LUNCH HOUR DI GM KLANG 'SPICES OF PENANG'

26 Jul 2015

LUNCH HOUR DI GM KLANG 'SPICES OF PENANG | Assalamualaikum beautiful ladies and girls. Semalam liz ada nak survey-survey barang sikit dekat GM Klang tapi sebelum sampai dekat GM Klang tu ada lah sikit drama liz buat dalam kereta. Menangis dalam kereta sebab kena marah. Sebenarnya cara Alan bercakap tu tegas sangat, dia ingat dia boss ke? Eh hello tu dulu, sekarang hang bf ceq! Sedih lah liz ni sensitive kalau kena marah-marah ni. Rasa tak disayangi lepas tu nangis punya nangis bukanya dia pujuk pun. Aigooo. Pujuk diri sendiri pelan-pelan mula la fikir taknak lah kahwin macam ni. #petanda Ya Rabbi liz! Selalu sangat buat drama.
 


Tiba-tiba rasa tengah detim dengan singa! Urghhh nak balik tapi perut lapar. Okay dia ajak pergi makan. Sampai je dalam kedai ni buat-buat senyap je lagi tapi bila dapat menu book dan buka liz terus berubah 90% ceria.
 
 
"Abang banyak nya dessert ... sayang nak ..."
Tiba-tiba liz terlupa yang tadi liz tengah merajuk.
 


 
Nak pilih yang mana satu ni pun tak tahu. Nampak semua sedap.
 
 
Sedap liz suka semua buah-buahan. Sebab liz rasa tamak sangat semalam jadi liz order yang paling atas iaitu mix fruit (6flavours). Masa makan terus hat jadi sejuk.
 
 
Ni Alan yang punya.
 
 
 
 
 
 
Sekarang ni dah jadi terbalik. Kalau keluar makan liz yang dulunya asyik suka western sekarang asyik nak cari nasi. Tapi Alan yang dulunya asyik nak cari nasi dah terbalik asyik nak order western.
 
Agaknya musim perubahan angin antara kami telah berlaku.
 
 
Mood berubah siap boleh selfie sengsorang. Padahal 10 minit yang lepas menangis.  Sebab tu detim dengan anak tunggal ni susah. Banyak perangai di buatnya.
 
 

Post a Comment

LEAVE COMMENT HERE.