MAKEUP OF THE MONTH | ESSENCE XXXL SHINE LIPSGLOSSES | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Happy Friday to all yeah ~ Yey tomorrow is a HOLIDAY and today i have a new make up discovery to share. 


Lets talking about lips-gloss.  Lately I found myself are so in love with lips-gloss. Selalunya liz lebih suka lipstick sebab bila pakai terus nampak warna real melekat pada bibir tapi biasalah perempuan ni kadang-kadang perlukan perubahan. Meh nak kenalkan 1 jenama yang menjadi favorite liz baru-baru ni iaitu ESSENCE.



Code 26 Twinkle Twinkle

Alkisahnya semalam liz masuk Watson! Tempat paling selesa untuk mencuba barang make up bagi liz sebab dekat Watson ni korang test lah apa pun dan berapa lama sekalipun mesti tak kena kacau melainkan korang ask for help. Jadi bila dah cuba macam-macam tester liz berminat dengan 1 lips-gloss ni. Warna nya banyak warna yang natural dan nude.




Essence Website Klik Sini 





Antara shades yang ada :
  • #09 Nude Candy: this shade is arguably my favorite of all. It contains the least amount of glitter and in my opinion, the most shine. It is a perfect peachy-nude shade and looks amazing over top of a nude lip liner (Ie. In the nude by essence)
  • #03 Frosted PinkThis bubblegum pink shade is similar to Nude Candy in that it contains very little glitter, but the shine and pigmentation is one of the best. I love this color for spring and it really is true to its name and gives off a frosted, almost metallic finish.
  • #15 True Love: I am truly in love with this burgundy shade. It is much deeper than Pretty in Hibiscus and looks great over a vampy red lip. The flecks of glitter are similar in color to the gloss, so they are hardly detectable.

 Selfie with new drugs :) hehe

These are beautiful pigmented, non-sticky to yang paling best. Dan buat bibir rasa lembut dan moist je up to 3 hours tau. Texture nya memang mega shines and sparkle look tau. Nak tengok contoh tak? Jom check gambar liz pakai dekat bawah ni. 


Natural by me. 

Hehe shining sangat dan sparkles all the way ~ bila senyum aigoo rasa terlebih sweet nya. Bibir rasa kecil pula tiba-tiba dan comel gitu. Okay puji diri sendiri takpe kut? ~~ Harganya pula sangat-sangatlah murah berbanding jenama lain. Korang boleh beli dengan harga RM11.55 termasuk GST di Watson berdekatan anda. Jadi yang baru nak mula pakai lips-gloss tu boleh lah cuba Essence XXXL Shine. Happy using make up girls. 




TIPS SHOPPING DI KO SKIN CENTER SPECIALIST | Hi Assalamualaikum to all my beautiful followers. Sure you are beautiful just the way you are ~ Be confident to your self okay. Promise? 

Last weeks if i'm not mistaken i've uploaded 1 picture about product that I bought from Ko Skin Specialist with 60% discount. Eah ramai pula yang pm tanya macam mana nak jadi ahli dan macam mana nak beli dengan harga murah.

Sebenarnya dekat ig tu liz dah terangkan yang liz sebenarnya beli waktu Sales. Bila Ko Skin Care Specialist announce yang dorang buat sales korang tak perlu jadi ahli pun. Sekali korang dah jadi customer dorang dah okayla tu. Tak pernah jadi customer pun boleh enjoy Sales tersebut. Tapi kalau nak sales-sales yang lain kena lah jadi customer sebab bila korang dah jadi customer nanti dorang selalu akan hantar Ko Mail dekat personal email korang dan announce product apa yang sales by month tau.



Terang-terang dah liz terangkan kat dalam tu. Tapi ada lagi yang tanya, takpe-takpe faham sangat korang ni excited sangat sampai tak sempat nak baca.


Happy with my product.


Balik je dari kerja terus drive ke Ko Skin Center yang terdekat. Paling dekat dengan rumah ialah dekat Taipan. Dan waktu operasi mereka sehingga pukul 7 petang. Tapi kalau ada yang tak sempat nak pergi juga korang boleh pergi ke cawangan Klang sebab mereka extend sampai pukul 9 tau pada hari tertentu sahaja. 

