search

EAT CLEAN CLEAR SKIN BREAKFAST #1

By | Leave a Comment
EAT CLEAN CLEAR SKIN BREAKFAST #1 | Assalamualaikum beautiful girls and ladies, hari-hari liz rasa happy dan semangat update blog bila setiap kali buka YaHOO.com ada email daripada pembaca blog liz. Harrr best nya rasa ~~ rasa dihargai sangat bila ada orang baca blog liz. 

Hari ni liz nak kongsikan menu mudah yang liz selalu buat untuk breakfast setiap kali di office. Punya lah liz nak elak makan benda-benda berminyak dan berlemak. Hehe nak salahkan nasi lemak pulak ~~ Sebenarnya nasi lemak favorite liz tapi kalau makan sebagai breakfast mesti pukul 10 dah rasa malas. 

Sebenarnya liz mula jaga permakanan sebab kulit liz jenis yang sensitif terhadap makanan. Kalau diikutkan cekodok (cucur) lah paling best sekali buat breakfast sambil cicah sos sebelum pergi sekolah masa dulu.  Ada orang mungkin makan apa-apa pun kulit okay je cun melecun takda masalah tapi kalau liz makan yang tak betul sikit. Mula lah merajuk naik macam-macam~ Sambil tu nak maintain berat badan hehe kut-kut nanti dah kahwin aish lagi susah nak jaga berat badan jadi latih-latih lah dari sekarang. Tapi kalau lepas kahwin dapat badan macam Namee Roslan tu bestnya kan. Tapi syukur lagi berat badan liz masih maintain dari zaman uni ke hari ini. 

Day 1


Sebab liz bukan nya jenis "VEGE" sangat! Jadi sebab baru-baru nak belajar makan TOMATO dengan lada banggala secara mentahan jadi letak lah telur goreng sebiji. Laju lah juga nak telan. Itu tips untuk orang yang tak suka vege macam liz. 

Day 2


Even bila tengah malas sangat liz bawa roti sebungkus dan plata datang office dan sapu ramai-ramai dengan colleges. Makan sama-sama lagi bahagia katanya ~~

Day 3

Kalau rajin lagi sempat lah potong buah datang office sekali. Dragon fruit memang bagus sangat untuk kulit sebab khasiatnya ialah kaya dengan antioxidant dan ada superpower turunkan kolestrol dalam badan. 



Day 4



Happy breakfast dengan segelas milo panas. Lepas tu sebab malas nak makan buah secara berasingan jadi potong-potong pisang masuk dalam roti, so letak lah planta sikit supaya rasanya dia lain dari biasa. 

So far alhamdullilah skin semakin okay sejak dah lama giler limit kan makan benda-benda yang berminyak. Okay rasa nak update banyak lagi tapi sebab boss ada dekat office tak best. Tetiba dah terkantoi pulak dengan dia time update blog ni. 

Uargghhh malunya!

Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK