search

NASI LEMAK FEMOUS SUBANG JAYA

By | 4 comments
NASI LEMAK FEMOUS SUBANG JAYA | Assalamualaikum penggemar nasi lemak! Banyak-banyak menu tiba-tiba terdetik nak makan nasi lemak di malam hari. Mana nak cari? Jangan risau meh sini baca entry liz hari ni sebab liz nak kongsikan tempat lepak bersama nasi lemak yang terbaik punya. Dekat tengah bandar Subang Jaya ni bukanlah perkara yang susah pun kalau nak mencari makanan. Segala makanan yang biasanya dijamu di pagi hari kini popular di malam hari banyak je dekat Subang Jaya ni.
 
Antaranya ialah NASI LEMAK WARISAN SAMBAL OPAH yang memang sentiasa ramai pelanggan boleh dikatakan hampir setiap hari. Liz banyak kali lalu sini sebab pergi makan dekat area-area sini. Bila lalu je tak rasa pun nak singgah sebab nampak signboard nya tulis Nasi Lemak. Kiranya alahai apa kelas kau jah makan nasi lemak malam hari. Tapi dekat restaurant ni orang penuh sokmo. Ramai betul penggemar nasi lemak di malam hari. Jadi tiba-tiba terdetik teringin nak cuba makan nasi lemak di malam hari dekat sini.
 
 
(Gambar dari Google)
 
Suasana kedai ni sempoi je. Memang menjadi tempat melepak sambil makan. Bukan setakat orang melayu, cina puna ramai dekat sini dan warga asing pun suka makan nasi lemak dekat sini. Kebetulan mood liz malam ni bukan lah bagus sangat, menu pula konsep layan diri. Kena ambl sendiri dan pilih lauk sendiri.
 
Jadi biarlah Alan menolong memilih sebab dia bab memilih makanan ni hebat dari liz. Sementara tunggu makanan sampai liz pun meluangkan masa untuk menikmati Banana Chocolate Cake yang menjadi favourite liz kini. Kalau dulu suka red velvet tapi sekarang dah bertukar rasa tekak ni.
 
 

 
Favourite liz. Banana Chocolate Cake!
(RM7.90)
(Beli tempat lain tapi bawa datang makan sini tau.)
 
 
Mood kembali bahagia bila chocolate masuk dalam mulut. Lepas tu ada rasa Banana! Oh banana? Yummyyyiee ~~
 
 
Pergh sorang makan 2 bungkus? Alahai apalah sangat kalau makan sebungkus ni. Lagipun sebungkus RM1 je pun. Murah kan? Haha sebab portion nya pun secomel-comel je. Jadi boleh tambah lauk kalau berminat nak tambah. Charge harga lain lah pula. Lauk yang diambl ayam goring 2 ketul, rendand kerang, dan sambal tempe. Sedap! Puas hati makan dekat sini. Lepas tu ada live band, pergh ada buskin laaaa waktu-waktu gini. Memang terhiburlah lepak kedai ni.
 
  
Okay kenyang bernasi lemak di malam raya. First experienced balik kampong pagi raya esoknya. Seronok juga sebab sampai rumah terus makan lepas tu masuk bilik tidur orang tak ganggu sebab tahu kite penat drive. (Nampak tak trick ngelat elak cuci pinggan)
 
P/s kalau nak merasa nasi lemak awesome ni boleh guna google maps je type Nasi Lemak Warisan Opah Taipan. Mesti keluar punya ke destinasi. Selamat mencuba.
Newer Post Older Post Home

4 comments:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK