search

LATIHAN MEMANDU DARI USJ KE GOMBAK

By | Leave a Comment


LATIHAN MEMANDU DARI USJ KE GOMBAK | Assalamualaikum dan Salam Advance Hari Raya Semua! Korang ni semua mesti tengah syiok membakar lemang ada yang dah mengacau dodol ke ada yang masih dalam perjalanan? Kalau korang tanya liz? Liz masih lagi berada di pejabat Subang Tower. Kihkihkih!



Sebelum mulakan perjalanan haruslah diperiksa segala keselamatan yang perlu. Antara nya tayar! Cukup angin ke tidak? Hah ~~ dan orang yang tukang tolong pam angin mestilah Alan. Bukannya liz tak boleh pam sendiri tapi biasalah perempuan memang mengadooo. Check air kereta, tapi Alan kata kereta baru lagi-lagi kurang berjalan ni confirm okay. Tapi asal wiper punya air sampai kering ni. Kuihkuih. Oh den jawab kering sebab kereta kan selalu parking kat tempat takda bumbung. 


Malam semalam Alan ajak liz test drive sebab dia risau kalau-kalau liz sesat di tengah kota raya yang semak dengan kereta seperti gambar rajah atas. Dia datang USJ lepas tu park kereta dekat kawasan pelawat apartment. Then masuk dalam kereta liz dan bermula lah perjalanan dari USJ exit UiA Gombak.  Baru je perjalanan liz nak ajak dia berborak-borak cerita pasal baju raya tapi dia suruh liz diam dan fokus memandu. Lepas tu paling kejam sekali dia matikan radio. Dia suruh liz dengar GPS cakap apa. Tapi sekarang ni bukan GPS yang cakap banyak, Alan yang cakap banyak sangat sampai liz tak boleh fokus. 



Masa ni seronok lagi lah boleh senyum. Boleh suruh dia ambil gambar lagi suka-suka. Sekali tersalah simpang! Kena bebel macam buat kesalahan besar, padahal liz dah betul jalan dah. Dia main duga-duga pulak, memang liz panik dengan tidak semena-mena pergi termasuk lorong lain. 

Lepas tu kena test drive dua kali lah pulak!! First test drive sampai apartment dah jam 1030 malam. Lepas tu dia suruh keluar lagi sekali drive kali kedua. Omagaiddd! Rasa nak bawa macam FAST FURIOUS jah. Tapi second time test drive lulus. Yey!! Boleh balik sorang-sorang esok dengan penuh keyakinan. 



Hari ni liz kerja lagi. Esok liz balik Pahang. Selamat Hari Raya. :) Alan balik malam ni. Ikutkan nak drive sama-sama sampai ke Gombak tapi dek kerana malam-malam anak gadis tak dibenarkan drive sorang-sorang. Makanya menurut sajalah kata-kata orang dewasa tersebut.

P/S Duit raya dah siap tukar. Jemputlah datang beraya.
Newer Post Older Post Home

0 Darlings:

Hi Assalamualaikum Semua. Terima kasih tinggalkan komen.

FOODINK