Waktu Operasi 

Monday              : 10 am - 6pm
Tues & Wed       : 10 am - 9pm
Thurs                  : 10 am -6 pm
Friday                 : 10 am -9 pm
Saturday             : 10 am - 6pm

Sunday                : Closed




 Ni FB Page mereka.


Ini pula ig mereka. Follow dorang okay supaya takda la korang terlepas apa-apa sales.



Dan ini pula ialah selfie dengan favorite cleanser liz. Price normal RM 198 tapi bila dah discount 60% haaaa cuma bayar RM 79.20 (not include GST) tau. Dan pencuci muka ni multi purpose bukan setakat mencuci je tapi sekali dengan make up remover. Liz akan cuci 2x untuk pastikan betul-betul bersih. Dan tak rugi beli cleanser ni sebab ianya tahan sehingga 5 bulan. Seriously liz tak tipu. Liz beli pada bulan April 2015 dan sekarang baru beli lagi pada October 2015. 

Any question nak tanya boleh follow liz dekat ig / FB / Twitter atau email yusmarliza92@yahoo.com. 






TEMPAHAN BANTAL FELT LIYLIZSHOP | Assalamualaikum semua ~ Semangat membara ni cuba untuk membahagi kan masa dengan sebaiknya untuk update blog. Senang cerita sekali buka belog idea kena terus ada untuk update. Kalau tidak memang tak sempat nak curi masa curi-curi update dekat office.

Liz nak announce dekat semua orang yang liz dah mula semula operasi felt pillow. Sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang ataupun kenangan. Sebab nya ianya boleh custom made! Design pula terserah kepada creativity korang nak macam mana.

Pasal price pula? Oh flattt price semua RM30 tak kisahlah nak warna apa sekali pun. Nak letak apa sekali pun. Tapi kalau untuk felt pillow beads RM35 sebab tambah beads mahal sikit. Design boleh runding ~~ Tapi kalau korang takda idea susahlah sikit, manalatau idea liz tak dikenankan dek hati korang, makan masa pula untuk ubah dan mengubah.



Simple dan with beads.


This is for my beauty idol. Kak Illy ~


This one for cutie Sofea ~


Antara proses-proses semasa belum siap. Kalau korang nak buat sendiri felt pillow pun boleh, tempat yang paling mudah untuk korang cari kain felt ialah di DAISO seluruh Malaysia yer. 

Creat your own felt yeah. Kalau berminat nak order dengan liz boleh wasap 010-2276292. Boleh follow liz dekat ig juga ye @liylizshop
PRINCESS LACE SHAWL BY ZILAZLOVER | Assalamaualaikum beautiful ladies and girls. Hari ni liz nak blogging berkenaan Princess Lace Shawl Batch Pertama daripada Zilazlover. Yeah Lace Shawl sekarang ni menjadi trending dalam kalangan model-model dan juga retis-retis muslimah gitu. 


Ada juga yang gunakannya untuk majlis-majlis istimewa seperti pertunangan dan juga majlis perkahwinan. Wajiblah nak nampak cantik elegance dan lain daripada yang lain. Betul tak? Kalau sebelum ni bride maids banyak gunakan Rasha Shawl daripada Zilazlover kini ada pula customer yang mulai berminat untuk mencuba suatu kelainan dengan sponsor bride maids mereka dengan Princess Lace Shawl. Klass kau ! 


Antara warna keluaran pertama Princess Lace Shawl. Dusty Pastel ~


Korang boleh zoom tengok lace nya. Warna 2 tona yang membuat ianya kelihatan lain daripada lace shawl yang lain. Materialnya pula liz gunakan heavy chiffon. Memang best tau!


Kemas terletak dan mudah digayakan. Lace nya di bahagian hujung dan pastinya mudah untuk digayakan buat si pemakai yang nak lilit seperti basic plain shawl yang biasa anda pakai. Dengan adanya lace ni pastinya korang nampak lah lain dari hari biasa walaupun style yang digayakan adalah sama, jangan takut ubah kelainan jenis shawl anda ye. Kerana gaya mampu membuat seharian anda lebih ceria dari biasa.

Detail Princess Lace Shawl:

Material : Heavy Chiffon
Measurement : 2 m x 0.9 m 
Lace : 2 Tone
Price : RM28 / pcs
Promotion for 2 and above : RM25 / pcs 

Berminat nak nego lagi? Okay meh wasap liz : 010 227 6292 
TEMPAT RAWATAN RAMBUT PALING MUJARAB DI HAIR RICH  WORLD INTEGRATED TRICHOLOGY CENTER BANGSAR | Assalamualaikum beautiful ladies and gentleman. Pasti ramai yang menanti-nanti entry liz berkenaan Hair Rich ni kan. Minggu lepas ramai juga yang bertanya "siapakah si gadis cantik tinggi lampai yang bergambar dengan liz tu?" Meh sini nak kenalkan beliau kejap lagi ye kepada semua dengan lebih terperinci lagi dekat sini.


Aku kakak dan dia adik?
Awek muda sangat la hi si cantik ni.


Di pintu masuk 
Hair Rich World Integrated Trichology Center 


Pemilik Hair Rich World Integrated Trichology Center

Nama beliau ialah Siti Farah Azwin Abd Khalid 26 tahun sudah berkahwin harap maklum ye. Orang cantik selalunya memang dah berpunya. Beliau merupakan wanita melayu pertama yang memilih bidang Trichologist sebagai kerjaya. Minat beliau terhadap kecantikkan sangat mendalam sehingga timbul satu idea menggabungkan beliau bersama ibu beliau Wan Julia Sham Dato Ariffin 53 iaitu Dr. Pakar Anti-Penuaan dan Estetik lalu melahirkan sebuah perniagaan yang mengabungkan kesihatan dan kecantikkan di bawah satu bumbung.  Dengan adanya gabungan klinik dan spa ini beliau berharap dapat menawarkan khidmat nasihat bagi golongan yang mementingkan kedua aspek ini iaitu kesihatan serta kecantikkan.

Beliau telah menubuhkan CitySkin Medispa pada tahun 2012 dan yang terbaru lahirnya lagi sebuah klinik kecantikkan khususnya untuk mereka yang mengalami masalah rambut iaitu di Hair Rich World Integrated Trichology Center pada tahun 2015. Alhamdullilah liz diberi kesempatan untuk hadir ke majlis press conference mereka minggu lepas mengenai penjagaan rambut dan kenali masalah rambut dengan betul. 


Fasa pertumbuhan rambut.

Siapa dekat luar sana yang ada tabiat macam liz bila ada rasa rambut panjang gugur-gugur sikit terus risau dan buat keputusan melulu nak kerat rambut? Siapa ada takbiat macam tu? Sebenarnya rambut gugur takda kena mengena dengan rambut pendek atau panjang. Yang ada kena mengena ialah follicle rambut kita. Sama ada terbuka atau tertutup yang menyebabkan rambut gugur atau tidak. Korang boleh rujuk pada gambar fasa di atas yang menunjukkan fasa-fasa pertumbuhan rambut kita. Kadang-kadang kita tak sedar hormone badan kita juga memainkan peranan penting terhadap kesihatan rambut, sebagai contohnya bila kita alami kemurungan, stress ataupun migraine perkara yang paling terkesan ialah rambut. Haa korang tak sedar kan? Contohnya kalau orang yang buat kemoterapi kenapa rambut boleh gugur sehingga menjadi botak? Sedar tak sedar sebenarnya kesihatan rambut kita berkait rapat sangat kesihatan tubuh badan kita.

Oleh itu, Dr. Wan Julia menekankan penjagaan hormone dan ambilan vitamin yang sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap rambut. Di Hair Rich, mereka menggunakan growth factor daripada stem cell dan juga human stem cell untuk membaik pulih ketidak seimbangan hormone di dalam tubuh badan kita yang menyumbang menumbuhan rambut yang cepat terhadap individu yang mengalami masalah rambut kritikal.


Produk-produk yang digunakan.


Produk-produk yang khasnya daripada Itally

Produk-produk mereka pula diimport khas daripada Itally dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi. Buat pengetahuan anda semua, setiap individu akan menerima rawatan yang berbeza serta produk yang berbeza mengikut kesesuai individu itu sendiri. Haa mereka bukan bagi semua orang sama rawatan yang sama ye, dah pun namanya tempat specialist rambut mesti lah yang terbaik dan yang sesuai sahaja diberikan.


