuci semua. Setakat 4 jam tu memang tahan. Dan lagi 1 nak kongsi dekat korang semua semalam hujan lebat masa keluar makan dengan alan. Bila masuk dalam kereta check cepat-cepat dekat cermin kut-kut lah bertompok-tompok terkena air hujan muka liz ni habislah make up uit. 

Terkejutnya bila tengok uish kalis air ke apa ni. Tak jejas je make up! Bila liz cuba ambil air sapu pada muka memang tak jejas pun make up. Sukaaaa tak risau make up cair~ Cara yang boleh hilang satu je bila kena air sabun. Hehehe ~

Packaging nya pun comel dan kemas. Ada sekali dengan sponge ~ suka wangi sponge dia. Cermin pun terang tang-tang tak kabur.


Liz pilih kod warna 30 Sable Sand. Warna ten-ten sesuai dengan kulit liz yang tak berapa nak cerah ni. Korang boleh beli dekat sephora terdekat korang ye. RM63 include GST. 



Belanja 1 gambar. Adeh tapi tudung comot pula dengan percikan buah orange. Takpela janji nampak comel di hati korang ye. 
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK