search

BERBICARA MENGENAI TREND YUCCIE DALAM MAJALAH DARA

By | Leave a Comment
BERBICARA MENGENAI TREND YUCCIE DALAM MAJALAH DARA | Assalamualaikum semua ~ Yuccie! Opss apakah itu Yuccie? Bagi liz sendiri gelaran Yuccie adalah fenomena baru yang mulai datang ke Malaysia. Adakah trend Yuccie bakal menggantikan trend Hipster? Namun generasi Yuccie kini menular secara perlahan dalam kalangan remaja di Malaysia. Dan kalau kita sedar ramai kalangan remaja masa kini juga semakin kreatif dan bijak mencari pendapatan sampingan.

Yuccie yang membawa maksud Young Urban Creative merupakan satu istilah yang dicipta oleh David Infante iaitu merupakan seorang penulis yang berpangkat di Amerika Syarikat. Golongan Yuccie adalah golongan yang lebih mengutamakan kerjaya. Oh macam liz ~~ nge hehehe perasan sikit.

Golongan Yuccie boleh dikatakan sama dengan cara Hipster berpakaian namun apa yang membezakan golongan Yuccie ni selain daripada mengutamakan soal kerjaya mereka juga terdiri daripada golongan yang kreatif mencari pendapatan sampingan selain bergantung harap kepada pekerjaan tetap. Tapi pilihan utama Yuccie pastinya Jeans Straight Cut. 


Uihh kembangnya hidung tengok diri sendiri digelar fashionista. Mehehee ~~

Kreatif? Agaknya sebab tu lah liz terpilih masuk dalam majalah Dara kononya kreatif dan rajin la ni? Alahai puji melebihi pulak ~ Malu rasanya. Dalam masa yang sama tidak mengabaikan soal penampilan dan golongan Yuccie ini lebih gemar memilih pakaian smart casual. Liz memang jenis yang suka berseluar jean straight cut dan mengenakan nya dengan jaket ataupun blazer. Jadi untuk situasi tertentu liz lebih menumpu ke arah smart casual kerana menitik beratkan suasana sedang bekerja dan oleh itu dengan gandingan jaket akan menyelamatkan situasi daripada kelihat seperti pakaian casual harian. Berbanding jeans dan t shirt ianya kan nampak lebih kepada trend santai. Jadi sah-sahlah kurang sesuai. 


Rasa happy bila tengok baby pink ni.

Katanya golongan Yuccie ni suka dengar lagu clubbing? Hahaha is that so true atau kebetulan? Liz memang suka dengar genre muzik-muzik clubbing sebab ianya mampu membuat liz berasa fresh dan bersemangat apabila melaksanakan pekerjaan. Di siang hari bekerja selama 8 jam manakala di malam hari juga bekerja di rumah jadi lagu-lagu yang rancak yang boleh buat telinga macam tuli sikit memang rasa syiok. 


Tiba-tiba idea datang berikan kelaianan Felt Pillow. 
Kalau malam-malam terbongkong la sesorang jahit bantal bila housemate semua dah tidur.

Katanya lagi golongan Yuccie ini juga seoarang yang kreatif dalam mengolah idea-idea yang mendatangkan hasil pendapatan. Oh mungkin seperti hasil jualan Felt Pillow liz? Serba sedikit mampu menampung duit minyak ulang alik ke tempat kerja sebulan. Kan lumayan macam tu, berjimat dan menambah pendapatan. 


Try to be creative promoting own scarves shop @Zilazloverofficial

Mungkinkah anda juga golongan Yuccie? Suka berfashion dan mengutamakan kerjaya? Kreatif dan bijak dalam mencari pendapatan sampingan? Untuk mengetahui lebih terperinci ciri-ciri golongan Yuccie jangan lupa dapatkan Majalah Dara keluaran Nov 2015. Boleh la buat frame cantik-cantik tau ada gambar liz dalam tu. Jom semak adakah anda golongan Yuccie ataupun hipster? 

Ps - Thank you mak sebab belikan majalah tu untuk liz ~~ kihkih kalau tidak mesti tak sempat nak beli sendiri. Terima kasih juga kepada Majalah Dara beri peluang liz menyemak dalam helaian majalah anda. Moga lepas ni jad cover majalah lah pula. Kihkih ~


Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK