SOMEONE CRAVING KFC

12 Jul 2015

SOMEONE CRAVING KFC | Good morning you alls. Semalam keluar dekat jam 9 malam semata teman ada orang teringin KFC. 


Jadi dalam tak sengaja nya liz turut tumpang sekaki. Ohmagaiaad habislah my diet cholesterol. Sebab paling risau sekali kalau liz makan banyak sangat benda berminyak jerawat mesti akan naik.

Lepastu macam biasa pergi atas mydin cari lemon. Itu je la pengubat buang cholesterol dan menyingkir sisa toksi di dalam badan. Tiba-tiba nampak buah naga putih murah, sebiji RM2.49 sen. Beli lah buah naga sebiji untuk dibuat sebagai makan sahur. Liz kalau sahur memang tak rajin makan nasi, bukan tak berselera tapi dalam diri ada perasaan rasa 'lecehnya nak makan nasi pagi buta ni'. Kalau boleh sahur tu nak mak duduk sebelah tolong suapkan. Omagaidd rindu mak, tapi dah sebesar ni pun kadang-kadang memang makan suka mak suap. Nikmaatnyaa! 


Punya lah pemalas nak sahur. Mamai buka mata buka peti potong dua, letak dalam tupperway bawa masuk bilik. Makan sambil baring. 😚😚😚 teruk nya perangai. Harapla rommate tak bising, sebab rommate liz pengemas orangnya. Pandai masak pulak tu haish, kalau liz ni memang semua benda baru nak belajar. Mak buatkan dulu semua. 😁😁😁 nak goreng telur sebiji pun rasa macam berat hati. Urk macam tak kena je ayat berat hati tu. Cakap je pemalas! 

Kalau dibandingkan dengan Alan? Huh macam langit dengan bumi ~~ macam api dengan air ~~ macam bunga dengan kumbang ~~ macam irama dan lagu ~~ macam negative dengan positive! Dan pelbagai lagi macam. 

Tapi tak risau kalau kahwin nanti liz still tak pandai masak. Sebab Alan bab masak memasak ni hebat bak hang, kalau bak komen mengomen itu serahkan pada liz. 

Tapi hakikatnya Alan cakap "syg tu bukan tak pandai masak tapi malas masak sama macam Ina." Haha dia suka cakap liz sama macam perangai Kakak Sulung dia. 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.