search

Top-ads

TEMPAT RAWATAN RAMBUT PALING MUJARAB DI HAIR RICH WORLD INTERGRATED TRICHOLOGY CENTER BANGSAR

By | 2 comments
TEMPAT RAWATAN RAMBUT PALING MUJARAB DI HAIR RICH  WORLD INTEGRATED TRICHOLOGY CENTER BANGSAR | Assalamualaikum beautiful ladies and gentleman. Pasti ramai yang menanti-nanti entry liz berkenaan Hair Rich ni kan. Minggu lepas ramai juga yang bertanya "siapakah si gadis cantik tinggi lampai yang bergambar dengan liz tu?" Meh sini nak kenalkan beliau kejap lagi ye kepada semua dengan lebih terperinci lagi dekat sini.


Aku kakak dan dia adik?
Awek muda sangat la hi si cantik ni.


Di pintu masuk 
Hair Rich World Integrated Trichology Center 


Pemilik Hair Rich World Integrated Trichology Center

Nama beliau ialah Siti Farah Azwin Abd Khalid 26 tahun sudah berkahwin harap maklum ye. Orang cantik selalunya memang dah berpunya. Beliau merupakan wanita melayu pertama yang memilih bidang Trichologist sebagai kerjaya. Minat beliau terhadap kecantikkan sangat mendalam sehingga timbul satu idea menggabungkan beliau bersama ibu beliau Wan Julia Sham Dato Ariffin 53 iaitu Dr. Pakar Anti-Penuaan dan Estetik lalu melahirkan sebuah perniagaan yang mengabungkan kesihatan dan kecantikkan di bawah satu bumbung.  Dengan adanya gabungan klinik dan spa ini beliau berharap dapat menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang mementingkan kedua aspek ini iaitu kesihatan serta kecantikkan.

Beliau telah menubuhkan CitySkin Medispa pada tahun 2012 dan yang terbaru lahirnya lagi sebuah klinik kecantikkan khususnya untuk mereka yang mengalami masalah rambut iaitu di Hair Rich World Integrated Trichology Center pada tahun 2015. Alhamdullilah liz diberi kesempatan untuk hadir ke majlis press conference mereka minggu lepas mengenai penjagaan rambut dan kenali masalah rambut dengan betul. 


Fasa pertumbuhan rambut.

Siapa dekat luar sana yang ada tabiat macam liz bila ada rasa rambut panjang gugur-gugur sikit terus risau dan buat keputusan melulu nak kerat rambut? Siapa ada takbiat macam tu? Sebenarnya rambut gugur takda kena mengena dengan rambut pendek atau panjang. Yang ada kena mengena ialah follicle rambut kita. Sama ada terbuka atau tertutup yang menyebabkan rambut gugur atau tidak. Korang boleh rujuk pada gambar fasa di atas yang menunjukkan fasa-fasa pertumbuhan rambut kita. Kadang-kadang kita tak sedar hormone badan kita juga memainkan peranan penting terhadap kesihatan rambut, sebagai contohnya bila kita alami kemurungan, stress ataupun migraine perkara yang paling terkesan ialah rambut. Haa korang tak sedar kan? Contohnya kalau orang yang buat kemoterapi kenapa rambut boleh gugur sehingga menjadi botak? Sedar tak sedar sebenarnya kesihatan rambut kita berkait rapat sangat kesihatan tubuh badan kita.

Oleh itu, Dr. Wan Julia menekankan penjagaan hormone dan ambilan vitamin yang sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap rambut. Di Hair Rich, mereka menggunakan growth factor daripada stem cell dan juga human stem cell untuk membaik pulih ketidak seimbangan hormone di dalam tubuh badan kita yang menyumbang menumbuhan rambut yang cepat terhadap individu yang mengalami masalah rambut kritikal.


Produk-produk yang digunakan.


Produk-produk yang khasnya daripada Itally

Produk-produk mereka pula diimport khas daripada Itally dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi. Buat pengetahuan anda semua, setiap individu akan menerima rawatan yang berbeza serta produk yang berbeza mengikut kesesuai individu itu sendiri. Haa mereka bukan bagi semua orang sama rawatan yang sama ye, dah pun namanya tempat specialist rambut mesti lah yang terbaik dan yang sesuai sahaja diberikan.


Semua tekun dengar nasihat daripa panel-panel Hair Rich. 

Liz bertanya kepada mereka “Adakah menggunakan hair dryer menyebabkan rambut gugur?” Jawapan mereka sudah tentu tidak! “Boleh guna hair dryer tapi jangan guna heat tapi guna blow. Perlu keringkan rambut selepas mencuci tau.” Kalau yang bertudung tu kalau lepas cuci terus pakai tudung aisssh busuk la rambut lepas tu kelumur pasti lagi banyak sebab kelembapan terhadap rambut yang terkurung. Jadi nak jaga rambut ni sama juga macam kita jaga anggota badan kita yang lain. Jangan kerana kita bertudung kita abaikannya. Ingat tau sebab rambut yang sihat mencerminkan penampilan luaran kita. 


Nak tahu sihat ke tidak rambut korang kena buat pemeriksaan macam ni.
Tengok ni nampak je lembat di luaran tapi dalaman nya ada bahagian dah mula menjadi jarang.


Cik Farah kita tengah tekun bersama pembantunya letak ubat dekat kulit kepala salah seorang blogger yang hadir. Rambut nya tebal di luaran tetapi dalaman nya dah mulai jarang dan ada scalp. Hehehe ~~


Dr. Wan Julia memberi serba sedikit tips-tips rawatan. Nampak kan awek mudanya, seriously tak sangka umur beliau telahpun masuk 50 an. Mana tidaknya beliau pengamal anti-penuaan.


 Amboi seronok nya dia ni pakai helmet dalam klinik. 
Fungsinya mampu membuat bahan-bahan yang telah disapu ke dalam kulit kepala tersebut memberi kesan yang lebih baik kepada rambut.

Jadi liz memang terasa korang wajib sangat pergi ke Hair Rich World Intergrated Trichology Center Bangsar. Next entry kedua liz akan share pula pengalaman liz buat rawatan dekat sini.

See you soon dear. 

Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. Hi Liz! Nice entry.. Akhirnya dapat jugak kita jumpa kan hari tuu.. Hee

    ReplyDelete
  2. Salam, Kak Liz. Saya tertarik dengan pusat trikologi ini setelah membacanya di sebuah keratan akhbar Harian Metro. Saya juga kini sangat risau dengan permasalahan rambut dan kulit kepala yang dialami. Saya ingin pergi ke pusat itu untuk dptkan konsultasi terbaik dari pihak pakar. Saya juga ingin tahu berapakah jumlah budget yg perlu disediakan utk dapatkan konsultasi dan rawatan. Saya berharap kak Liz boleh balas komen untuk menolong saya.

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK