search

DAISO BARU BUKA DI EON BIG SUBANG 2015

By | Leave a Comment
DAISO BARU BUKA DI EON BIG SUBANG 2015 | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Liz selalu sangat guna ayat beautiful ladies and girls tapi liz terlupa yang liz juga ada pembaca lelaki. Nasiblah korang ye kaum lelaki semua bila dipanggil dengan panggilan begitu. Tapi mesti korang rasa special sebab dekat blog liz je korang boleh rasa macam tu.

Sejak kerja dekat Glenmarie baru-baru ni liz kerap lunch dekat Eon Big. Apa yang best masuk dekat Eon Big ni sebab parking tak payah bayar untuk sejam pertama. Dan untuk pemegang Kad Ahli Eon Big pula free parking selama 2 jam. Ha memang terbaiklah nak masuk sini sokmo. Kalau tempat lain kena bayar sejam RM2.

Tempat ni baru juga renovate lagi-lagi dekat Floor 2 sebab dulu kedai-kedai makan sekitar Food Court ni ada yang belum buka. Tapi sekarang ni banyak yang dah buka. Jadi nak jadikan cerita ada 1 hari n ternampak bannar DAISO kata baru buka. Jadi orang-orang yang suka benda-benda comel ni sesuai sangat masuk DAISO ni. 






Banyak-banyak benda dalam DAISO ni liz suka sangat ambil gambar Funny Eraser ni. Entahlah kenapa! Mungkin sebab waktu ni perut tengah lapar. Mungkin ~~~


Aim masuk sini nak cari selipar dalam rumah. Sebab bila tak pakai selipar habis tumit pecah-pecah dan kasar. Tak macam dekat rumah sendiri ada karpet terbentang atas bawah. Aish! Ini nak pilih selipar rumah pun pening bila tengok semua pun cute!


Jadi kesimpulannya kalau nak cari selipar yang murah-murah dan cantik-cantik! Boleh lah datang ke DAISO. DAISO paling dekat dengan Subang boleh datang ke Eon Big tapi dekat Empayar Subang pun ada juga.  Dan sebenarnya juga nak bagitahu selipar ni ada dekat rumah sewa selama seminggu je sebab bla bawa balik Pahang. Nenek dah berkenan pulak ~~
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK