CASING IPHONE 6 MURAH HANYA RM5 | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Tengah sakit perut macam ni la mood rajin nak berblog. Sebenarnya mood malas buat kerja. Hari-hari kena analis trade business kadang-kadang bosan juga. Tengok nombor hari-hari lepas tu asyik rasa mengantuk bila lepas lunch hour. 

Disebabkan selepas lunch hour la liz nak share pasal casing Iphone 6 yang giler murah. Harga seriiously tak dapat dekat mana-mana beb. Dekat kedai ni korang boleh beli dengan harga RM5 tapi tidak termasuk GST lah kalau termasuk GST jadilah RM5.30 nanti time bayar.


Perghh cantik kan? Gambar ni daripada Google. 

Sebelum ni kalau nak tukar casing Iphone rasa sayang sangat dekat duit walaupun ada harga RM10. Tapi sebab casing lama liz dah teruk sangat dengan kekotoran yang tahap maksima. Segan pula nanti orang kata 'Dirty Iphone User' hahaha. 



Tadaaa kotor bak hang. Okay saya segan!


Tadaaaa beli casing baru. Balik-balik warna pink. 
Sekejap je berwarna mint kemudian pink balik.


Liz suka beli casing yang elastic macam ni. Sebab phone pun tak mudah calar. Bergetah-getah macam ni pegang pun selamat tidaklah terlucut tapi hakikatnya pernah terlucut juga sampai retak tempered glass phone liz. Murah kan? Baru RM5 tu ~~~ ada macam-macam warna. Dari tadi cakap murah tapi tak cerita beli dekat mana. Sebenarnya liz beli dekat DAISO. Hehe! Murah la kalau tahu dari dulu beli casing iphone dekat Daiso je baru RM5.30. 

Selamat membeli casing iphone murah you alls. 

NASI LEMAK FEMOUS SUBANG JAYA | Assalamualaikum penggemar nasi lemak! Banyak-banyak menu tiba-tiba terdetik nak makan nasi lemak di malam hari. Mana nak cari? Jangan risau meh sini baca entry liz hari ni sebab liz nak kongsikan tempat lepak bersama nasi lemak yang terbaik punya. Dekat tengah bandar Subang Jaya ni bukanlah perkara yang susah pun kalau nak mencari makanan. Segala makanan yang biasanya dijamu di pagi hari kini popular di malam hari banyak je dekat Subang Jaya ni.
 
Antaranya ialah NASI LEMAK WARISAN SAMBAL OPAH yang memang sentiasa ramai pelanggan boleh dikatakan hampir setiap hari. Liz banyak kali lalu sini sebab pergi makan dekat area-area sini. Bila lalu je tak rasa pun nak singgah sebab nampak signboard nya tulis Nasi Lemak. Kiranya alahai apa kelas kau jah makan nasi lemak malam hari. Tapi dekat restaurant ni orang penuh sokmo. Ramai betul penggemar nasi lemak di malam hari. Jadi tiba-tiba terdetik teringin nak cuba makan nasi lemak di malam hari dekat sini.
 
 
(Gambar dari Google)
 
Suasana kedai ni sempoi je. Memang menjadi tempat melepak sambil makan. Bukan setakat orang melayu, cina puna ramai dekat sini dan warga asing pun suka makan nasi lemak dekat sini. Kebetulan mood liz malam ni bukan lah bagus sangat, menu pula konsep layan diri. Kena ambl sendiri dan pilih lauk sendiri.
 
Jadi biarlah Alan menolong memilih sebab dia bab memilih makanan ni hebat dari liz. Sementara tunggu makanan sampai liz pun meluangkan masa untuk menikmati Banana Chocolate Cake yang menjadi favourite liz kini. Kalau dulu suka red velvet tapi sekarang dah bertukar rasa tekak ni.
 
 

 
Favourite liz. Banana Chocolate Cake!
(RM7.90)
(Beli tempat lain tapi bawa datang makan sini tau.)
 
 
Mood kembali bahagia bila chocolate masuk dalam mulut. Lepas tu ada rasa Banana! Oh banana? Yummyyyiee ~~
 
 
Pergh sorang makan 2 bungkus? Alahai apalah sangat kalau makan sebungkus ni. Lagipun sebungkus RM1 je pun. Murah kan? Haha sebab portion nya pun secomel-comel je. Jadi boleh tambah lauk kalau berminat nak tambah. Charge harga lain lah pula. Lauk yang diambl ayam goring 2 ketul, rendand kerang, dan sambal tempe. Sedap! Puas hati makan dekat sini. Lepas tu ada live band, pergh ada buskin laaaa waktu-waktu gini. Memang terhiburlah lepak kedai ni.
 
  
Okay kenyang bernasi lemak di malam raya. First experienced balik kampong pagi raya esoknya. Seronok juga sebab sampai rumah terus makan lepas tu masuk bilik tidur orang tak ganggu sebab tahu kite penat drive.
 (Nampak tak trick ngelat elak cuci pinggan)
 
P/s kalau nak merasa nasi lemak awesome ni boleh guna google maps je type Nasi Lemak Warisan Opah Taipan Subang Jaya. Mesti keluar punya ke destinasi. Selamat mencuba.
TEMPAT MAKAN DI JAYA GROCER "FRESCO GROCERANT"  Konsep Masakan Dari Pasar| Assalamualaikum hari ni liz nak kongsi tempat makan favorite liz. FRESCO GROCERANT di Empire Subang Selangor. First time datang sini bersama office mattes makan dekat sini dibelanja untuk pertama kali. Tapi untuk kali kedua makan dibelanja juga. Eah-eah ~~ 


Nice place sebab dekat sini boleh shopping sekali. Konsep nya macam restaurant dalam pasar. 
Hah macam tu lah bahasa mudahnya. Nama diberi GROCERANT sebab digabungkan both iaitu Grocery dan Restaurant. Jadi korang juga boleh membeli barangan yang ada sticker hijau dan berikan kepada chef dekat Fresco untuk masakkan untuk anda. Best kan? Kalau malas masak jangan risau ada tukang masak dekat sini untuk anda. (Dan untuk liz juga)


Favorite liz. Beef Stick ~~ Sedap lembut sangat-sangat!


My Favorite Fettucicine. 
Liz memang suka sangat sebab tak muak sangat macam tempat lain.


Sedap!


Chicken Pizza. Sedapnya ~~ 
Okay hari ni puasa tapi update blog pasal makanan pula. 


Lagi Pizza? Perut ke tong isi air liz ni? ~~


Makan lagi fries pula. Kuat sangat makan dalam bulan ni badan pun memang dah naik sikit. Happy sangat sebab dah berisi sikit. 

Jadi kepada yang tersinggah dekat blog ni kalau pergi Empire Subang jangan pula pergi ke Fresco Grocerant Jaya Grocer okay. 

Selamat menghintung hari raya haji buat semua. 

SELAMAT PENGANTIN BARU WAN MASTURAH | Assalamualaikum semua Alhamdullilah sihat sejahtera hendaknya ye buat semua. Untuk bulan September ni banyak pula invitation kenduri kahwin. Liz pulak rasa teringin kahwin bila tengok pelamin pengantin cantik-cantik. 

Kenalkan sikit Wan Masturah ialah kawan alam maya liz. Kami dah kenal lama dalam FB tapi tak pernah berjumpa. Tapi dah banyak kali berbual dalam pm chat. Mudah mesra dan rasa selesa mungkin sebab taste sama. Hehe eah yeke? Tiba-tiba dapat personal massager dari dia untuk jemputan. Siap bagi kad maps dalam pm chat, lepas tu bila kita baca pun buat kita rasa nak datang dan perlu datang bila bakal pengantin pujuk macam berharap waceh. "Datang tau". 

Terus la check jadual dengan Alan dia free pada tarikh 20 September. Okay ON! Free. Boleh pergi kenduri dan terus plan pergi Ikea beli hadiah. Tapi tiba-tiba pagi tadi ada kawan uni wasap liz tanya pergi tak wedding kawan uni kami. Alamak wedding siapa minggu ni? OMG wedding Ogy. Sorry Ogy serious tak ingat bukan sengaja tak pergi tapi sebab dah janji awal dulu dengan orang lain. Silap liz juga jarang buka wasap no 017. 


Menuju ke Bukit Aman. Sambil tu nak promote shawl RASHA dari Zilazlover yang liz pakai ni harga dia RM20 je. Kalau berminat terus contact liz tau. Nak tutorial macam ni pun liz boleh ajar. (010-2276292


First time jejak kaki dekat Bukit Aman. Wah ni tempat abam-abam polis ni. 
PDRM Polis Diraja Malaysia. Intai sikit inspector yang hensem-hensem. Nge ~~ 

Masa liz datang, pengantin tengah nak turun dan beramah mesra dengan ahli keluarga dia. Lepas tu liz rasa nak pergi je dekat dia tapi malu. Eah-eah sedar diri sikit pengantin tengah mengikut atur cara tu. Kau jangan nak interrupt pulak.


Cantik lah dewan PDRM ni. Untungla badan buat majlis kahwin dekat sini dear.


Yay siap dah makan. Selfie time tapi Alan memang tak suka bergambar sebab katanya dia tak photogenic macam liz. Jadi dia sakit hati kalau tengok gambar dia. Aloooo ~~ Okaylah tang sisi pun okay lah. SELFIEEE 1 2 yeee ~~


Kan dah cakap tadi yang dewan PDRM ni cantik sangat! Duk kat meja intai pengantin dah siap ke belum bergambar dengan saudara mara beliau sebab tak sabar nak pergi jumpa pengantin paling cantik ni.


Ya Allah tinggi sungguh awak ni Masturah. Kurus tinggi lampai, kita jelus ~~ Takut tau awak tak kenal liz. Haha dahla tak pernah jumpa berani datang pula ke majlis awak. Terima kasih jemput liz datang ke majlis dan kongsi sedikit kebahagian hari bahagia awak. Semoga dapat baby cepat-cepat tau. Selamat berhoney moon. Okay jom balik! 


Eah siapa kata balik terus. Pergi Giant dulu makan ais krim. Thank you lah belanja aiskrim RM2. Chocolat Chip dan Mint favourite liz sebab bila makan yang creamy-creamy liz perlukan yang berangin-angin untuk hilang kan muak.


Eash siapa kata balik terus lepas makan ais krim? Singgah dulu dekat KFC Taipan makan KFC. Oh apa pula lepas ni? Heheh lepas ni baru balik.

Selamat malam semua. Liz nak tidur dah, esok kan kerja. Monday Blues ~~


RASA BURGEBYTE BIASA SAHAJA | Assalamualaikum beautiful girls and ladies. Most of us tend to eat when stress kan? Is sure girls will be like that? Haha ~~ When I started my new career in KL I need to spending more on my monthly commitment such as car / house rental / bills and bills. Ops dan juga my PTPTN. (Expenses)

Tapi walaupun kena spending moneys kepada bahagian-bahagian tersebut. Liz juga perlukan makanan ~~ I need food to make my tummy happy! Jadi was planned to eat burger but do not know where to eat. Jadi someone suggested untuk ke BurberByte.




Liz suka suasana dekat restaurant zizan ni. Konsep nya santai-santai dan ramai yang datang dengan family akan pilih duduk di ruang dalam kedai tapi bagi yang bujang dan smokers tu suka duduk melepak dekat luar. Tiba-tiba tengok dekat dindin ada gambar Emma Maebong. Aumm ~~ okay tinggal kenangan. Nak wat acaner tu. 


Gambar Google
Kalau tengok gambar memang sangat menyelerakan dan tak sabar giler rasa macam nak order je semua tau. 


Meleleh-leleh gambar dekat Google ni.


Tapi yang liz punya tak leleh pun. Alan punya order Beef Bacon tu tapi sauce nya dekat tengah dan bulat je. Nak tunjuk dekat korang tapi gambar tu terdelete pula. Tapi daging burger nya memang lembut dan berempah. Cuma sedih tang sauce nya. 

Okay komen honest! Liz cerita dekat office matte, dia cakap ada tempat sedap mewah sauce nya tapi ada juga dengar sesetengah tempat tu tak best. Okay nak try burger dekat tempat lain pula. Kalau korang tahu dekat mana best meh la share dekat liz ye. 
BELI HADIAH KAHWIN DI IKEA | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Sebenarnya rasa pening kepala pula tiba-tiba tapi kalau tak hupdate rasanya jangan jadi blogger. Tak bertanggungjawab pula kalau tak update personal blog sendiri. Ramai yang teringin nak tahu macam mana liz boleh dapat advertorial sebanyak 4k. Sebenarnya semuanya rezeki kreativiti penulisan dan juga lifestyle blogger masing-masing. Korang pecayalah pada bakat sendiri tanpa menumpang populariti blogger lain. Okay.

Happy Face! Eah Intro Letak Gambar ni dah.
Pergh cantik betuil lighting bilik tidur. Looking for set bilik tidur? Jeng-jeng!

Jadi hari ni rasa nak kongsi tempat yang paling tak best buat Alan. Tapi paling best buat liz yang suka buang masa di hujung minggu.  Kalau korang rasa korang suka buang masa macam liz, korang boleh la datang ke IKEA. Tajuk pun dah terang tang-tang liz kata nak beli hadiah kahwin dekat Ikea. Kenapa Ikea ni tak best buat Alan? Sebab dia memerlukan 30 minit untuk meronda-ronda di sekitar parking atas dan bawah. Last sekali dia nyanyi lagu SEKOLAH dalam kereta. Liz ingatkan lagu baru sebab tak pernah dengar tapi cara nyanyi macam nak pergi berperang.

Lepas dah siap parking kemudian kami bazirkan masa lagi lebih kurang 30 minit juga untuk beratur di cafe IKEA. Yey penuh dengan membazir masa hari ni. Merungut yang tah keberapa kali! Tapi liz nak pergi sendiri dia tak nak bagi. Nak juga hantar. 



Agak-agak kalau nak tergesa-gesa tempat ini adalah larangan buat anda semua!


Get Food! 


Sebab bila dah dapat makanan masing-masing perlahap. Bila rasa dah tepu sikit baru stop dan ambil gambar nak tayang sikit meat ball yang konon famous sangat ni. To me is BIASA sebab black pepper sauce ni sama rasa dekat Fresco.


Rasa nak beli katil letak dekat bilik sewa. Oh please liz jangan membazir!
Mula la rindu bilik dekat Pahang.


Liz nak ruang kerja macam ni dekat rumah. DREAMING! Eah jap kata tadi nak beli hadiah kahwin kan? Tapi gambar asyik tunjuk gambar yang tak berapa kena dengan tajuk je.  Sebenarnya mencari hadiah yang boleh digunakan oleh kedua pengantin. Dalam berselfie dan membuang masa. Mencarilah ilham ~~ 



Perasan tak apa yang beza? Lipstic warna merah! Bertukar wajah ~ Liz dah berjaya beli hadiah dan juga beli barang untuk diri sendiri juga. Lagi 1 nak bagitahu liz pakai Mac Studio Concealer untuk dark scars area pipi. So far so good. Korang boleh lah try ye kalau ada dark scar yang masih manja-manja nak hilang tu. Nak cepat pergi buat YELLOW Light dekat Ko Skin Care tau. Kalau yang nipis dan kecil-kecil tu mesti hilang. Tinggal yang besar-besar ni perlukan masa menipis dan menghilang. ~~

Yey minggu depan boleh pergi ambil berkat dekat Bukit Aman. 
DIP LOOK DIPLINER BY FARMASI (FCC) | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. New yes toy to share with you guys! Eye liner dah habis jadi beli lah baru. Hari ni nak share own experienced pasal benda ni. Ada yang best dan ada yang tak best nya juga. 

First sekali nak terangkan kenapa panggil DIP Liner? Dan apa beza Eye liner? Sebenarnya liz pun tak perasan benda ni berbeza. Sebab tengok bentuk macam ni terus ambil lah. Function nya sama sahaja. Untuk lukis dekat kelopak mata juga soooo apa yang tak sama tu?


Perbezaan Dipliner dan juga Eyeliner. Yang beza ialah brush nya.
1 sedikit kembung dan 1 lagi halus.

Dipliner !




Nampak tak lagi kembung dari yang biasa tapi hujung nya rapat dan kemas. 


Bila pakai memang lebih senang dari eyeliner. Sebab eyeline lagi halus dan kadang-kadang susah nak control ketebalan eyeliner. Tapi pada pendapat liz bila guna Dipliner liz buat 1 sapuan sahaja DONE! Kemas dan cantik. Tapi apa yang tak bestnya pula ialah bila pakai liz kena tunggu beberapa minit untuk kering. Tak boleh tersentuh di bahagian mata kalau tidak mesti comot. Lepas tu kalau nak cuci pula susah nak tanggal. Dan bila dah tanggal ada kesan comot gelap di sekitar bawah mata yang gelap. Jadi macam PANDA

Selamat mencuba. 



SCRUB BIBIR BUBBLE GUM BY LUSH | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Hari ni liz nak share 1 lagi product daripada LUSH iaitu SCRUB BIBIR BUBBLE GUM! OMGaid dear all, I'm so excited to own this scrub tau. Lama sangat dah survey dekat IG Lush Malaysia tapi selalu SOLD OUT. Mencik-mencik! Jadi bila rezeki Bubble Gum dalam genggaman. Happy to the Moon! ~~

 
Bentuk botol scrub ni pun dah boleh buat korang rasa tak sabar sangat nak guna. Lagi-lagi bila dah buka tengok dalam dia warna pinky. Pink Candy Scrub yang boleh buat bibir korang rasa seksi tiba-tiba bila korang apply. Dasyat kan feeling macam tu? Bukan senang nak dapat feeling macam tu kalau tak kerana bau candy scrub yang manis-manis strawberry. Menaikkan mood ceria sepanjang masa.

Seriously! Once you guys apply scrub tu nanti korang rasa nak jilat bibir korang. Sebab liz pun selalu buat macam tu, lepas scrub je mesti jilat hehe. Sebab rasa dia manis. Tak mabuk ke? Mestilah tak sebab ianya Home Made Scrub dan bahan-bahannya pula tiada pengawet. 


Kan dah cakap tadi botol dia comel kan. 
Tasting candy floss! Omagaid suka sangat bau dan rasanya. Eah rasanya? Nampak sangat liz suka jilat bibir lepas scrub. Yummy yummy baby ~~


Bila buka je penutup ni korang akan rasa tak sabar sangat-sangat nak sapu dekat bibir sebab bauannya tu memang ehemmm awesome giler.


Korang cuma ambil dengan jari macam tu lepas tu terus sapu dekat bibir. Scrub tau atas bawah lepas tu mesti korang akan rasa bibir korang lembap je. Kalau rajin amalkan hari-hari supaya boleh hilangkan sel kulit mati.  Baunya kekal sepanjang hari. Walaupun dah pakai lipstic tapi bau scrub tu masih melekat di bibir. Kandungan dalam scrub ni ialah gula, sedikit jojoba oil dan juga perwarna yang dibenarkan.

 
Selfie lagi 1 dekat lampu Hello Kitty. Kalau korang nak beli boleh pergi dekat ig BLOOMM.BY.ABBY atau korang boleh whatsap +60185733698
Jangan lupa cuba tau!

RASHA SHAWL MATERIAL CHIFFON SILK DI ZILAZLOVER OFFICIAL | Assalamualaikum semua yang menyinggah ke laman blog liz. Hari ni liz nak share shawl koleksi yang terbaru dari Zilazlover. Alhamdullilah rezeki tu selalu adanya untuk kami di Zilazlover. Walaupun mengusahakan nya secara kecilan dan secara part time tetapi ramai pembeli memilih untuk membeli dengan kami mungkin kerana harga yang kami tawarkan lebih murah berbanding dengan shop yang lain. 

RASHA SHAWL diperbuat daripada material Chiffon Silk. Measurement nya pula sepanjang 1.9 x 0.8 m kepanjangan. Setakat ni stock Rasha Shawl sangat mendapat sambutan. Baru minggu lepas restock tapi dah habis. Mungkin kerana warna nya yang lembut dan trending terkini pula ialah warna-warna pastel. Selain itu juga, Zilazlover menerima pengambilan borong secara minima ialah 20 pcs. Dan pastinya harganya lebih murah daripada harga per pcs.


Lebih 25 warna yang ada di Zilazlover Official. Kadang-kadang tak sempat nak hupdate kebanyakkannya dah SOLD OUT dan di booking. Alhamdullilah setakat ni rezeki tu selalu ada buat kami hambaNya.


Ini ialah warna second batch yang sampai minggu lepas.


Ini pula antara warna yang selling fast. Jadi pemborong banyak borong warna ni untuk dijual kepada customer mereka.


3 warna ni warna favourite liz!


Apa yang best Rasha Shawl ni ialah keistimewaan letukkan tepi shawl ni. Nampak ayu dan kemas!


Bila stock sampai memang penat nak susun dan simpan. Mujur lah ada store shop yang liz boleh kongsi untuk deliver kepada semua pemborong. Dan stock untuk jual kepada customer pula liz akan simpan 2 helai setiap warna. Sebab sekarang ni liz duduk rumah sewa dan berkongsi bilik. Jadi tak sesuai untuk keep semua stock. Jadi kalau kalau korang nak borong bagitahu liz awal-awal sepaya boleh ambil stock untuk deliver pada korang ye. Terima kasih shopping dengan Zilazlover Official. Boleh jenguk dekat IG Zilazlover Official dan pilih warna mana yang berkenan dan wasap kami ye. Team Zilazlover sedia reply 24 hours. :)