Semua tekun dengar nasihat daripa panel-panel Hair Rich. 

Liz bertanya kepada mereka “Adakah menggunakan hair dryer menyebabkan rambut gugur?” Jawapan mereka sudah tentu tidak! “Boleh guna hair dryer tapi jangan guna heat tapi guna blow. Perlu keringkan rambut selepas mencuci tau.” Kalau yang bertudung tu kalau lepas cuci terus pakai tudung aisssh busuk la rambut lepas tu kelumur pasti lagi banyak sebab kelembapan terhadap rambut yang terkurung. Jadi nak jaga rambut ni sama juga macam kita jaga anggota badan kita yang lain. Jangan kerana kita bertudung kita abaikannya. Ingat tau sebab rambut yang sihat mencerminkan penampilan luaran kita. 


Nak tahu sihat ke tidak rambut korang kena buat pemeriksaan macam ni.
Tengok ni nampak je lembat di luaran tapi dalaman nya ada bahagian dah mula menjadi jarang.


Cik Farah kita tengah tekun bersama pembantunya letak ubat dekat kulit kepala salah seorang blogger yang hadir. Rambut nya tebal di luaran tetapi dalaman nya dah mulai jarang dan ada scalp. Hehehe ~~


Dr. Wan Julia memberi serba sedikit tips-tips rawatan. Nampak kan awek mudanya, seriously tak sangka umur beliau telahpun masuk 50 an. Mana tidaknya beliau pengamal anti-penuaan.


 Amboi seronok nya dia ni pakai helmet dalam klinik. 
Fungsinya mampu membuat bahan-bahan yang telah disapu ke dalam kulit kepala tersebut memberi kesan yang lebih baik kepada rambut.

Jadi liz memang terasa korang wajib sangat pergi ke Hair Rich World Intergrated Trichology Center Bangsar. Next entry kedua liz akan share pula pengalaman liz buat rawatan dekat sini.

See you soon dear. 

GIVEAWAY DOVE VOLUME NOURISHMENT UNTUK  PENYELESAIAN RAMBUT KERING  | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Selalunya liz ceritakan mengenai penjagaan kulit dalam blog ni tapi hari ni liz nak kongsikan pengalaman liz bersama Dove Volume Nourishment daripada Uniliver pula dengan korang semua.

Rambut adalah mahkota yang berharga buat semua wanita di seluruh dunia termasuklah buat wanita yang berhijab.  Ada segelintir daripada wanita yang berhijab berfikir bahawa rambut yang dilitupi hijab tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Alasanya mudah "Tiada siapa yang melihat." Jangan! Mohon buang segala rasa negative dalam diri anda dengan serta merta. Habistu dah kahwin nanti takkan nak biarkan suami tengok rambut korang kusut masai dan tidak bermaya? Boleh macam tu? Tak boleh!

Buka hijab bau hapak? Lepas tu kering tak bermaya lebih sedih lagi nipis dan leper? Nak macam tu?  Cuba anda bayangkan wanita yang mengenakan hijab melebihi daripada 8 jam sehari. Pastinya tiada pengudaraan yang baik terhadap rambut akan memberi impak yang tidak sihat buat rambut kita semua. Senang cerita bila buka hijab pasti leper, kalau tak jaga nanti pasti semakin menipis.



Dove Volume Nourishment

Pada pendapat liz rangkaian penjagaan rambut Dove Volume Nourishment yang terdiri daripada Syampu dan Perapi merupakan satu rangkaian ciptaan baru daripada Dove iaitu menggunakan Teknologi Oxyfusion, fomulasinya mengandungi unsur-unsur oksigen. Sememangnya ianya sangat bagus buat wanita yang berhijab. Rumusanya mampu membuat molekul-molekul udara menyerap ke dalam rambut dengan segera dan hasilnya mampu memberi kelembapan mendalam di samping membuat rambut anda lembut dan meningkat sehingga 95% supaya lebih menawan. Lepas boleh ucapkan selamat tinggal rambut leper dan kering. Dan lagi serononya bila bauan memang sangat wangi dan buat kita rasa lebih bertenaga semasa mengenakan hijab. 



Kiri ialah syampu dan kanan pula ialah perapi rambut. 
Jika dilihat warna syampu Dove Volume Nourishment seperti molekul udara berwarna biru lembut sesuai dengan formulasi tecknologi oxifusion. 

Kalau diri liz sendiri waktu syampu rambut ialah waktu memangkin idea. Cara penggunaannya juga sungguh mudah, basahkan rambut anda dengan air kemudian tuangkan sedikit syambu sebesar duit 50 sen kemudian sapukan pada rambut. Sambil-sambil menyampu rambut, urut-urut kulit kepala kadang-kadang ada je idea datang untuk memajukan lagi perniagaan hijab liz di Zilazlover. Lepas tu boleh bilas dengan air sampai bersih kemudia gunakan pula perapi rambut volume and nourishing. Biarkan lebih kurang 3-5 minit kemudian boleh bilas dengan air. Lepastu confirmmm lah rambut rasa lembut dan wangi giler. Jangan lupa keringkan rambut elok-elok ye. Jadi nasihat liz jangan abaikan penjagaan rambut korang semua. Syampu rambut dan membelai rambut ni boleh dapat ketenangan dan idea. Haaa kan best macam tu. 



Balloon ni juga seperti simbolik terhadap produk baru Dove Volume Nourishment iaitu formulasi molekul-molekul udara. 

Jadi apakata korang join Give Away yang liz anjurkan dalam blog liz hari ni. Jawab 2 soalan yang mudah berkenaan Dove Volume & Nourishment kemudian kita boleh sama-sama berkongsi pengalaman memiliki rambut yang menawan setiap hari walaupun kita berhijab. Produk Dove bernilai RM100 untuk korang yang jawab betul. Seronok kan? 




Jemput join. 
Liz nak bagi Hamper Dove Worth RM100 untuk 5 orang yang jawab betul.

Soalannya :

1. Berapakah nilai % yang boleh dirasai selepas menggunakan Dove Volume & Nourishment berbanding rambut yang leper selepas anda membuka hijab?

2. Bagaimanakah ' Oxyfusion Technology ' berfungsi?

Sila berikan jawapan sekali nama penuh dan juga email anda di bawah ruangan komen GA blogspot ini. Perhatian dear girls GA ni berlangsung sehingga 31 hb October 2015. Nama pemenang pula akan di umumkan di dalam blogspot GA ini selepas 7 hari berlangsung. Jadi rajin-rajin tau semak selepas tarikh tutup GA dan jangan lupa follow liz di Instagram.

Selamat maju jaya buat semua kesayangan liz.

Taniah kepada pemenang
1. Julia Johari
2. Nur Amalina Bintin Razali
3. Nurmujahidah Ismail
4. Noorshazillah Bte Md Sani
5. Nooraini Zubir  

Please yang masih belum respond till 6pm sahaja. Then will change the winner.

WANGINYA BERTEMU KAMU | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Nak cerita pasal apa pulak kali ni? Tajuk pun dah wangi-wangian ~  Sebelum tu nak tanya korang semua siapa ingat bauan BFF korang? Setiap kali BFF korang keluar dari bilik air mesti kenal bau sabun masing-masing kan. Ingat lagi semua tu ~~ ?


Dan nak bagitahu semua orang yang ada bauan paling best sekali bila Lux keluarkan Magical Spell. Tadi ada baca dalam blog Kak Illy, kandungan dalam sabun ni ada black orchid. Patutlah warna sabun ni pure betul purple nya. Seriously pekat giler warna purple Lux Magical Spell ni. Waktu mandi pun memang lagi lama dari biasa sebab seronok sangat asyik nak tekan je picu botol ni tu. 


First thing let me introduce you my sayang-sayang. Sepatutnya ada 3 orang kesayangan liz eah silap ada 4. Tapi liz cerita kesayangan yang macam biskut oreo ni dulu. Baru-baru ni jumpa dekat majlis perkahwinan kawan UiTM kami masa di jengka dulu. Kos tak sama tapi muka tebal pergi wedding Dada dan Afis. Lakon-lakon friendly di laman sosial la katakan. Eah mana ada! Dada ni dulu ajar liz tau cara make up tapi sempat 2 3 kali je dia make up masa sem 1 budak OM la katakan kalau pergi kelas kena make up. Lipstick kena adooo tapinya setakat sem 1 je. Bila dah naik sem 2 3 4 5 lipstick pun hilang kasut tinggi pun hilang. Tapi kamus setiap hari kena bawa datang kelas kalau tidak kena denda. Mencikkkk!  



Kalau dulu Aza ni lah yang paling rajin ~ paling berjimat cermat. Paling pembersih ~~ 
Dia ni slow (lemah lembut) hurhh tapi jujur sangat tak macam liz kuat kelentong orang.


Si Najwa ni nampak je kecik-kecik tak cukup inci macam ni tapi giler sangat berbusiness. Dia lah idola liz dalam memulakan perniagaan sehingga sekarang. Dulu berjinak-jinak teman dia buat business, jual kasut ketuk pintu ke pintu bilik hostel. Lepas tu tiba-tiba liz pula dah terminat sama untuk berniaga.


Najwa ni protective sangat dan liz ingat lagi masa liz datang Kuantan for no Reason! Oh lupa masa tu love is blind! Tapi wa ni lah yang berpeluh-peluh datang ambil liz dekat terminal bas Kuantan dan bawa liz balil UiTM Jengka semula. Hurghhh crazy man! 

Jadi kadang-kadang waktu paling tenang sekali ialah waktu mandi bila kita boleh mengimbas kembali kenangan-kenangan lama bersama rakan-rakan kita. Susah senang sama-sama berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Sebab tu liz suka Lux Magical Spell ni sebab bauan nya buat liz rasa tenang dan lebih yakin hadapi cabaran masa hadapan. Bold and confindent! 







EAT CLEAN CLEAR SKIN BREAKFAST #1 | Assalamualaikum beautiful girls and ladies, hari-hari liz rasa happy dan semangat update blog bila setiap kali buka YaHOO.com ada email daripada pembaca blog liz. Harrr best nya rasa ~~ rasa dihargai sangat bila ada orang baca blog liz. 

Hari ni liz nak kongsikan menu mudah yang liz selalu buat untuk breakfast setiap kali di office. Punya lah liz nak elak makan benda-benda berminyak dan berlemak. Hehe nak salahkan nasi lemak pulak ~~ Sebenarnya nasi lemak favorite liz tapi kalau makan sebagai breakfast mesti pukul 10 dah rasa malas. 

Sebenarnya liz mula jaga permakanan sebab kulit liz jenis yang sensitif terhadap makanan. Kalau diikutkan cekodok (cucur) lah paling best sekali buat breakfast sambil cicah sos sebelum pergi sekolah masa dulu.  Ada orang mungkin makan apa-apa pun kulit okay je cun melecun takda masalah tapi kalau liz makan yang tak betul sikit. Mula lah merajuk naik macam-macam~ Sambil tu nak maintain berat badan hehe kut-kut nanti dah kahwin aish lagi susah nak jaga berat badan jadi latih-latih lah dari sekarang. Tapi kalau lepas kahwin dapat badan macam Namee Roslan tu bestnya kan. Tapi syukur lagi berat badan liz masih maintain dari zaman uni ke hari ini. 

Day 1


Sebab liz bukan nya jenis "VEGE" sangat! Jadi sebab baru-baru nak belajar makan TOMATO dengan lada banggala secara mentahan jadi letak lah telur goreng sebiji. Laju lah juga nak telan. Itu tips untuk orang yang tak suka vege macam liz. 

Day 2


Even bila tengah malas sangat liz bawa roti sebungkus dan plata datang office dan sapu ramai-ramai dengan colleges. Makan sama-sama lagi bahagia katanya ~~

Day 3

Kalau rajin lagi sempat lah potong buah datang office sekali. Dragon fruit memang bagus sangat untuk kulit sebab khasiatnya ialah kaya dengan antioxidant dan ada superpower turunkan kolestrol dalam badan. 



Day 4



Happy breakfast dengan segelas milo panas. Lepas tu sebab malas nak makan buah secara berasingan jadi potong-potong pisang masuk dalam roti, so letak lah planta sikit supaya rasanya dia lain dari biasa. 

So far alhamdullilah skin semakin okay sejak dah lama giler limit kan makan benda-benda yang berminyak. Okay rasa nak update banyak lagi tapi sebab boss ada dekat office tak best. Tetiba dah terkantoi pulak dengan dia time update blog ni. 

Uargghhh malunya!

MULAKAN KERJAYA DARI BAWAHAN | Assalamualaikum beautiful ladies. Dah 4 bulan liz kerja dekat Selangor, Dua bulan dekat First Subang Jaya dan dua bulan dekat Glenmarie Shah Alam. Sebenarnya Liz suka kerja dekat office lama sebab boleh intai boyfren-boyfren hensem office sebelah. Seriously banyak giler yang hensem. (I Miss Them) #Gatai 

Sebelum ni liz mulakan kerjaya pertama liz sebagai kerani HR sedangkan bukan dari bidang HR, orang ada Diploma sekarang ni layak jadi kerani je itulah yang kebanyakkan nya terjadi dan dikatakan oleh mulut-mulut dekat luar sana. Liz tak kisah, asalkan liz nak mulakan dari bawah. Pakcu kata kalau nak jadi boss kena jadi kuli barulah orang bawahan nanti tak boleh tipu liz bila dah jadi boss. 

Liz tak menganggur lama sebab pada liz bila kita baru graduate tanpa sebarang pengamalan pengalaman belum masa yang sesuai untuk fikir soal demand gaji. Itu prinsip liz dan liz sangat risau kalau-kalau lepas graduate tak dapat kerja. Alhamdullilah sebulan lepas habis exam terus buat keputusan kerja dekat Pacific Mentakab Star Mall. Yang penting masuk dalam bidang retail sebab nak tengok selok belok orang buat business. Walaupun gaji tak sampai 1k pun! Tapi sebab duduk rumah makdee, jimat sewa rumah api air dan makan malam, boleh lah juga survive. Masa tu sedih nya rasa bila kerja dekat kawasan luar bandar ni tak sama macam gaji kawan-kawan yang kerja di luar bandar. At least RM1500 untuk lepasan diploma yang baru graduate dan ada juga yang dapat RM1800 sebulan. Tapi kalau di luar bandar lagi-lagi di Pahang memang susah untuk dapat gaji besar macam tu.

Takpe mak cakap sabar, cari pengalaman dulu asal lepas diri sendiri dulu okay dah mak cakap. Tapi cita-cita masa tu tak sabar sangat nak beli kereta. Bila dah kerja benda paling penting ialah kenderaan. Makdee nasihat belilah motor dulu nanti baru beli kereta tapi liz tak nak sebab liz tak berhutang dan berhutang lagi. Jadi tanggung lah keseksaan sikit, pergi kerja jalan kaki. Ohh padahal tempat kerja dekat je, tak sampai 3 minit sebab Star Mall belakang rumah makdee je. Jalan kaki pergi kerja selama 6 bulan lepas tu liz dapat offer kerja baru sebagai HR juga tapi tinggi sikitla pangkatnya haha. Sebab dah ada pengalaman kononya. Kahkah ~~ gaji pun best setiap kali ada penilaian naik gaji. Pindah dekat Kuala Lipis ~ dekat dengan mak dan abah. Makan minum pun free. Pergi kerja abah hantar. Tapi lifestyle tak balance sebab kadang-kadang kena kerja sampai malam. Macam-macam cabaran lagi ada kena hadapi dengan kereta dicalarkan. Liz banyak study sendiri pasal Law, kadang-kadang selalu semak akta-akta pekerja dengan pejabat buruh. Itu ialah cara orang yang tak belajar tinggi cari ilmu. 


And just notice my cheeks right and left semakin bulat. Walaupun meja sepah-sepah tapi waktu kerja kadang-kadang sempat juga blogging.  Gaji setiap tahun naik. Lepas tu dapat beli kereta dalam target umur 22 masa dekat tempat kerja lama. Duit deposit kereta sendiri semua nya sendiri. Lepas tu teringin sangat nak beli Iphone 6 okay mengumpul lagi duit gaji duit bantal felt duit business tudung. Liz banyak buat side income sebab kadang-kadang dalam umur macam ni kehendak macam-macam. Kalau nak kena usaha bukan nya macam sesetengah orang boleh minta je dekat mak bapak. Takda! Walaupun liz anak tunggal tapi mak abah buat tak tahu je kalau nak sesuatu tu beli lah sendiri. Mak bukan kerja cop duit. Urrghhh ~~ tapi mak adalah contoh yang terbaik sebab mak sumber inspirasi liz suka berbusiness cuma cara kami je berbeza. Mak pandai buat kuih muih jadi boleh la jual menjual, liz suka menjual juga tapi tak reti memasak cuma tahu pakai baju cantik-cantik. Jadi okay kita jual lah benda yang kita suka. 

Liz ada target liz dalam kehidupan, bila banyak benda dah stabil baru buka langkah pergi KL itu pun mak izinkan bila ada Alan yang boleh tolong tengok-tengokkan liz. Sebab nak kahwin ~~ Ohohoho kalau nak kahwin liz perlu ada kerja dulu dekat KL baru boleh kahwin. Liz tak nak nanti bila dah kahwin lepas tu kerja tak pindah lagi nanti susah. Liz nak semua nya berjalan dengan baik dan kemas. Biarlah lambat asalkan tidak membebankan orang lain. Liz happy sangat dengan tempat kerja yang ke 3 iaitu dalam bidang perniagaan juga. Import export dan liz belajar benda baru, boss ajar cara tracking dan analisis business data. 

Bila dah pindah Selangor commitment lagi banyak. Sewa rumah, kereta, makan minum sendiri. Lepas tu bill broadband da upgrade pulak jadi kena la gigih juga update blog. Tambah lagi bill digi pakai line. Haha belum adanya lagi kredit kad dan lain-lain lagi yang jangan buat-buat lupa ialah PTPTN haha.  




Dialah sebagai tempat merujuk pasal kewangan dan orang yang wajib teman liz pergi outlet check stock Zilazlover. Selain tu juga, dia lah yang jadi photographer Dr. Ko di dalam entry blog liz. Tapi orang nya tak suka show off ~ FB ada tak bernyawa. Phone dia guna untuk baca news je? Oh kalau liz sempat cuci mata tengok pakwe-pakwe hensem dekat laman sosial. Manager kata liz kena appreciate dia lebih sebab dia jaga liz sebagai keutamaan dalam hidup dia selain daripada keluarga dan kerjaya.  


Salah satu BFF liz dah ada dekat dengan liz hari-hari. Bila ada kekosongan dekat company liz terus propose resume dia Alhamdullilah rezeki dia. Diterima boss! Happy sangat bila kawan baik ada dekat dengan kita bila berjauhan dengan mak abah ni. Sekurang-kurangnya ada orang yang kenal liz dari zaman belajar dan faham liz boleh jadi tempat luah perasaan. 


Kalau bosan boleh pergi office sebelah main-main hilangkan tesyen. Serious lega dengan company baru ni. Boss pun baik ~~ Nge ~` Punch card pun tak payah. Janji kerja siap! 


Pagi-pagi kalau lapar boleh pergi melantak meggie. Banyak makanan pantry office baru ni.
Itu kalau liz lambat bangun tak sempat buat breakfast. Makan makanan segera tak bagus tau untuk kulit. Nge ~~


Yang ni kawan baru yang awesome!

Okay sekian. Thanks for reading. 




I'M IN RED LIPSTICK | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Very short entry to share with you girls. Are you still remember what is your first brand of any Red Lipstick that you have? What never having it? Please girls you should have at least one!

Liz? Sure lah liz ada juga. Haa nampak kepoh melayu dah keluar. Mukadimah je saje bagi bahasa ore puteh. Kalau nak berbual bahasa ibunda lah pilihan ku. Liz dah lama beli lipstick ni tapi jarang pakai sebab rasa macam mak tiri je bila pakai lipstick merah ni. Tapi sebenarnya liz suka tengok Yuna. Dia nampak cantik sangat pakai lipstick merah. 


Code warna 01


Adore her so much! (Image from Google)


Pakai di siang hari. Minta maaflah ye gambar terang sangat dengan cahaya.


Bila malas sangat make up. Liz rasa lipstick warna merah ni buat liz nampak bermaya walau hakikatnya tengah malas giler nak keluar. Kadang-kadang weekdays malam liz terpaksa keluar ke kedai untuk check stock Zilazlover. Orang kata bukan senang nak senang. Setiap perniagaan dan setiap apa kita buat tu perlu lah kerana minat okay. InsyAllah ~