search

Top-ads

TIPS BAHARUKAN BAJU RAYA LAMA

By | Leave a Comment
TIPS BAHARUKAN BAJU RAYA LAMA | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Lama nya liz tak hupdate dengan benda-benda seni jari jemari liz. By the way Felt Pillow order sudah dibuka, boleh drop any request to order ye. Korang boleh tengok dekat ig @liylizshop


Takda baju raya? Kenapa nak membazir, jom baharukan baju raya yang lama kepada yang version baru. Baju raya liz tahun ni sepasang je. Mungkin boleh digunakan tips ni pada hari raya haji nanti ataupun raya-raya akan datang korang.


Favourite place to pose setiap kali balik Pahang.


Baju kebaya ni ialah baju mak liz yang dijahit oleh nenek. Kain dan jahitan benang nya masih elok dan kukuh. Tapi kalau teliti design baju ni, apa yang beza bahagian lengannya. Bahagian lengan lebih kecil mengikut saiz lengan sehingga ke pergelangan tangan. Adeh macam liz kalau gemuk sikit mesti dah rasa rimas dekat bahagian lengan tu.

 
Tambah sikit beads dengan lengan. Bukan susah pun, sambil tengok tv pun boleh buat atau sambil berbual-bual. Beads ni boleh beli dekat GM Klang RM3.00 sahaja untuk 1 tali beads. Kalau yang kristal tu mahal sikit RM10 per tali.  Sebab ini je tahap kerajinan yang ada, jadi liz cuma jadi 3 serangkai di hujung lengan. Lagipun liz tak nak heavy-heavy sangat nanti waktu nak basuh susah.


Rasa macam ada baju baru. Jadi hargai baju-baju yang ada bersama anda. Lagi-lagi baju turun temurun macam ni. Moga dapat berikan next generation pula pakai baju ni nanti.

Selamat mencuba!

 



Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK