search

TERAPI ELAK JERAWAT SAMBIL BUAT KERJA

By | 1 comment
TERAPI ELAK JERAWAT SAMBIL BUAT KERJA | Assalamualaikum semua rakan-rakan yang membaca belog liz, diharap semua sihat-sihat belaka. Jangan kuat sangat makan rendang lemang ketupat tu nanti mula lah STRESS kalau berat badan naik. Ayook liz tak tahu, tak dapat nak nolong nya nanti.

Hari ni Alan ajak keluar pergi IKEA! Yey pergi Ikea sukanya liz ~~ rasa suka sangat sambil nyanyi-nyanyi dalam kereta I.K.E.A oh oh Ikea. Lepastu dia gelak-gelak siap cakap "Allah sayang Ikea je kut." 

Nampak tak perut sape tu buncit? Tulah dah cakap tadi hari raya makan berpada-pada nanti mula lah tekun minum lemon nak maintan berat badan. Tapi takpe Alan ni footballer pepandailah dia petang-petang pergi bersukan. Kalau liz waktu kerja dekat pejabat menghadap PC manakalah dekat rumah menghadap iphone. Itulah jelah retinya? Yay itulah saya reti!

Masuk je dalam kereta Alan bagi bekas lilin. OhEMjiiii tak sangka pula dia ni mengamalkan sesi terapi ni semua bagai. Tapi dia tak bagi lilinya ~ Adehlah. Jadi pergi Ikea mencari lilin.  Sebelum mencari lilin tu pergi la makan Meatball. Hoho apa lagi bengang tak bengang di ikutkan juga la dia beratur dekat Ikea tu. Orang pergi Ikea memang lapar Meatball gamaknya. Tempat duduk pun payah nak cari. Tegar tak tegar lah juga Alan kalau dah ikut karenah liz. Siap cakap lagi "Maybe first and last hahahaha dia gelak."

"Abang banyak nya lilin! Nak tu nak ni.. nak nak nak ~~!"
Letih tahu letih layan karenah liz dek jarak umur liz dengan Alan memang jauh berbeza.

Beli ni je. Jangan tamak-tamak sangat.

Okaylah beli wangian STRAWBERRY. Dah habis baru beli lagi, beli banyak-banyak nanti nak letak mana? Meja tu bukan besar mana. Nanti nak letak laptop lagi, letak buku. Letak nota-nota. Belum letak sampah lagi tu. OhMeJiii Alan ni dia punya pemahaman tentang diri liz macam lebih dari liz sendiri faham diri sendiri. #petanda


Happy blogging. Sambil blogging pasang aroma candle ni. Cheer!  By the way kalau korang rasa stress-stress elok sebenarnya korang pasang lilin yang ada aroma kesukaan korang. Hilang stress dan kurang lah jerawat stress korang tu.

P/S harap tips dari liz dapat bantu korang. :)




Newer Post Older Post Home

1 comment:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK