search

Top-ads

MULAKAN KERJAYA DARI BAWAHAN

By | 2 comments
MULAKAN KERJAYA DARI BAWAHAN | Assalamualaikum beautiful ladies. Dah 4 bulan liz kerja dekat Selangor, Dua bulan dekat First Subang Jaya dan dua bulan dekat Glenmarie Shah Alam. Sebenarnya Liz suka kerja dekat office lama sebab boleh intai boyfren-boyfren hensem office sebelah. Seriously banyak giler yang hensem. (I Miss Them) #Gatai 

Sebelum ni liz mulakan kerjaya pertama liz sebagai kerani HR sedangkan bukan dari bidang HR, orang ada Diploma sekarang ni layak jadi kerani je itulah yang kebanyakkan nya terjadi dan dikatakan oleh mulut-mulut dekat luar sana. Liz tak kisah, asalkan liz nak mulakan dari bawah. Pakcu kata kalau nak jadi boss kena jadi kuli barulah orang bawahan nanti tak boleh tipu liz bila dah jadi boss. 

Liz tak menganggur lama sebab pada liz bila kita baru graduate tanpa sebarang pengamalan pengalaman belum masa yang sesuai untuk fikir soal demand gaji. Itu prinsip liz dan liz sangat risau kalau-kalau lepas graduate tak dapat kerja. Alhamdullilah sebulan lepas habis exam terus buat keputusan kerja dekat Pacific Mentakab Star Mall. Yang penting masuk dalam bidang retail sebab nak tengok selok belok orang buat business. Walaupun gaji tak sampai 1k pun! Tapi sebab duduk rumah makdee, jimat sewa rumah api air dan makan malam, boleh lah juga survive. Masa tu sedih nya rasa bila kerja dekat kawasan luar bandar ni tak sama macam gaji kawan-kawan yang kerja di luar bandar. At least RM1500 untuk lepasan diploma yang baru graduate dan ada juga yang dapat RM1800 sebulan. Tapi kalau di luar bandar lagi-lagi di Pahang memang susah untuk dapat gaji besar macam tu.

Takpe mak cakap sabar, cari pengalaman dulu asal lepas diri sendiri dulu okay dah mak cakap. Tapi cita-cita masa tu tak sabar sangat nak beli kereta. Bila dah kerja benda paling penting ialah kenderaan. Makdee nasihat belilah motor dulu nanti baru beli kereta tapi liz tak nak sebab liz tak berhutang dan berhutang lagi. Jadi tanggung lah keseksaan sikit, pergi kerja jalan kaki. Ohh padahal tempat kerja dekat je, tak sampai 3 minit sebab Star Mall belakang rumah makdee je. Jalan kaki pergi kerja selama 6 bulan lepas tu liz dapat offer kerja baru sebagai HR juga tapi tinggi sikitla pangkatnya haha. Sebab dah ada pengalaman kononya. Kahkah ~~ gaji pun best setiap kali ada penilaian naik gaji. Pindah dekat Kuala Lipis ~ dekat dengan mak dan abah. Makan minum pun free. Pergi kerja abah hantar. Tapi lifestyle tak balance sebab kadang-kadang kena kerja sampai malam. Macam-macam cabaran lagi ada kena hadapi dengan kereta dicalarkan. Liz banyak study sendiri pasal Law, kadang-kadang selalu semak akta-akta pekerja dengan pejabat buruh. Itu ialah cara orang yang tak belajar tinggi cari ilmu. 


And just notice my cheeks right and left semakin bulat. Walaupun meja sepah-sepah tapi waktu kerja kadang-kadang sempat juga blogging.  Gaji setiap tahun naik. Lepas tu dapat beli kereta dalam target umur 22 masa dekat tempat kerja lama. Duit deposit kereta sendiri semua nya sendiri. Lepas tu teringin sangat nak beli Iphone 6 okay mengumpul lagi duit gaji duit bantal felt duit business tudung. Liz banyak buat side income sebab kadang-kadang dalam umur macam ni kehendak macam-macam. Kalau nak kena usaha bukan nya macam sesetengah orang boleh minta je dekat mak bapak. Takda! Walaupun liz anak tunggal tapi mak abah buat tak tahu je kalau nak sesuatu tu beli lah sendiri. Mak bukan kerja cop duit. Urrghhh ~~ tapi mak adalah contoh yang terbaik sebab mak sumber inspirasi liz suka berbusiness cuma cara kami je berbeza. Mak pandai buat kuih muih jadi boleh la jual menjual, liz suka menjual juga tapi tak reti memasak cuma tahu pakai baju cantik-cantik. Jadi okay kita jual lah benda yang kita suka. 

Liz ada target liz dalam kehidupan, bila banyak benda dah stabil baru buka langkah pergi KL itu pun mak izinkan bila ada Alan yang boleh tolong tengok-tengokkan liz. Sebab nak kahwin ~~ Ohohoho kalau nak kahwin liz perlu ada kerja dulu dekat KL baru boleh kahwin. Liz tak nak nanti bila dah kahwin lepas tu kerja tak pindah lagi nanti susah. Liz nak semua nya berjalan dengan baik dan kemas. Biarlah lambat asalkan tidak membebankan orang lain. Liz happy sangat dengan tempat kerja yang ke 3 iaitu dalam bidang perniagaan juga. Import export dan liz belajar benda baru, boss ajar cara tracking dan analisis business data. 

Bila dah pindah Selangor commitment lagi banyak. Sewa rumah, kereta, makan minum sendiri. Lepas tu bill broadband da upgrade pulak jadi kena la gigih juga update blog. Tambah lagi bill digi pakai line. Haha belum adanya lagi kredit kad dan lain-lain lagi yang jangan buat-buat lupa ialah PTPTN haha.  




Dialah sebagai tempat merujuk pasal kewangan dan orang yang wajib teman liz pergi outlet check stock Zilazlover. Selain tu juga, dia lah yang jadi photographer Dr. Ko di dalam entry blog liz. Tapi orang nya tak suka show off ~ FB ada tak bernyawa. Phone dia guna untuk baca news je? Oh kalau liz sempat cuci mata tengok pakwe-pakwe hensem dekat laman sosial. Manager kata liz kena appreciate dia lebih sebab dia jaga liz sebagai keutamaan dalam hidup dia selain daripada keluarga dan kerjaya.  


Salah satu BFF liz dah ada dekat dengan liz hari-hari. Bila ada kekosongan dekat company liz terus propose resume dia Alhamdullilah rezeki dia. Diterima boss! Happy sangat bila kawan baik ada dekat dengan kita bila berjauhan dengan mak abah ni. Sekurang-kurangnya ada orang yang kenal liz dari zaman belajar dan faham liz boleh jadi tempat luah perasaan. 


Kalau bosan boleh pergi office sebelah main-main hilangkan tesyen. Serious lega dengan company baru ni. Boss pun baik ~~ Nge ~` Punch card pun tak payah. Janji kerja siap! 


Pagi-pagi kalau lapar boleh pergi melantak meggie. Banyak makanan pantry office baru ni.
Itu kalau liz lambat bangun tak sempat buat breakfast. Makan makanan segera tak bagus tau untuk kulit. Nge ~~


Yang ni kawan baru yang awesome!

Okay sekian. Thanks for reading. 




Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. dah kerja di Selangor, KL dan sekitarnya.. nak survive RM2000.00 sebulan pun nyawa2 ikan.. nak kena pandai cari side income.. unless rela dok hanya sewa bilik dok dalam rumah ramai2.. tapi untuk survive kita mampu jadi macam-macam..hehehe

    ReplyDelete
  2. all the best Liz :) semoga terus success Amin

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK