search

BELI HADIAH KAHWIN DI IKEA

By | 3 comments
BELI HADIAH KAHWIN DI IKEA | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Sebenarnya rasa pening kepala pula tiba-tiba tapi kalau tak hupdate rasanya jangan jadi blogger. Tak bertanggungjawab pula kalau tak update personal blog sendiri. Ramai yang teringin nak tahu macam mana liz boleh dapat advertorial sebanyak 4k. Sebenarnya semuanya rezeki kreativiti penulisan dan juga lifestyle blogger masing-masing. Korang pecayalah pada bakat sendiri tanpa menumpang populariti blogger lain. Okay.

Happy Face! Eah Intro Letak Gambar ni dah.
Pergh cantik betuil lighting bilik tidur. Looking for set bilik tidur? Jeng-jeng!

Jadi hari ni rasa nak kongsi tempat yang paling tak best buat Alan. Tapi paling best buat liz yang suka buang masa di hujung minggu.  Kalau korang rasa korang suka buang masa macam liz, korang boleh la datang ke IKEA. Tajuk pun dah terang tang-tang liz kata nak beli hadiah kahwin dekat Ikea. Kenapa Ikea ni tak best buat Alan? Sebab dia memerlukan 30 minit untuk meronda-ronda di sekitar parking atas dan bawah. Last sekali dia nyanyi lagu SEKOLAH dalam kereta. Liz ingatkan lagu baru sebab tak pernah dengar tapi cara nyanyi macam nak pergi berperang.

Lepas dah siap parking kemudian kami bazirkan masa lagi lebih kurang 30 minit juga untuk beratur di cafe IKEA. Yey penuh dengan membazir masa hari ni. Merungut yang tah keberapa kali! Tapi liz nak pergi sendiri dia tak nak bagi. Nak juga hantar. 



Agak-agak kalau nak tergesa-gesa tempat ini adalah larangan buat anda semua!


Get Food! 


Sebab bila dah dapat makanan masing-masing perlahap. Bila rasa dah tepu sikit baru stop dan ambil gambar nak tayang sikit meat ball yang konon famous sangat ni. To me is BIASA sebab black pepper sauce ni sama rasa dekat Fresco.


Rasa nak beli katil letak dekat bilik sewa. Oh please liz jangan membazir!
Mula la rindu bilik dekat Pahang.


Liz nak ruang kerja macam ni dekat rumah. DREAMING! Eah jap kata tadi nak beli hadiah kahwin kan? Tapi gambar asyik tunjuk gambar yang tak berapa kena dengan tajuk je.  Sebenarnya mencari hadiah yang boleh digunakan oleh kedua pengantin. Dalam berselfie dan membuang masa. Mencarilah ilham ~~ 



Perasan tak apa yang beza? Lipstic warna merah! Bertukar wajah ~ Liz dah berjaya beli hadiah dan juga beli barang untuk diri sendiri juga. Lagi 1 nak bagitahu liz pakai Mac Studio Concealer untuk dark scars area pipi. So far so good. Korang boleh lah try ye kalau ada dark scar yang masih manja-manja nak hilang tu. Nak cepat pergi buat YELLOW Light dekat Ko Skin Care tau. Kalau yang nipis dan kecil-kecil tu mesti hilang. Tinggal yang besar-besar ni perlukan masa menipis dan menghilang. ~~

Yey minggu depan boleh pergi ambil berkat dekat Bukit Aman. 
Newer Post Older Post Home

3 comments:

  1. Hadiah kawen je? Takkan takde selit2 barang kawen skali kot? Hehe...

    ReplyDelete
  2. suami akk suka jalan-jalan ikea..tapi aklau ade barang nak beli je baru pergi

    ReplyDelete

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK