search

Top-ads

WANGINYA BERTEMU KAMU

By | Leave a Comment
WANGINYA BERTEMU KAMU | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Nak cerita pasal apa pulak kali ni? Tajuk pun dah wangi-wangian ~  Sebelum tu nak tanya korang semua siapa ingat bauan BFF korang? Setiap kali BFF korang keluar dari bilik air mesti kenal bau sabun masing-masing kan. Ingat lagi semua tu ~~ ?


Dan nak bagitahu semua orang yang ada bauan paling best sekali bila Lux keluarkan Magical Spell. Tadi ada baca dalam blog Kak Illy, kandungan dalam sabun ni ada black orchid. Patutlah warna sabun ni pure betul purple nya. Seriously pekat giler warna purple Lux Magical Spell ni. Waktu mandi pun memang lagi lama dari biasa sebab seronok sangat asyik nak tekan je picu botol ni tu. 


First thing let me introduce you my sayang-sayang. Sepatutnya ada 3 orang kesayangan liz eah silap ada 4. Tapi liz cerita kesayangan yang macam biskut oreo ni dulu. Baru-baru ni jumpa dekat majlis perkahwinan kawan UiTM kami masa di jengka dulu. Kos tak sama tapi muka tebal pergi wedding Dada dan Afis. Lakon-lakon friendly di laman sosial la katakan. Eah mana ada! Dada ni dulu ajar liz tau cara make up tapi sempat 2 3 kali je dia make up masa sem 1 budak OM la katakan kalau pergi kelas kena make up. Lipstick kena adooo tapinya setakat sem 1 je. Bila dah naik sem 2 3 4 5 lipstick pun hilang kasut tinggi pun hilang. Tapi kamus setiap hari kena bawa datang kelas kalau tidak kena denda. Mencikkkk!  



Kalau dulu Aza ni lah yang paling rajin ~ paling berjimat cermat. Paling pembersih ~~ 
Dia ni slow (lemah lembut) hurhh tapi jujur sangat tak macam liz kuat kelentong orang.


Si Najwa ni nampak je kecik-kecik tak cukup inci macam ni tapi giler sangat berbusiness. Dia lah idola liz dalam memulakan perniagaan sehingga sekarang. Dulu berjinak-jinak teman dia buat business, jual kasut ketuk pintu ke pintu bilik hostel. Lepas tu tiba-tiba liz pula dah terminat sama untuk berniaga.


Najwa ni protective sangat dan liz ingat lagi masa liz datang Kuantan for no Reason! Oh lupa masa tu love is blind! Tapi wa ni lah yang berpeluh-peluh datang ambil liz dekat terminal bas Kuantan dan bawa liz balil UiTM Jengka semula. Hurghhh crazy man! 

Jadi kadang-kadang waktu paling tenang sekali ialah waktu mandi bila kita boleh mengimbas kembali kenangan-kenangan lama bersama rakan-rakan kita. Susah senang sama-sama berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Sebab tu liz suka Lux Magical Spell ni sebab bauan nya buat liz rasa tenang dan lebih yakin hadapi cabaran masa hadapan. Bold and confindent! 







Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK